Lelaki Dedah Bahaya ‘Overcharged’ Powerbank, Letupan & Percikan Api Hampir Makan Nyawa [Video]
Difahamkan, letupan powerbank itu menghasilkan percikan api dan turut terkena pada kaki individu berkenaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, kewujudan peranti pengecas mudah alih seperti powerbank banyak memberi kemudahan, khususnya bagi mereka yang kerap bergerak dan perlu mengecas peranti tanpa bergantung pada soket tetap.
Namun begitu, peranti-peranti seperti ini tidak dapat dijangka hayatnya. Ia juga agak sensitif untuk dikendalikan kerana mengandungi kapasiti bateri yang besar dan mudah terkesan dengan suhu persekitaran yang panas atau tekanan fizikal.
Seperti yang berlaku baru-baru ini, sebuah keluarga berdepan detik cemas apabila powerbank yang sedang dicas secara tiba-tiba meletup ketika mereka sedang nyenyak tidur di rumah.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Rumah Influencer Hangus Terbakar Gara-gara Powerbank Meletup
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Penumpang Kongsi Detik Cemas Dalam Batik Air, Dakwa Berlaku Kebakaran Kecil Disebabkan Powerbank
Powerbank Meletup Dekat Meja Katil, Bara Api Nyaris Sambar Tilam
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@farisazrii), individu tersebut berkongsi keadaan di bilik tidurnya selepas terdengar satu bunyi letupan kuat yang mengejutkan dia dan keluarganya dari tidur.
Ketika kejadian, dia sedang tidur sekatil bersama isteri dan dua orang anak kecil mereka.
Dalam video itu, dia menunjukkan kesan letupan yang berlaku di atas meja bersebelahan katil, termasuk tanda hitam, kesan terbakar dan lubang-lubang kecil akibat percikan bara api.
“Nyaris rumah aku terbakar. Ni kalau lambat sikit, mesti dia tangkap katil,” katanya yang masih terkejut dengan apa yang berlaku.
Dia menjelaskan letupan tersebut menghasilkan percikan api yang bukan sahaja merosakkan permukaan katil, malah turut terkena kakinya hingga terasa pedih.
Dia turut meluahkan rasa syukur kerana tiada kecederaan berlaku ke atas ahli keluarganya, lebih-lebih lagi anak-anak kecilnya yang berada begitu hampir dengan lokasi letupan.
Menurutnya, insiden ini menjadi pengajaran besar agar lebih berhati-hati, terutamanya dalam menggunakan peranti pengecas semasa tidur.
Di akhir video, dia percaya kejadian itu berlaku akibat overcharged, kerana powerbank tersebut telah dibiarkan mengecas sepanjang malam tanpa dipantau.
“Kesimpulannya satu je, jangan biar cas semalaman,” ujarnya ringkas.
@farisazrii kes power bank meletup , lambat sikit confirm katil terbakar ..
♬ original sound – Faris Azri Nakal – Faris Azri Nakal
Netizen Luah Pelbagai Reaksi, Kongsi Pengalaman Guna Powerbank
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen meluahkan rasa seriau dan turut berkongsi pengalaman masing-masing berkaitan penggunaan powerbank dan peranti berasaskan bateri.
Ada yang menjelaskan bahawa bateri berkapasiti besar seperti dalam powerbank tidak sesuai untuk dicas terlalu lama kerana boleh menyebabkan suhu dalaman meningkat.


Ada juga yang mengaitkan insiden ini dengan larangan membawa powerbank secara bebas ke dalam pesawat, dan juga prihatin mengingatkan pengguna supaya tidak membeli powerbank murah.


Overcharged & Bateri Lithium-Ion, Kenapa Perlu Berhati-Hati?

Untuk info, kebanyakan peranti moden seperti powerbank, kipas mudah alih, vape dan pelbagai gajet kecil lain menggunakan bateri lithium-ion yang terkenal dengan prestasi tinggi tetapi juga berisiko tinggi jika tidak dikendalikan dengan betul.
Bateri jenis ini mudah rosak jika tercucuk, terhempas, terkena haba melampau atau terlebih cas (overcharge).
Inilah antara sebab mengapa pihak lapangan terbang mengehadkan penggunaan dan penyimpanan peranti seperti ini, malah dalam beberapa kes, bateri mesti diasingkan daripada peranti.
Overcharge berlaku apabila peranti dibiarkan mengecas atau dicas terlalu lama walaupun bateri telah penuh, misalnya ketika tidur. Tanpa pemantauan, haba dan tekanan dalaman dalam bateri boleh meningkat, lalu mencetuskan letupan.
Justeru, pengguna dinasihatkan agar sentiasa mencabut pengecas setelah bateri penuh dan elakkan mengecas semalaman, lebih-lebih lagi jika peranti tersebut diletakkan berhampiran tempat tidur.
Nyawa dan keselamatan keluarga jauh lebih penting dari sekadar peranti yang penuh baterinya.
Tips Penjagaan Powerbank
#1. Tukar Powerbank Jika Sudah Lebih Jangka Hayat

Sebagai info, powerbank hanya boleh digunakan dalam tempoh dua hingga tiga tahun bergantung kepada kekerapan anda menggunakannya. Kalau hari-hari pakai selama dua tahun, mungkin sudah boleh beli yang baru demi menjaga keselamatan.
#2. Elakkan Simpan Powerbank Di Tempat Tidak Sepatutnya

Powerbank merupakan barangan elektrik dan ia tidak boleh diletakkan di lokasi sebarangan kerana berisiko untuk mengakibatkan letupan.
Antara lokasi yang dilarang adalah dalam kereta, atas tilam, atas peti sejuk, atas radio atau berhampiran dengan barang mudah terbakar.
#3. Letak Powerbank Di Lantai Ketika Sedang Dicas

Ketika anda mengecas powerbank, sebaiknya ia diletakkan di atas lantai supaya haba daripada powerbank itu diserap pada lantai.
Jika diletakkan di atas tilam, haba yang terhasil daripada powerbank itu berisiko untuk mengakibatkan letupan serta kebakaran.
Bukan setakat powerbank, kalau boleh barangan elektrik lain seperti telefon bimbit dan laptop juga tidak boleh diletakkan di atas tilam, toto atau karpet.
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Kereta Warga Emas Hangus Terbakar, Founder Misi Dedah Hasrat Beli Yang Baharu
Baca Artikel Berkaitan: Galaxy Buds FE Baru Dibeli Meletup Di Turkiye Ketika Dipakai Oleh Seorang Wanita
Baca Artikel Berkaitan: Elak Tinggalkan 5 Jenis Barangan Ini Dalam Kereta. #2 Paling Ramai Orang Buat

