fbpx
Now Reading
“RM4.50 Saja” – Polis Trafik Tergelak Lihat Reaksi Pak Cik Ini Selepas Disaman [Video]

“RM4.50 Saja” – Polis Trafik Tergelak Lihat Reaksi Pak Cik Ini Selepas Disaman [Video]

Kelihatan lelaki itu pada awalnya begitu khusuk melihat notis saman yang diberikan kepadanya, namun dia dengan bersahaja memberi reaksi seakan jumlah tersebut tidak terlalu besar baginya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Peraturan dan undang-undang jalan raya yang ada di Malaysia diwujudkan untuk memastikan keselamatan pengguna termasuk pemandu kenderaan, penunggang motosikal dan pejalan kaki.

Bagaimanapun, tidak dinafikan sehingga hari ini masih ada segelintir pengguna jalan raya yang tidak bertanggungjawab enggan mematuhi undang-undang ini. Mereka yang didapati melakukan kesalahan pula pastinya akan dikenakan tindakan seperti saman.

Sekiranya disaman, apa reaksi kita? Mungkin marah atau tidak berpuasa hati dan mungkin hanya mampu tersenyum dan sabar menerima kesalahan diri.

Lelaki beri reaksi bersahaja selepas disaman anggota polis trafik

Bagaimanapun, lain pula dengan reaksi yang diberikan seorang lelaki ini seolah-olah jumlah saman yang dikenakan terhadapnya amat murah.

Video lelaki terbabit menjadi tular dan mendapat perhatian ramai selepas ia dikongsikan oleh seorang pengguna Facebook Az Arryzameri Az.

Lelaki itu dipercayai ditahan beberapa anggota polis trafik yang menaiki kereta peronda kerana tidak memakai topi keledar semasa menunggang motosikal.

Polis trafik pun ketawa lihat reaksi uncle

Dalam rakaman tersebut, kelihatan lelaki itu pada awalnya begitu khusuk melihat notis saman yang diberikan kepadanya, namun dia dengan bersahaja memberi reaksi seakan jumlah tersebut tidak terlalu besar baginya.

“Ahh RM4.50 saja, apalah,” seloroh lelaki sambil menuju semula ke arah motosikalnya.

Reaksi pak cik terbabit menyebabkan beberapa anggota polis trafik yang berada di sana turut tertawa kecil.

Netizen terhibur, pak cik ni rare boleh lagi tersenyum selepas disaman

Video berdurasi 13 saat itu kemudiannya meraih pelbagai reaksi di mana rata-rata pengguna media sosial turut terhibur melihatnya.

Tidak kurang juga yang bertanya-tanya berapakah jumlah sebenar saman yang dikenakan kepada lelaki itu.

Segelintir netizen juga menyifatkan pak cik itu sebagai seseorang yang rare kerana masih lagi kelihatan ‘happy’ setelah disaman.

Ada pula yang berpendapat berkemungkinan yang dilihat oleh uncle tersebut adalah waktu dia disaman iaitu 4.50 petang dan bukannya jumlah saman.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.