Lihat Wanita Diekori Individu Mencurigakan, Tindakan Pantas Lelaki Ini Teman Hingga Ke Kereta Raih Pujian [Video]
Menerusi video, lelaki berkenaan turut menegur wanita tersebut seperti kenalan lama sebelum memaklumkan perkara mencurigakan itu kepadanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap individu tidak kiralah perempuan mahupun lelaki sering kali diingatkan untuk berhati-hati apabila berada di tempat awam khususnya kawasan yang sunyi bagi mengelakkan daripada berlaku perkara tak diingini.
Malah terdapat banyak laporan jenayah yang berlaku seperti diekori individu tak dikenali dan sebagainya.
Bukan hanya itu, kita turut dinasihatkan untuk membawa alatan seperti alarm yang boleh menarik perhatian orang ramai sekiranya berlaku perkara tak diingini.
Lihat wanita diekori individu mencurigakan, lelaki pantas tegur seolah-olah kenalan lama
Terbaharu, seorang lelaki turut menyaksikan satu kejadian mencurigakan yang berlaku di depan matanya ketika berada di sebuah parkir pusat membeli-belah.
Perkara itu diceritakan oleh lelaki dikenali sebagai Fitri Azeez menerusi satu rakaman di TikTok malah dia juga menasihatkan orang ramai untuk tidak berjalan berseorangan apabila berada di kawasan parkir.
“Kepada akak, acik, adik, puan, cik, berhati-hatilah kalau nak pergi ke tempat parkir tu ya. Cubalah elakkan daripada berjalan seorang ke tempat parkir. Jadi yang berlaku hari ini, saya dekat parking (parkir) mall.
“Saya ternampak seorang akak ni, dia jalan seorang ke arah kereta dia tapi tak tahulah kereta dia dekat mana. Kemudian di belakang dia tu, saya nampak seorang lelaki. Dia pakai topi dan mask ikut dia (akak) dari belakang, memang agak mencurigakanlah bila nampak dia pandang kiri, kanan dan belakang.
“Jadi apa yang saya buat, saya menjerit ‘Eh akak’ saya panggil macam tu,” ujarnya.
Sengaja cakap kuat untuk tarik perhatian, sebelum maklumkan hal yang mencurigakan kepada wanita
Kata Fitri selepas menegur kakak berkenaan dia kemudian segera ke arah wanita itu dan berlakon seperti bertanya keadaan untuk menampakkan seolah-olah dia mengenalinya.
Bukan hanya itu, dia juga sengaja bercakap dengan kuat sewaktu menegur wanita berkenaan.
“Lepas tu saya bisik dekat akak tu, ‘Puan jangan pandang mana-mana. Sekarang ni saya ikut (teman) puan sampai dekat kereta’. Lepas tu sambunglah macam biasa dah sampai dekat kereta. Dia masuk kereta, saya cakap ‘kirim salam dekat mak ya’,” katanya sambil ketawa sebelum wanita berkenaan beredar.
Ujar Fitri, dia tidak mengejar lelaki yang mencurigakan tersebut kerana bimbang sekiranya berlaku perkara tak diingini.
“Saya cuma intai-intai jelah kalau dia ada dekat mana-mana, kemudian dia tidak ada dah. Pesanan saya cubalah elakkan daripada berjalan seorang ke tempat parkir khususnya wanita semua.”
Saran orang ramai gunakan butang siren untuk keselamatan
Selain itu, Fitri turut menyarankan orang ramai untuk memakai atau bawa butang yang mempunyai bunyi siren sebagai keselamatan.
Bukan hanya itu, dia juga meminta orang ramai untuk berkongsi idea sekiranya terdapat cara lain untuk memastikan individu yang berjalan berseorangan ini berada dalam keadaan selamat.
@fitri_azeez Banyak tersasul cakap ni..sebab cuak pasal kejadian tu 😂.. apa apa pun, jaga keselamatan anda
♬ original sound – Fitri Azeez
Ramai puji tindakan pantas lelaki bantu wanita dalam keadaan mencemaskan
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji sikap murni dan pantas lelaki berkenaan dalam menyelamatkan wanita terbabit.
Tidak kurang juga ada meminta orang ramai untuk menjadikan kes jenayah di kawasan parkir yang berlaku sebagai iktibar dan sentiasa peka dengan keaadan sekeliling.
Ada juga yang berterima kasih kepada Fitri kerana tidak mementingkan diri apabila berdepan dengan situasi seperti ini.
Sebelum ini, beberapa tips turut diberikan oleh pihak polis agar para wanita sentiasa berhati-hati apabila berada di kawasan parkir antaranya:
- Pilih kawasan letak kereta yang mempunyai sistem keselamatan seperti kamera litar tertutup, peronda, dan berpagar.
- Letak kereta di petak berlampu, meskipun parkir diwaktu siang dan merancang untuk pulang awal sebelum malam namun masih ada kemungkinan untuk pulang lewat. Maka adalah lebih baik jika kereta diparkir di bawah cahaya.
- Sebaik kereta diparkir tunggu sebentar di dalam kereta untuk melihat keadaan sekeliling, jangan terus matikan enjin. Jika sudah pasti selamat barulah matikan enjin dan jalan dengan cepat.
- Jangan berlengah, apabila keluar dari kereta, kunci dan terus beredar menggunakan laluan kenderaan untuk ke destinasi anda. Jangan lalu di celahan kereta.
- Perhatikan kawasan letak kereta jika ingin pulang ke kereta. Lihat dahulu kawasan persekitaran dan waspada dengan individu yang mencurigakan khususnya yang duduk dalam kenderaan sambil memerhatikan anda. Ini kerana ia mungkin penjenayah yang menunggu peluang.
- Pastikan kunci sentiasa di tangan, pegang kunci kereta sebelum kembali ke kereta. Mengurangkan risiko tercari-cari dan beri peluang pada penjenayah daripada menyerang.
- Masuk ke kereta dengan segera.
- Tarik perhatian orang ramai jika kereta dihalang, sebagai contoh bunyikan hon, hidupkan siren kecemasan dan nyalakan lampu hadapan.
- Dapatkan bantuan keselamatan dengan segera sekiranya anda mengesyaki ada sesuatu perkara mencurigakan.
Berikut adalah komen netizen:
“Terima kasih sebab tak amalkan ‘bukan hal aku’ dalam situasi seperti ini”

“Awak dah buat satu kebaikan dik. Terima kasih kerana cakna dengan keselamatan orang lain..”

“Sebagai pengawal keselamatan. Kita orang ada je. Kalau ada yang minta teman ke kereta. Jadi kena cakap lah”




