fbpx
Now Reading
Ramai Terharu Lelaki Tak Ambil Upah Tolong Tukarkan Rantai Motor Putus, Rupanya Ada Yang Bayarkan [Video]

Ramai Terharu Lelaki Tak Ambil Upah Tolong Tukarkan Rantai Motor Putus, Rupanya Ada Yang Bayarkan [Video]

Menerusi video tersebut, kelihatan rider berkenaan bersungguh-sungguh ingin membayar perkhidmatan peniaga berkenaan kerana sudah menukar rantainya namun ditolak kerana sudah ada insan yang membayarnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melakukan kebaikan merupakan perkara yang dituntut untuk dilakukan oleh setiap individu.

Malah kebaikan yang dilakukan seperti melalui pertolongan secara tidak langsung dapat meringankan beban seseorang yang mungkin sedang berdepan kesusahan.

Meskipun adakalanya pertolongan dilakukan itu kecil, namun ia membawa makna yang sangat besar kepada individu yang dibantu.

Peniaga bantu rider tukarkan rantai motosikal terputus tanpa ambil upah

Baru-baru ini, seorang lelaki yang juga peniaga dan makenik telah meraih perhatian apabila membantu seorang penunggang motosikal tanpa menerima sebarang upah.

Menerusi video dikongsikan oleh @minyakhitamjalanan di TikTok, awalnya kelihatan peniaga itu sedang dalam perjalanan untuk membantu seorang rider selepas dia menerima panggilan daripada individu berkenaan.

Ujar peniaga itu awalnya dia ingin pulang awal kerana tidak mempunyai ramai pelanggan di bengkel.

“Tadi aku balik awal sikit sebab pelanggan kurang, anak aku ajak lepak mamak. Aku baru je pesan makan dengan budak (pekerja) aku seorang, dapat panggila dari abang (rider) ni;

“Abang: Assalamualaikum abang, boleh tolong ke motor saya rantai putus depan lebuhraya LDP (Damansara Puchong), dalam perjalanan balik kerja ni,” cerita peniaga berkenaan.

Dia kemudian meminta rider berkenaan untuk berkongsi lokasi keberadaannya dan juga gambar motosikal.

Rider itu lalu berkongsi lokasi dan meminta peniaga tersebut membantunya kerana motosikal benar-benar tidak boleh berjalan.

Maklumkan harga rantai dan upah sebelum rider beritahu cuma ada RM30 dalam akaun

Jelas perniaga itu, ketika menerima panggilan dia turut memaklumkan harga rantai berjumlah RM55 manakala upah datang ke lokasi RM40 kerana jauh.

Namun setiba sahaja peniaga itu di tempat lokasi rider itu memaklumkan dia belum mendapat gaji dan wang dalam akaun hanya ada RM30 sahaja.

Malah dalam video kelihatan rider itu turut menyambut baik apabila makenik itu sampai di tempatnya.

Tidak menunggu lama, peniaga itu kemudiannya terus memulakan kerja untuk menukar rantai tersebut.

Beritahu rider tak perlu bayar

Sebaik sahaja selesai menukar rantai, peniaga itu memaklumkan kepada rider, dia tidak perlu membayarnya.

Namun rider itu dilihat seperti enggan dan ingin membayar servis diberikan peniaga tersebut sekurang-kurangnya RM50.

“Abang tak payah, abang doakan saya murah rezeki dah cukup dah. Serious saya cakap,” kata peniaga itu.

Dah niat tak nak cas kerana sudah ada yang tolong bayarkan

Malah dia juga mengatakan sudah berniat untuk tidak memberikan sebarang cas kepada rider tersebut apabila melihat dia masih ingin membayar perkhidmatan itu.

Mereka kemudian bersalaman sebelum beredar dari kawaasan berkenaan, kedengaran rider itu turut mengucapkan terima kasih kepada peniaga terbabit.

“Masa kami betulkan motor abang tu, dia ada hubungi seseorang aku pun tak tahu dan dia datang dekat aku, abang hubungi akak abang untuk pinjam duit nak bayar ni. Dia tak tahu yang ada orang dah bayar kan.

“Minggu lepas ada dua tiga orang mesej aku untuk jalankan amanah infak. Abang-abang ni cakap, adik pakai duit ni yang betul-betul memerlukan. Adik pakai lah duit untuk tolong rider-rider yang lain. Abang percaya adik, alhamdulillah syukur dah banyak aku tolong tapi aku tak nak muat naik video takut orang salah sangak. Semoga yang infak dimurahkan rezeki dan sihat selalu.”

@minyakhitamjalanan_

Tadi aku balik wal sikit sebab customer kurang, anak aku ajak lepak mamak, aku baru je Oder makan dgn budak aku seorg, dapat call dari abg ni.. Abg: Assalamualaikum abg, boleh tolong ke motor saya rantai putus depan highway LDP otw balik kjer ni abg.. 🧑‍🔧: w’asalam abg, saya dah balik ni abg.. cube abg bagi location & gmbr motor.. Abg: ok kajap abg saya bagi location, tolong abg motor btl² dah tak boleh nak jalan ni, tak kan saya nak tdo tepi jalan ni abg.. ” Mase dia call aku dah bagi tahu dgn abg tu, rantai biase rm55 upah datang rm40, sebab jauh nak pusing, aku sampai² je dia cakap dgn aku” Abg: abg gji Blum lagi ni adik, tgok acc ni kalau tak percaya abg.. dalam acc ade rm30 je adik.. 🧑‍🔧: takpe abg janji abg dapat balik duit blkg Cite abg.. saya buat kjer dulu abg.. ” Mase kami btl kan motor abg tu dia ade call seseorang aku pun tak tahu& dia datang dekat aku, abg call akak abg untuk pinjam duit nak byr ni, dia tak tahu yang ade org dah byr kan 😊” ” Minggu selepas ade dua tiga org msj aku, untuk jalankan amanah infaq, abg² ni cakap, adik pakai duit ni yang btl² memerlukan adik pakai la duit ni untuk tolong rider² yang lain, abg percaya dgn adik, alhamdulillah syukur dah banyak aku tolong tapi aku xnak up video takot org salah sangka 😊 semoga yang Infap di murahkan rezeki&sehat selalu amin2″ ffypmmasukberandafypa#alhamdulillah

♬ original sound – Aki Seruling – AKI Seruling

Ramai puji dan kongsi kisah bantu orang dalam kesusahan

Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji peniaga tersebut kerana menjalankan amanah untuk membantu orang yang benar-benar dalam kesusahan.

Malah ada juga yang menjadikannya sebagai inspirasi untuk membantu orang lain selepas menonton video yang dimuat naik.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka pernah membantu orang yang dalam kesusahan dan bantuan dihulurkan itu membuatkan mereka puas serta sedar ramai yang memerlukan pertolongan.

“Tak semua mampu buat, Allah pilih awak untuk bantu orang”
“Aku pernah tunda motor seorang lelaki. Aku tanya dia nak tunda ke mana, dia cakap ke rumah dia dan kami lalu dekat stesen minyak. Masa sampai dekat rumah dia, aku tanya lah motor rosak apa? Dia cakap habis minyak. Kenapa tak isi minyak tadi? Dia cakap duit tak ada..”
“Selagi berpusing rantai tu, selagi tu pahala abang tu masuk”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.