fbpx
Now Reading
Tular 2 Gadis Kantoi Curi Parcel Rumah Orang Lain Di Johor Bahru

Tular 2 Gadis Kantoi Curi Parcel Rumah Orang Lain Di Johor Bahru

Lelaki terbabit meminta dua gadis tersebut memulangkan semula parcel yang diambil mereka dari rumah penerima atau dia akan membuat laporan polis.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Pada zaman ini, orang ramai dilihat lebih gemar membeli barang secara dalam talian (online) berbanding kedai fizikal.

Tidak dinafikan, ‘online shopping’ ini mempunyai banyak kelebihan terutamanya bagi mereka yang mempunyai jadual kerja yang padat.

Pun begitu, terdapat juga kekurangannya seperti barang yang diterima dalam keadaan rosak, ditipu penjual atau bungkusan (parcel) yang telah dihantar dicuri oleh individu lain.

Lelaki berjaya gagalkan cubaan dua gadis curi parcel

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki berjaya mematahkan cubaan dua gadis mencuri parcel di sebuah kawasan taman perumahan di Bandar Seri Alam, Johor Bahru.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @update11111, lelaki terbabit dipercayai curiga setelah melihat dua gadis berkenaan membuka bungkusan berkenaan di tepi jalan.

Susulan itu, dia mendekati dua individu berkenaan dan mendapati bahawa alamat serta nama pembeli yang tertera pada bungkusan adalah sah milik orang lain.

“Siapa yang ambil parcel ini, saya nampak awak yang buka. Kenapa awak buka parcel orang? Ini dah kes mencuri tau,” katanya.

Penuh lemah lembut layan pencuri, hanya minta pulangkan semula parcel

Lelaki terbabit kemudiannya dengan tenang meminta dua gadis tersebut memulangkan semula parcel yang diambil mereka dari rumah pemilik asalnya.

Dia memberi dua pilihan kepada gadis terbabit sama ada mengembalikan semula parcel yang dicuri atau dia akan membuat laporan polis berhubung perkara itu.

“Pergi letak balik (parcel) jangan cari nahas. Orang penat-penat beli awak ambil. Awak nak saya ‘report’ polis tak? Jangan sampai saya ‘report’,” katanya lagi.

Lelaki tersebut kemudiannya mengikuti dua gadis terbabit untuk meletakan semula bungkusan-bungkusan itu di rumah yang sepatutnya.

Difahamkan, dua pencuri itu mengambil parcel yang diletakkan di atas tembok pagar rumah.

Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang puji cara lelaki itu kendali dua gadis terbabit

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memberi pelbagai reaksi setelah melihat video terbabit.

Ada yang mengecam tindakan dua gadis tersebut kerana sesuka hati mengambil parcel yang bukanlah milik mereka dan ada pula yang memuji tindakan lelaki itu dalam mengendalikan situasi berkenaan.

Tidak kurang juga yang menyatakan bahawa dua individu terbabit beruntung kerana bertemu dengan orang yang sabar dan tidak mudah melenting apabila berhadapan dengan kes pencurian sebegini.

Untuk tonton video penuh klik [Di Sini]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.