“Opah Aku Percaya Unta Mengaji” – Ramai Luah Video AI Berjaya Perdaya Warga Emas
Ramai yang berkongsi mengenai perkara terbabit selepas tular video seorang warga emas didakwa percaya dengan video hasil ciptaan AI yang dilihatnya di media sosial.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Semakin hari semakin banyak teknologi baharu yang dihasilkan sehingga ia mula tular dan digunakan secara meluas di media sosial.
Antara trend yang popular dan menjadi ikutan ramai adalah penyuntingan gambar atau membuat video dengan menggunakan teknologi Kecerdasan Buatan (AI).
Bagi golongan muda, kita pasti boleh mengetahui jika video-video yang dihasilkan itu hanya menggunakan AI, namun lain pula ceritanya bagi warga emas yang tidak begitu biasa dengan teknologi pada masa kini.
Ramai luah warga emas mudah percaya video ciptaan AI
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial luahan kebanyakan pengguna TikTok yang menyatakan jika ada ibu bapa atau atok nenek yang terpedaya dengan video ciptaan AI.
Perkara tersebut mula dikongsikan mereka selepas tular satu hantaran di TikTok yang memaparkan seorang warga emas wanita percaya dengan video ciptaan AI yang menunjukan seorang bayi dibiarkan di dalam tasik sebelum diselamatkan oleh seekor burung merak.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @omby0y, kedengaran suara warga emas terbabit menceritakan mengenai video yang dilihat kepada cucunya.
“Tadi ular gergasi lilit orang dia (nenek) ulang-ulang tengok. Aku cakap lah ‘opah kenapa ulang ulang video tu?’ lepas itu dia kata ‘aku nak tengok ular gergasi ni lilit orang ni’,” tulisnya di kapsyen.
@omby0y tadi ular gergasi lilit orang dia duk ulang” aku cakap la “opah kenapa ulang ulang video tu” pastu dia kata “aku nak tengok ular gergasi ni lilit orang ni”
♬ kembali pulang suara kayu piano – Lyn 🤍
Video unta mengaji pun boleh buat warga emas percaya?
Video tersebut kemudiannya mendapat perhatian ramai orang di mana kebanyakannya meluahkan perkara sama yang dihadapi melibatkan ibu bapa atau atok dan nenek mereka.
Menjengah ke ruangan komen, ada individu yang mendakwa opahnya mempercayai video seekor unta sedang mengaji.
Malah, ada juga seorang lagi pengguna TikTok yang menyatakan bahawa ibunya percaya dengan video AI yang menunjukan seekor kucing pandai memasak.
Menurut individu berkenaan, ibunya masih mempercayai video yang dilihatnya itu meskipun telah berulang kali diberitahu bahawa perkara terbabit tidak benar.
Banyak lagi luahan yang diberikan, namun tidak pasti sama ada ianya benar atau rekaan semata-mata.
Berikut komen yang diberikan netizen:
“Ya Allah macam mak aku”

“Opah aku percaya manusia bertukar serigala”

“Kita pun dulu percaya anak derhaka jadi ikan pari”

“Mak aku percaya kucing memasak”

“Bapa aku percaya Kim Jong Un mengaji”




