Gangguan Penyondol Antara Punca Permohonan Cerai Di Johor Meningkat
Exco Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, lingkungan pasangan berumur 26 hingga 35 tahun juga adalah yang tertinggi memfailkan perceraian iaitu 16,159 pasangan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Mendirikan rumah tangga bersama insan tercinta merupakan impian setiap orang dalam membina sebuah keluarga yang bahagia.
Pun begitu, tidak semua perkahwinan itu sentiasa menempuhi saat bahagia apabila kadang ia turut diuji dengan pelbagai dugaan lain.
Tidak dinafikan, kehadiran orang ketiga atau lebih sesuai digelar ‘penyondol’ antara sebab utama berlakunya kes perceraian di negara ini.
Baca Artikel Berkaitan: Penyondol Naik Mahkamah, Diarah Bayar RM200,000
Perceraian difailkan di Johor meningkat, orang ketiga antara punca
Terbaharu, Johor mencatatkan peningkatan perceraian difailkan di Mahkamah Syariah seluruh negeri itu sejak enam tahun lalu dengan 7,306 kes direkodkan pada tahun lalu berbanding 7,174 kes pada 2023.
Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid berkata, antara punca perceraian disebabkan tiada persefahaman, masalah kewangan, pasangan tidak bertanggungjawab, gangguan pihak ketiga dan campur tangan luar (mentua atau ipar duai).
“Peningkatan paling ketara ialah tuntutan atau permohonan perceraian naik daripada 3,273 kes (2019) kepada 4,264 kes (2024). Bagi tuntutan pengesahan lafaz cerai, walaupun terdapat sedikit penurunan pada 2021 (1,856 kes), jumlahnya kembali meningkat kepada 2,462 kes pada 2024.
“Tuntutan pengesahan cerai taklik kekal rendah sepanjang tempoh itu antara 25 hingga 38 kes setahun, manakala tuntutan Khulu’ atau tebus talak, kes juga kekal rendah dengan sedikit penurunan, daripada 10 kes (2019) kepada hanya lapan kes pada 2024.
“Pada masa sama, tuntutan fasakh mencatatkan penurunan ketara daripada 988 kes pada 2019 kepada hanya 545 kes pada 2024,” katanya dipetik Berita Harian.
Pasangan umur 26 hingga 35 tahun paling banyak ingin bercerai
Menurutnya, sepanjang tempoh tahun 2019 hingga 2024, lingkungan pasangan berumur 26 hingga 35 tahun adalah yang tertinggi memfailkan perceraian iaitu 16,159 pasangan.
Mohd Fared turut berkongsi jumlah pasangan yang bercerai mengikut lingkungan umur bagi tempoh sama.
Jumlah pasangan fail cerai mengikut lingkungan umur:
- 18 hingga 25 tahun (4,877 pasangan)
- 36 hingga 45 tahun (10, 517 pasangan)
- 46 hingga 55 tahun (4,631 pasangan)
- 56 hingga 65 tahun (1,715 pasangan)
- 66 tahun ke atas (588 pasangan)
“Bagi jumlah keseluruhan kes tuntutan nafkah difailkan dari Mei 2024 hingga bulan lalu, sebanyak 371 kes iaitu 262 kes pada 2024 dan 109 kes setakat April lalu.
“Melalui Bahagian Sokongan Keluarga juga satu insentif berbentuk bantuan diberikan kepada mereka yang layak selepas siasatan dibuat dan diluluskan ahli mesyuarat.
“Sejak 2012 hingga Ogos 2023, Bahagian Sokongan Keluarga menyalurkan pendahuluan dana RM77,400 kepada bekas isteri yang layak melalui peruntukan dana disumbangkan Majlis Agama Islam Negeri Johor (MAIJ),” katanya.
Kes perceraian pada 2022 meningkat, Kedah & Sabah catat paling tinggi
Sekadar info, pada 2023 lalu, Jabatan Perangkaan Malaysia baru-baru ini mendedahkan bilangan penceraian pada tahun lepas telah meningkat sebanyak 43.1% bersamaan 62,890 berbanding 2021 (43,936).
Ketua Perangkawan Malaysia, Datuk Seri Dr. Mohd. Uzir Mahidin berkata, bilangan perceraian melibatkan pasangan orang Islam pada 2022 meningkat berbanding tahun sebelumnya.
Menurutnya, ia meningkat sebanyak 45.9% dengan jumlah seramai 46,138 berbanding 2021 hanya 31,650.
Jelasnya, Tiga negeri yang mencatatkan peningkatan tertinggi bilangan perceraian orang Islam iaitu Kedah (113.6%), Sabah (94.5%) dan Perlis (83.5%).
Baca Artikel Berkaitan: Kedah & Sabah Catat Jumlah Pasangan Bercerai Paling Tinggi Dalam Malaysia



