fbpx
Now Reading
Lelaki Buat Parodi Imbau Zaman Persembahan Akademi Fantasia Bikin Ramai Boleh Relate [Video]

Lelaki Buat Parodi Imbau Zaman Persembahan Akademi Fantasia Bikin Ramai Boleh Relate [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berkenaan tidak hanya menghafal setiap step tarian lagu Akademi Fantasia sebaliknya turut menyediakan beg bagasi persis program itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi mana-mana generasi milenium dan sebelumnya pasti pernah menonton program realiti televisyen – Akademi Fantasia yang dahulunya disiarkan secara langsung pada setiap hari Sabtu di Astro Ria.

Apa yang lebih menarik, program ini bukan sekadar program realiti menunjukkan bakat peserta menyanyi sahaja sebaliknya mereka turut diletakkan dalam satu rumah yang jauh dari keluarga.

Malah diari kehidupan harian mereka sebagai pelajar Akademi Fantasia juga dikongsikan sehingga ia menjadi program realiti kegemaran ramai pada suatu masa dahulu.

Bukan hanya itu, sehingga kini pasti ramai yang masih mengingati para pelajar serta momen-momen peserta berkenaan ketika berada di dalam program berkenaan.

Lelaki buat parodi imbau zaman Akademi Fantasia sebelum waktu penyingkiran

Baru-baru ini, seorang lelaki telah menarik perhatian ramai apabila dia membuat satu video memaparkan keadaan peserta Akademi Fantasia sebelum tiba waktu penyingkiran pada setiap minggu.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Graeme Tan di TikTok, awalnya kelihatan dia sedang menari dengan berlatarbelakangkan lagu Akademi Fantasia.

Siap hafal step menari dan ada beg bagasi macam Akademi Fantasia

Apa yang lebih menarik dalam video tersebut, Graeme tidak hanya menari sebaliknya turut meletakkan mikrofon pada kepalanya, serta menghafal setiap koreografi tarian berkenaan.

Bukan hanya itu disebabkan dia membuat parodi waktu penyingkiran, Graeme juga meletakkan sebuah beg bagasi berwarna hitam yang sering menjadi ‘trademark’ setiap kali tibanya waktu penyingkiran pelajar.

Malah apa yang menjadi perhatian, lelaki itu turut menari sambil menangis-nangis seperti meniru emosi para peserta apabila di waktu penghujung.

“(Cara) semua peserta menyanyi di akhir lagu selepas mengetahui mereka akan pulang ke rumah,” tulisnya.

@graemetanjie

pasti berjaya di akademi fantasia

♬ original sound – Graeme Tan

Parodi buat ramai teringat zaman mereka menonton Akademi Fantasia

Parodi video lelaki itu telah membuatkan ramai yang terhibur serta terkenangkan peserta di dalam program realiti berkenaan.

Ada juga yang teringat momen ketika peserta AF musim pertama, Adi Fashla tersingkir apabila ada pelajar wanita, Atie AF yang menangis beria-ria sebaik mengetahui sahabat mereka terpaksa pergi meninggalkan akademi berkenaan.

Tidak kurang juga ada yang teringat mereka ada yang berusaha mengundi para peserta berkenaan agar tidak tersingkir dan mahukan mereka menjadi juara.

Ada yang kongsi momen mereka ketika tonton Akademi Fantasia

Bukan hanya itu, ada juga berkongsi mereka pernah menyimpan hasrat untuk menyertai akademi tersebut ketika kecil dahulu.

Malah ramai yang mahukan agar rancangan realiti itu dikembalikan semula kerana merindui momen seperti itu.

Ada juga mengatakan program berkenaan juga mengeratkan hubungan keluarga kerana mereka akan berkumpul untuk menyaksikannya pada setiap minggu.

Malah pemasaran Astro pada waktu itu, turut menggunakan tisu sebagai simbolik tanda sedih setiap kali ada pelajar yang terkeluar.

“HAHAHAHA sakit perut! Aku paling menangis masa Ati melalak sebab Adi Fashla tersingkir. Bila fikir balik ala bengongnya dulu-dulu”
“Zaman tu kalau siapa ada beg luggage (bagasi) mesti cakap kena buang akademi fantasia lah tu”
“Paling tak boleh blah, tiba-tiba ada 1 beg lagi keluar dari bawah pentas. Lepas tu Pak Nil akan ‘wow minggu ini akan ada dua penyingkiran'”
“Dulu masa AF ada live chat dekat tepi-tepi tu, saya pun join buat habis kredit”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.