Betul Ke Jika Buat Dosa Di Bulan Haram Akan Dilipatgandakan? Ini Penjelasannya [Video]
Jelas Ustaz Adnin bulan haram yang dimaksudkan itu adalah Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Setiap umat Islam pasti mempunyai matlamat untuk menghuni syurga Allah SWT kelak.
Bukan hanya itu, sebagai hambaNya kita juga tahu tugas di dunia bukanlah sekadar untuk melalui proses kehidupan tetapi untuk menjalankan tanggungjawab dengan beribadah kepada Allah SWT.
Malah Allah SWT turut menjanjikan akan memberikan ganjaran yang berganda kepada mana-mana sahaja hamba yang sentiasa bertakwa dan beribadah kepadaNya.
Namun tahukah anda selain pahala, terdapat beberapa bulan Islam di mana sekiranya seseorang melakukan dosa, dosa tersebut juga akan dilipatgandakan.
4 bulan jika buat dosa, dosa akan digandakan
Baru-baru ini, seorang individu telah bertanya kepada pendakwah bebas, Ustaz Adnin Roslan mengenai soalan berhubung perkara itu.
Kata Ustaz Adnin perkara itu benar dan menjelaskan terdapat empat bulan haram iaitu:
- Muharram
- Rejab
- Zulkaedah
- Zulhijjah
“Empat bulan ini, dinamakan bulan haram kerana Allah SWT mengharamkan berperang dan kezaliman di empat bulan ini.
“Kalau kita buat dosa, membuat kezaliman di empat bulan ini dosa tersebut akan dilipatgandakan.
“Jadi kalau kita bertemu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah, dan Zulhijjah sama-samalah kita tahan nafsu, lawan nafsu kita, bertaubat kepada Allah atas dosa yang kita lakukan,” ujarnya.
Ustaz Adnin turut berharap berkat usaha mereka yang mahu menjadi lebih baik dan meninggalkan maksiat di bulan haram ini, Allah SWT akan gandakan dengan kebaikan dan pengorbanan untuk meninggalkan dosa terbabit.
@adninroslan Bulan haram #ustazadnin #tarbiahsentap ♬ original sound – Ustaz Adnin
Dosa dibuat dalam bulan haram lebih berat dan besar – Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan
Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut menjelaskan perkara sama dalam laman sesawangnya di mana ganjaran pahala serta dosa maksiat yang dibuat ketika dalam bulan-bulan haram adalah lebih berat dan besar berbanding bulan lain.
“Ini bukanlah bermaksud dosa-dosa atau pahala tersebut digandakan seperti yang difahami sebahagian orang, bahkan ia merujuk kepada perkataan أعظم iaitu lebih berat. Wallahu A’lam,
“Justeru marilah kita bersama mempertingkatkan amalan soleh selama beradaan kita dalam bulan-bulan haram serta meninggalkan maksiat di dalamnya. Mudah-mudahan ia menjadi asbab istiqamahnya kita dalam takwa kepada Allah SWT dalam bulan-bulan yang lain,” katanya.
Dosa dan pahala digandakan dari segi kualiti bukan kuantiti – Maktabah Al-Bakri
Menurut Maktabah Al-Bakri pula berdasarkan ayat al-Quran berkaitan bulan-bulan haram dan dalil bahawa pahala dan dosa digandakan dalam masa dan tempat yang istimewa dapat disimpulkan bahawa ia digandakan dalam bulan haram dari segi kualiti, bukan kuantiti.
“Pahala dalam bulan-bulan tersebut adalah lebih berat berbanding masa lain.”



