fbpx
Now Reading
Trak Bomba Tiba-tiba Depan Gerai, Peniaga Terkejut Ada Individu Buat Panggilan Palsu [Video]

Trak Bomba Tiba-tiba Depan Gerai, Peniaga Terkejut Ada Individu Buat Panggilan Palsu [Video]

Difahamkan, peniaga wanita terbabit juga telah membuat laporan polis berhubung panggilan kecemasan palsu yang menggunakan nombor telefon miliknya itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Masalah panggilan palsu bukanlah sesuatu yang baru di Malaysia, bahkan ia semakin membimbangkan apabila masih berlaku sehingga hari ini.

Pihak bomba merupakan antara jabatan penyelamat yang paling banyak dan kerap menerima panggilan kecemasan palsu.

Tidak dinafikan, ada individu yang berbuat perkara itu dengan niat suka-suka dan ada pula yang membuat panggilan sedemikian untuk mensabotaj seseorang.

Wanita terkejut, nombor telefon diguna untuk buat panggilan palsu

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang peniaga wanita terkejut apabila nombor telefon miliknya telah diguna oleh individu lain untuk membuat panggilan palsu.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok milik wanita itu (@walawaempire), kejadian berkenaan berlaku semasa dia sedang berniaga nasi lemak pada waktu malam sambil melakukan siaran langsung (live) di platform terbabit.

Bagaimanapun, ketika dia sedang membungkus makanan, sebuah trak bomba secara tiba-tiba berhenti di hadapan gerainya yang terletak berdekatan Plaza Idaman, Gombak itu.

Bomba dapat panggilan palsu ada kemalangan berlaku

Di dalam video tersebut, kedengaran suara salah seorang anggota bomba memberitahu bahawa mereka mendapat panggilan terdapat kemalangan yang berlaku di sana, namun tiada apa-apa yang terjadi setelah tiba di lokasi.

Fikiran wanita terbabit menjadi tidak menentu selepas mengetahui bahawa nombor yang membuat panggilan palsu itu adalah miliknya.

Dia kemudiannya menafikan telah membuat panggilan palsu kepada anggota terbabit memandangkan telefon yang memiliki nombor terbabit sedang membuat live di TikTok.

“Aku dah terfikir polis akan angkut (tangkap) aku sebab buat panggilan palsu sedangkan aku tak buat. Macam-macam cara zaman sekarang ini orang nak buat jahat kan? Apa-apa pun semoga awak yang buat saya ini (pelaku panggilan palsu) jalankan hidup yang bahagia selepas ini tau,” tulisnya di kapsyen.

Difahamkan, wanita terbabit juga telah membuat laporan polis berhubung perkara berkenaan.

Boleh didenda hingga RM50,00 dan penjara jika buat panggilan kecemasan palsu

Apa-apa pun, kami ingin mengingatkan anda semua bahawa membuat panggilan palsu juga merupakan satu kesalahan yang boleh didakwa.

Menurut hantaran di laman Facebook Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Bestari Jaya, mengikut undang-undang, membuat panggilan palsu adalah satu kesalahan serius yang boleh dikenakan denda sehingga RM50,000 atau penjara sehingga 5 tahun, atau kedua-duanya sekali.

“Tindakan ini bukan sahaja membazirkan masa dan sumber, tetapi juga menghalang pasukan bomba dari membantu mereka yang benar-benar memerlukan,” kata kenyataan itu.

Sementara itu, memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial yakin bahawa terdapat individu lain yang membuat panggilan palsu terbabit untuk mensabotaj perniagaan wanita berkenaan.

Ada pula yang berkongsi nasib sama dihadapi mereka sebelum ini dan berharap agar pihak berkuasa dapat melakukan sesuatu terhadap golongan ‘scammer’ sebegini daripada terus berleluasa.

“Teruknya perangai yang call tu”

“Spoof call ke?”

“Pernah kena, berpuluh-puluh orang call saya tak berhenti”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.