Lelaki Dedah Makanan Digoreng Bersama Plastik Lebih Rangup Raih Perhatian Ramai [Video]
Lelaki tersebut mendakwa ada individu dipercayai peniaga yang menggunakan taktik campuran plastik itu untuk menjadikan makanan dijual mereka lebih rangup.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Makanan yang berminyak seperti goreng-gorengan sudah pasti tidak sihat jika dimakan dalam kuantiti yang banyak dan kerap.
Namun, tidak dinafikan makanan bergoreng seperti ayam goreng, pisang goreng dan lain-lain digemari ramai banyak rakyat Malaysia.
Ada pula yang menggemari makanan yang digoreng kerana keranggupannya, namun siapa sangka semakin ranggup sesuatu makanan itu boleh berdepan dengan risiko yang bahaya.
Lelaki buat buktikan makanan digoreng dengan campuran plastik cair lebih rangup
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki Indonesia dikenali sebagai Edwin Kurniawan Agung membuktikan makanan yang digoreng dengan campuran minyak dan plastik adalah lebih rangup.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram miliknya (@edwin_ka), Edwin mendakwa ada individu dipercayai peniaga di negara itu yang menggunakan taktik tersebut untuk menjadikan makanan dijual mereka lebih rangup.
Susulan itu, dia melakukan perbandingan di antara makanan yang digoreng dengan hanya menggunakan minyak masak sahaja dan makanan yang digoreng dengan menggunakan campuran minyak bersama cairan plastik.
Sah makanan digoreng dengan campuran plastik cair lebih rangup
Berdasarkan video tersebut, Edwin menggoreng tempe yang telah disaluti dengan tepung dan gorengan pertama hanya menggunakan minyak masak sahaja.
Manakalan gorengan kedua pula dia mencampurkan minyak masak yang panas itu dengan plastik termasuk cawan plastik yang dicairkan ke dalam minyak.
Setelah itu, dia mencuba kedua-dua makanan tersebut dan mendapati ternyata tempe yang digoreng bersama plastik adalah lebih rangup.
Edwin bagaimanapun mengingatkan orang ramai agar tidak meniru perbuatannya itu di rumah.
Netizen beri pelbagai reaksi, tak nafikan ada peniaga guna cara kotor ini
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video tersebut.
Segelintir netizen tidak menafikan bahawa ada peniaga makanan di Indonesia yang menggunakan taktik terbabit dan meminta orang ramai agar sentiasa berhati-hati.
Tidak kurang juga yang mempersoal tindakan Edwin yang memakan makanan digoreng bercampur plastik itu.
Makanan bercampur mikroplastik dan bahan kimia boleh jejaskan kesihatan
Sekadar info, menurut perkongsian seorang doktor di TikTok yang dikenali sebagai Dr Hakim, makanan yang bercampur mikroplastik atau bahan kimia adalah tidak baik untuk kesihatan.
Menurutnya, kesan terhadap tubuh badan daripada penggunaan bekas plastik yang mengandungi mikroplastik dan bahan kimia iaitu:
- Mengganggu hormon.
- Merosakkan sistem saraf.
- Meningkatkan risiko kanser.
- Meningkatkan risiko kemandulan.
Makanan yang dipanaskan di dalam microwave di dalam bekas plastik sahaja sudah bahaya apatah lagi yang sememangnya bercampur dengan plastik cair.
KKM sentiasa pantau sampel minyak peniaga
Untuk pengetahuan, sekitar 2009 yang lalu, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) menafikan dakwaan terdapat peniaga yang menggunakan plastik dalam makanan bergoreng sebagai contoh pisang goreng untuk menjadikan makanan itu lebih rangup.
Menteri Kesihatan pada waktu itu, Datuk Seri Liow Tong Lai berkata, pihaknya sentiasa memantau perkara itu dengan mengambil sampel minyak masak yang digunakan peniaga di seluruh Malaysia dan setakat ini, tiada yang berbuat perkara tersebut.
Kesalahan tersebut sebenarnya boleh membawa hukuman denda sehingga RM10,000 di bawah Akta Makanan 1983.
Pun begitu, masih timbul dakwaan oleh pengguna media sosial yang mereka pernah menyaksikan perkara tersebut.
Baca Artikel Berkaitan: Elok Ke Panaskan Makanan Dalam Microwave Guna Bekas Plastik? Ini Penjelasan Doktor [Video]
Berikut komen diberikan netizen di Instagram:






