Tular Lelaki Kena Jerkah Selepas Kantoi Rakam Wanita Sorok-sorok [Video]
Merakam video seseorang serta menyebarkannya tanpa kebenaran merupakan satu kesalahan undang-undang di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Teknologi seperti telefon pintar yang ada pada masa kini sememangnya memudahkan seseorang dalam melakukan pelbagai pekerjaan harian.
Malah menerusi telefon pintar yang lengkap dengan kamera juga seseorang boleh merakam gambar dan video dengan mudah dan dihantar kepada sesiapa sahaja.
Namun ada segelintir individu tidak bertanggungjawab apabila menggunakan kamera telefon pintar untuk merakam orang lain tanpa kebenaran bertujuan untuk nafsu mereka semata-mata.
Sekumpulan wanita mengamuk selepas sedar ada lelaki rakam video curi-curi, siap ada rakam perempuan seksi
Perkara sama turut berlaku kepada sekumpulan wanita apabila mendakwa terdapat seorang lelaki yang bertindak merakam video mereka tanpa kebenaran sewaktu berada di sebuah restoran.
Menerusi video yang dikongsikan oleh seorang wanita di TikTok, awalnya kelihatan salah seorang daripada kumpulan wanita itu telah menghampiri lelaki berkenaan sebaik menyedari diri mereka dirakam.
“Awalnya, kawan aku datang dekat dia untuk tanya betul ke tak dia rakam kita orang. Kemudian dia cakap tak ada sambil geleng. Aku memang rasa tak sedap hati memang aku teman terjah sekali.
“Lepas tu sekali memang betul dia rakam kita orang. Aku pun terus rampas telefon dia sebab memang risau dia sempat padam atau hantar dekat mana-mana. Bila aku periksa telefon dia memang banyak perempuan seksi juga dan lain-lain,” kata wanita itu.
Tidak lama kemudian kedengaran salah seorang daripada rakan wanita itu bertanya kepada lelaki tersebut apakah tujuannya merakam video mereka.
Lelaki dakwa cuma ambil satu video kumpulan wanita di kedai makan
Tidak dapat menahan sabar dengan tindakan tak bertanggungjawab lelaki tersebut, sekumpulan wanita turut menjerkahnya ketika berada di kedai makan berkenaan.
Lelaki tersebut turut memaklumkan dia hanya merakam satu sahaja video sekumpulan wanita itu.
“Waktu ni memang aku dan kawan-kawan hilang sabar. Lantaklah orang sekeliling nak pandang macam mana. Dia cakap dia rakam satu video sahaja, tapi sebenarnya banyak kali.
“Sebab kita orang perhati dia. Kita orang cakap nak bawa dia pergi balai polis sebab balai memang sebelah mamak ni sahaja,” ulasnya.
Sewaktu kumpulan wanita itu bertanya untuk apa lelaki itu merakam diri mereka, lelaki itu kelihatan gagap serta seperti tidak dapat menjelaskan sebabnya.
@e.ndr4 Girls pls be extra careful 😭 jijik geli semua ada.
♬ original sound – Ikan bilis mama
Dakwa buat laporan polis selepas lelaki tak jawab tujuan rakam video wanita di kedai makan
Melihat lelaki itu hanya berdiam, mereka kemudian terus beredar daripada kedai makan berkenaan untuk membuat laporan polis.
Tambah wanita itu lelaki berkenaan turut memohon maaf atas tindakannya merakam video mereka.
“Dia cakap maaf banyak kali dan cakap dia rakam satu je video. Tapi wanita, jangan tertipu. Kita orang malas cakap banyak sebab kita orang pun nak masuk kerja, jadi terus gerak balai sebelah mamak ni.
“Dia sebenarnya nak lari tinggalkan sahaja telefon dia, tapi abang baju hijau tolong tahan dia dan heret tarik ke balai. Terima kasih abang baju hijau.”
Di ruang kapsyen wanita itu turut meminta orang ramai khususnya wanita untuk berhati-hati apabila berada di tempat awam.
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji wanita terbabit kerana berani berdepan dengan lelaki tersebut demi menegur kesalahannya yang merakam tanpa izin.
Rakam video tanpa kebenaran adalah kesalahan undang-undang
Sebelum ini, firma guaman tetuan Aimee dan Zaim Arif dalam satu hantaran di Facebook turut menjelaskan tindakan mengambil gambar individu lain tanpa izin adalah melanggar privasi dan boleh dianggap sebagai satu kesalahan undang-undang.
“Seksyen 509 Kanun Keseksaan, sebarang perlakuan yang menyinggung kehormatan atau privasi seseorang adalah satu kesalahan jenayah,” katanya dalam hantaran itu.
Perkara sama turut dijelaskan oleh seorang lagi peguam wanita yang dikenali sebagai Aminahtul Mardiah mengenai merakam serta menyebar video seseorang tanpa kebenaran.
“Mahkamah telah memutuskan perbuatan ini (tindakan merakam dan menyebarkan video tanpa kebenaran) adalah bertentangan dengan Seksyen 509 Kanun Keseksaan yang mana sekiranya anda didapati bersalah boleh dihukum penjara sehingga lima tahun atau denda atau kedua-duanya.”
@aminahtulmardiah Jangan ambil video/ gambar orang lain tanpa izin! #tiktokguru #tahukahanda #thinkb4youdo ♬ Epic Music(863502) – Draganov89
Berikut komen netizen:
“You go girl! Suka betul perempuan yang berani macam ni. Harap semua wanita berani macam ni kalau jadi benda sama”

“Mantap girls, berani macam ni biar mereka tak berani buat dekat orang lain dah”




