“Ikut Kau Lah Bang” – Ramai Dah ‘Fed Up’ Masih Ada Pemandu Masuk Laluan Motosikal [Video]
Dalam video tersebut, pemandu Ativa berkenaan juga seolah-olah tidak menyedari papan tanda yang jelas menyatakan bahawa laluan berkenaan adalah khusus untuk motosikal sahaja.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Umum mengetahui, kebanyakan lebuh raya di Malaysia terutamanya di Lembah Klang ada menyediakan laluan khas untuk penunggang motosikal.
Lorong berkenaan diwujudkan secara berasingan bagi memudahkan pergerakan selain memastikan keselamatan penunggang-penunggang motosikal khususnya ketika waktu puncak.
Namun, entah apa masalahnya sehingga hari ini masih ada pemandu kereta yang melalui laluan motosikal.
Tular pemandu Ativa sanggup gostan masuk laluan motosikal
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan sebuah kereta sanggup mengundur di sebuah lebuh raya di Shah Alam berdekatan i-City semata-mata untuk memasuki laluan motosikal.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @apiz4g63, kelihatan pemandu kereta jenis Perodua Ativa itu mengundurkan kenderaannya pada jarak yang agak jauh.
Video tersebut diambil oleh seorang pemandu lori yang kebetulan berada di belakang Ativa terbabit di lebuh raya berkenaan.
Lelaki terbabit seakan-akan sudah ‘fed up’ dengan sikap segelintir pemandu kereta yang masih tersilap memasuki laluan motosikal.
“Ikut kau lah nak pergi mana, siapalah aku nak menghalang hala tuju seseorang,” tulis di dalam kapsyen.
Gigih reverse nak masuk laluan motosikal, tak nampak papan tanda
Dalam video tersebut, pemandu Ativa berkenaan juga seolah-olah tidak menyedari papan tanda yang jelas menyatakan bahawa laluan berkenaan adalah khusus untuk motosikal sahaja.
Bersungguh-sungguh ‘reverse’ untuk memasuki laluan motosikal, tapi sayangnya papan tanda depan mata tidak nampak.
Pemandu itu kemudian meneruskan perjalanannya di laluan berkenaan dengan sebuah motosikal mengekorinya daripada belakang.
@apiz4g63 ikut ko ler nk g mne,siapalah ak nk mnghalang hala tuju seseorg🙂 #xyzbca #madani #walaun #problem #peroduaativa #shahalam #fypage ♬ MANGU Fourtwenty – Alottu
Netizen dah malas ambil serius isu kereta masuk laluan motosikal
Melihat ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial berhubung video terbabit.
Kebanyakan pengguna TikTok memberi komen yang menghiburkan dengan berseloroh memberi seakan kata-kata nasihat atau motivasi.
Tidak kurang juga yang seakan sudah malas mengambil serius dengan isu pemandu kereta memasuki laluan motosikal kerana ia bukanlah sesuatu yang baru lagi di Malaysia.
Segelintir netizen juga berpendapatan bahawa berkemungkinan pemandu Ativa terbabit ingin menuju i ke i-City dan menyangka laluan yang dimasukinya itu adalah jalan yang sebenar.
“Sanggup gostan sebab nak masuk jalan yang salah.”







