fbpx
Now Reading
Wanita Hadiahkan Perkakas Dapur Le Creuset Untuk Cikgu Anak Sempena Hari Guru Buat Ramai Teruja [Video]

Wanita Hadiahkan Perkakas Dapur Le Creuset Untuk Cikgu Anak Sempena Hari Guru Buat Ramai Teruja [Video]

Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah tular pada tahun lalu kerana memberi hadiah gelang Habib Jewels kepada guru anaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Selain ibu bapa, guru merupakan individu yang memainkan peranan penting dalam mendidik dan membentuk seseorang menjadi insan berjaya.

Betapa besarnya pengorbanan cikgu hingga ada hari sambutan yang dikhaskan iaitu hari guru yang berlangsung pada 16 Mei setiap tahun bagi menghargai jasa dan kerja keras mereka selama ini.

Pada hari istimewa ini, setiap murid serta ibu bapa mempunyai cara mereka tersendiri dalam menghargai pengorbanan golongan pendidik itu.

Kebiasaannya, ramai yang akan memberi hadiah seperti bunga atau kad ucapan sebagai tanda terima kasih dan penghormatan mereka.

Wanita Hadiahkan Barangan Dapur Dari Le Creuset Buat Guru Anak

Berbeza dengan yang lain, seorang wanita tampil dengan kelainan apabila memberikan hadiah berupa peralatan dapur mewah buat guru anaknya.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @nurashikindin, kelihatan anak wanita berkenaan yang berusia 11 tahun bersama suaminya telah datang ke premis peralatan dapur eksklusif itu yang terletak di Pusat Beli Belah Midvalley.

Apa yang menjadi perhatian adalah peralatan dapur yang dihadiahkan oleh wanita berkenaan mencecah ribuan ringgit.

Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat anak serta suaminya sedang melihat barangan yang bakal menjadi pilihan mereka.

“Ada yang tunggu hadiah hari guru versi 2025 ke tu? Hadiah hari guru 2025 dari Hafiz Harith untuk semua cikgu-cikgu dia,” tulisnya di ruang kapsyen.

Dapat dilihat sebanyak 10 beg kertas yang mengandungi perkakas dapur tersebut dibelikan istimewa untuk guru anaknya itu.

Pun begitu, dia tidak berkongsikan perkakas dapur jenis apa yang dibeli dari jenama tersebut.

Malah, wanita berkenaan turut menzahirkan ucapan terima kasih atas layanan staf premis berkenaan yang membantunya membeli hadiah berkenaan.

“Special thanks untuk staf Le Creuset Midvalley layan kami membeli dan bungkuskan cecantik untuk guru anak saya. Siap reben,” tulisnya.

@nurashikindin

Ada yg tunggu hadiah hari guru versi 2025 ke tuuu ? 🤭🤭 Hadiah hari guru 2025 dari Hafiz Harith untuk semua cikgu cikgu dia ♥️💜. Special thanks untuk staff @Le Creuset midvalley Encik Ikhwan layan kami membeli dan bungkuskan cecantik untuk guru anak saya. Siap reben 🌹. #hadiahhariguru2025 #lecreuset #fypviralシ @Le Creuset Malaysia

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) (Sped Up Version) – FIFTY FIFTY

Tonton video penuh [DI SINI]

Pernah Tular Hadiahkan Gelang Dari Habib Jewels Tahun Lalu

Difahamkan, wanita itu sebelum ini pernah tular pada tahun lalu kerana memberi hadiah gelang Habib Jewels kepada guru anaknya ketika kanak-kanak itu berusia lapan tahun.

Pada ketika itu, dia juga membeli barangan 10 barangan Habib Jewels untuk diberi kepada guru anaknya.

Kongsi wanita itu menerusi ruangan komen, tahun ini dia beralih ke pemberian pinggan mangkuk memandangkan pemberian barangan Habib Jewels telah menjadi ikutan pada tahun ini.

@nurashikindin

Hadiah hari guru 2024 dari Hafiy Hadeef untuk mualim & mualimah ❤️. 10 orang guru nya. Special thanks to Ammar tolong bungkuskan hadiah hari guru hafiy cantik2 💋 #hadiahhariguru2024 #habibjewels #fypシ゚viral @HABIB Jewels

♬ Cupid – Twin Ver. (FIFTY FIFTY) (Sped Up Version) – FIFTY FIFTY

Tonton video penuh [DI SINI]

Ramai Teruja Dengan Pemberian Barangan Dari Le Creuset

Perkongsian yang telah mendapat lebih 314,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang teruja melihat pilihan barangan wanita itu pada tahun ini.

Malah, ada yang menganggap guru anaknya amat beruntung dan bertuah kerana menerima hadiah sedemikian.

Pun begitu, ada segelintir yang berpendapat agar golongan pendidik yang menerima hadiah berkenaan tidak mengamalkan sikap pilih kasih terhadap murid lain.

Pada masa yang sama, ada pengguna media sosial yang merupakan seorang guru berkongsi pengalaman mereka menerima hadiah daripada pelajar.

Le Creuset Idaman Para Wanita, Harga Bemula RM200 Hingga Ribuan Ringgit

Untuk info, produk Le Creuset merupakan idaman para wanita dan merupakan antara jenama peralatan memasak yang termahal malah sudah menapak dalam pasaran hampir 100 tahun.

Ini kerana ia menggunakan bahan berkualiti tinggi seperti cast iron dan stoneware selain direka khas untuk prestasi, ketahanan dan keselamatan ketika penggunaannya.

Hasil semakan kami mendapati harga produk ini bermula dengan RM200 dan boleh mencecah lebih RM3,000.

Ini antara komen pengguna TikTok:

“Baguslah Hargai Cikgu Yang Mengajar & Didik Anak Sampai Pandai, Apa Salahnya Spend Anggap Sedekah”

“Anak Sekolah Mana Ni, Tahun Depan Hari Guru Saya Nak Mengajar Sana”

“Rezeki Cikgu Anak Dia”

“Seronok Cikgu Sekolah Rendah, Dapat Hadiah Macam-Macam”

“Aku Harap Jangan Sebab Ini, Cikgu Pilih Kasih Antara Murid”

Baca Artikel Berkaitan: “Rare Ni” – Pelajar Hadiah Cikgu Ayam Sempena Hari Guru [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.