“Mohon Tak Beri Pen & Mug” – Cikgu Swasta Demand Hadiah Sempena Hari Guru Bikin Ramai Bengang
Guru dari sebuah sekolah di Johor itu juga meminta para murid memberikan para pengajar hadiah yang bermanfaat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Hari ini (16 Mei), para pendidik seluruh negara sekali lagi menyambut hari istimewa buat mereka iaitu Hari Guru. Selepas menabur bakti dan menghabiskan banyak masa bagi mengajar anak murid, tidak salah untuk mereka berehat dan berseronok pada hari itu.
Setiap kali penganjuran sambutan tersebut di sekolah, para pelajar akan memeriahkannya dengan meraikan jasa para guru yang banyak berkorban sebelum ini.
Antara perkara yang tidak sabar dilakukan oleh murid adalah memberikan hadiah kepada guru tercinta. Pun begitu, masih juga ada isu melibatkan jenis barangan yang diberikan kepada para pendidik ini.
Baca Artikel Berkaitan: Guru Sekolah Terima Hadiah Rantai RM32K. Si Pemberi Perjelas Ingin Balas Budi & Jasa
Baca Artikel Berkaitan: Cikgu Terharu Bekas Pelajar 12 Tahun Lalu Masih Beri Hadiah Ketika Sambutan Hari Guru
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Tema Sambutan Hari Guru Raih Perhatian, Siap Ada Yang Pakai Jubah Ala Menteri Arab!
Cikgu Minta Ibu Bapa Sediakan Hadiah Untuk Sambutan Hari Guru
Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads (manis_khairi) apabila seorang wanita berkongsi satu tangkap layar perbualan di platform WhatsApp dipercayai daripada group kelas di antara ibu bapa dan juga guru di sekolah anak.
Dalam mesej tersebut, cikgu dari sekolah swasta di Johor itu sedang memberi peringatan kepada setiap ibu bapa dan penjaga tentang sambutan Hari Guru yang akan diadakan.
Kebiasaannya, pemberian hadiah daripada murid ini dikira sebagai satu sedekah buat mereka yang mempunyai rezeki lebih untuk berkongsi dengan para guru. Bahkan ia tidak sepatutnya menjadi satu keperluan atau kewajipan.
Namun lain pula bagi sesetengah sekolah yang mana ada cikgu yang meminta ibu bapa bagi menyediakan hadiah-hadiah untuk dibawa ke sekolah.
“Dengan rendah hati, kami memohon kepada ibu bapa agar membekalkan anak-anak hadiah untuk diberikan kepada guru pada hari tersebut (sambutan Hari Guru),” kata si cikgu.

Sumber: FB Ieyfa Rhusila
Guru Harap Ibu Bapa Tak Beri Pen Atau Mug
Lebih mengundang perhatian adalah apabila guru ini mengehadkan jenis hadiah yang boleh diberi. Hadiah yang biasa diterima oleh mereka adalah tidak digalakkan kerana dikatakan tidak memberi manfaat.
“Kami mohon jasa baik tuan puan untuk tidak memberi pen, mug, frame (bingkai gambar), atau bunga-bunga kecil kepada guru-guru. Hadiah yang berkat adalah hadiah yang memberi manfaat,” pesan pengajar itu lagi.
Situasi ini kemudiannya membuat si ibu tertanya tentang adab para guru yang meminta-minta sesuatu jenis hadiah daripada para penjaga.
“Boleh ke demand macam ni? Apa pendapat korang?” tanya si ibu.
View on Threads
Ramai Tak Puas Hati Dengan Sikap Guru Yang Demand Jenis Hadiah
Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai berasa bengang dengan permintaan guru yang tidak munasabah itu.
“Tolonglah jangan normalize benda ni. Macam wajib pulak kena bagi hadiah waktu hari guru. Ibu bapa yang berkemampuan tak apa. Ibu bapa yang tak berkemampuan macam mana?
“Lepas tu yang bagi hadiah gah-gah bukan main kau layan baik budak tu. Yang tak bagi hadiah atau biasa-biasa je kau (cikgu) buat endah tak endah. Cuba ikhlaskan diri tu,” kata seorang netizen.
Malah ada juga individu yang sempat menyindir guru-guru yang terlalu ‘demand’ ini.
“Suruh anak hadiahkan al-Fatihah je untuk cikgu-cikgu macam ni. InsyaAllah bermanfaat. Tak ada la sampai hidup meminta-minta,” ujar seorang wanita.
Sementara itu, segelintir para ibu turut berkongsi sikap guru sekolah lain yang tidak memaksa seseorang murid untuk membeli sebarang jenis hadiah.
“Dekat sekolah anak lelaki saya pula, sangat berbeza. Alhamdulillah cikgu semua baik-baik. Syukur,” kata seorang ibu sambil berkongsi tangkap layar group WhatsApp.








Wanita Cuba Penuhi Permintaan Anak Walau Ada RM20 Dalam Akaun Bank
Isu seorang guru yang meminta hadiah semasa sambutan Hari Guru tidak sepatutnya berlaku. Hal ini kerana bukan semua murid datang dari keluarga yang senang. Ia sekaligus akan membuatkan ibu bapa rasa terbeban.
Seperti sebelum ini, seorang ibu dikenali sebagai Siti berkongsi kisahnya bagi memenuhi permintaan kedua-dua orang anak yang mahu memberi hadiah buat guru mereka.

Sebagai suri rumah yang tidak mempunyai pendapatan, dia risau tidak dapat menampung perbelanjaan bagi membeli hadiah tersebut kerana menghadapi masalah kewangan.
Difahamkan pada ketika itu, dia hanya mempunyai wang tunai RM6 dan RM20 di dalam akaun bank.
Namun, kerana tidak mahu menghampakan anak-anak, dia cuba memenuhi permintaan kedua-duanya dan menasihati mereka membeli hadiah mengikut kemampuan diri.
Baca Artikel Berkaitan: “Dalam Akaun Ada RM20” – Ibu Cuba Penuhi Permintaan Anak Mahu Beri Hadiah Kepada Guru Jadi Perhatian
Baca Artikel Berkaitan: Pelajar Beri Guru ‘Bouquet’ Sayur-Sayuran Tarik Perhatian Ramai [Video]
Baca Artikel Berkaitan: “Rare Ni” – Pelajar Hadiah Cikgu Ayam Sempena Hari Guru [Video]


