Pemilihan Timbalan Presiden PKR: Jom Kenali Rafizi & Nurul Izzah
Jika lihat pada kemampuan dan kredibiliti kedua-dua figura ini, Rafizi dan Nurul Izzah masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan mereka yang tersendiri.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sejak belakangan ini, hangat di media sosial mengenai pemilihan Parti Keadilan Rakyat (PKR) khususnya perebutan jawatan Timbalan Presiden.
Dua calon yang sah akan bertanding bagi jawatan itu adalah Nurul Izzah Anwar yang kini memegang jawatan Naib Presiden dan penyandang jawatan tersebut Rafizi Ramli yang juga Menteri Ekonomi.
Pun begitu, seorang lagi calon yang sebelum ini disebut-sebut iaitu Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail belum memberi kata putus sama ada mahu meneruskan hasrat untuk bertanding bagi merebut jawatan tersebut.
Namun berdasarkan sumber, Saifuddin mungkin tidak akan bertanding bagi memberi laluan kepada Nurul Izzah untuk mencabar Rafizi.
Ini sekaligus menyaksikan persaingan sengit di antara Rafizi dan Nurul Izzah yang bakal merebut jawatan kedua terbesar dalam parti berkenaan.
Ini Biodata Serta Latar Belakang Rafizi Ramli & Nurul Izzah
Jika dilihat pada kemampuan dan kredibiliti kedua-dua figura ini, Rafizi dan Nurul Izzah masing-masing mempunyai kekuatan mereka yang tersendiri.
Rafizi dikenali sebagai tokoh pencongak strategi parti dan teknokrat yang telah berjaya mengemudi gerak kerja parti berkenaan menjelang Pilihan Raya Umum (PRU) yang ke-15.
Manakala, Nurul Izzah pula terkenal dengan penglibatan dan perjuangannya mengenai isu-isu hak asai manusia dan wanita.
Persaingan sengit ini pasti membuatkan ramai tertanya-tanya siapakah sebenarnya yang layak menyandang jawatan Timbalan Presiden itu.
Bagi mendapatkan gambaran, jom kami kongsikan latar belakang dan biodata dua nama besar ini.
Siapa Rafizi Ramli?
Rafizi Ramli atau nama penuhnya Mohd Rafizi bin Ramli dilahirkan di Besut, Terengganu pada 14 September 1977.
#1 Latar Belakang Pendidikan
- Rafizi mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Rendah Sultan Ismail, Kemaman, Terengganu pada tahun 1984 hingga 1989
- Dia kemudiannya menyambung pendidikan peringkat menengah di Kolej Melayu Kuala Kangsar (MCKK) pada 1990 hingga 1994. Pada ketika ini, pelbagai anugerah yang dirangkul termasuklah Anugerah Carey/Bolkiah sebagai pelajar terbaik keseluruhan
- Melanjutkan pendidikan ke peringkat lebih tinggi di Morrison’s Academy, Scotland (1995 – 1996) dan juga turut merangkul pelajar terbaik bagi Fizik dan Kimia peringkat A-Levels
- Menyambung ijazah di Leeds University pada tahun 1996 hingga 1999 dalam bidang Kejuruteraan Elektrikal dan Elektronik. Sama seperti sebelumnya, Rafizi tetap merangkul anugerah pelajar terbaik dalam kelasnya tersendiri.

#2 Latar Belakang Kerjaya
- Rafizi memulakan kerjaya sebagai akauntan selepas diterima sebagai ahli Institute of Chartered Accountants in Englands & Wales (ICAEW) pada tahun 2003 setelah tamat tempoh minima latihan di firma akaunan.
- Rafizi menjadi pengurus termuda Propane Dehydrogenation Plant di Petronas/MTBE Malaysia Sdn Bhd pada tahun 2003 hingga 2005
- Menjadi Pengurus Kanan (Perancangan Perniagaan, Operasi dan Teknologi Urusniaga Petrokimia) pada tahun 2005-2007 di Petronas/Urusniaga Petrokimia.
- Pengurus Kanan (Perakaunan, Belanjawan & Percukaian Antarabangsa) di Petronas/Petronas Carigali pada tahun 2007 hingga 2009.
- Pengurus Besar Pharmaniaga Berhad pada tahun 2009 serta menjadi Ketua Eksekutif Pejabat Penasihat Ekonomi Selangor pada tahun 2009 hingga 2011.
- Pengasas & Pengarah Eksekutif National Oversight & Whistleblowers Centre (NOW) pada tahun 2012 hingga 2018.
- Memulakan karier politik sebagai Ahli Parlimen mewakili Pandan pada tahun 2013 hingga 2018 dan masih terus mewakili kawasan itu.
- Merupakan Pengasas INVOKE, badan bukan berasaskan keuntungan yang membina kepakaran teknologi dan aplikasi dengan tujuan membawa perubahan politik, ekonomi dan sosial.
#3 Penglibatan Politik
Sebelum dilantik menjadi Timbalan Presiden PKR, Rafizi pernah menyandang jawatan Setiausaha Agung, Naib Presiden dan Pengarah Strategi PKR.
Rafizi juga pernah menjadi Ahli Dewan Rakyat bagi kawasan Parlimen Pandan pada tahun 2013 sehingga 2018.
Ketika pemilihan PKR 2018, Rafizi telah dikalahkan oleh Dato’ Seri Azmin Ali bagi jawatan Timbalan Presiden PKR.
Beliau kemudiannya mengambil keputusan untuk berehat seketika dalam dunia politik.
Namun, beliau kembali aktif pada tahun 2022 dan bertanding jawatan presiden sebelum berjaya menyandang jawatan tersebut menewaskan Saifuddin.
Ini antara jawatan dalam politik yang pernah disandang Rafizi:
- Ketua Cabang Kemaman (2010-2018)
- Ketua Cabang Pandan (2018)
- Pengarah Strategi Pusat (2010-2014)
- Dipilih sebagai Naib Presiden Pusat (2014-2018)
- Setiausaha Agung (2014-2016)
- Bertanding Timbalan Presiden (2018)
- Dilantik Naib Presiden (2018)
- Bertanggungjawab menyusun langkah ke arah penubuhan Pakatan Harapan dalam tahun 2015
- Ahli Majlis Presiden Pakatan Rakyat dan bersambung Pakatan Harapan (2010-2018)

Siapa Nurul Izzah Sebenarnya?
Sebut tentang Nurul Izzah, siapa yang tidak kenal dengan Puteri Reformasi ini? Nurul Izzah merupakan cahaya mata sulung Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan dilahirkan pada 19 November 1980.
#1 Latar Belakang Pendidikan
- Nurul Izzah mula mendapat pendidikan awal di Sekolah Kebangsaan Bukit Damansara, Kuala Lumpur.
- Kemudian dia mendapat pendidikan di Sekolah Menengah Seri Hartamas dan Sekolah Menengah Assunta, Petaling Jaya.
- Menyabung pengajian di Universiti Tenaga Nasional (UNITEN) dalam bidang kejuruteraan elektrik dan elektronik serta mendapat ijazah pertama pada tahun 2004.
- Menyambung pengajian di peringkat Ijazah Sarjana (MA) di School of Advanced International Studies (SAIS), Universiti Johns Hopkins, Washington dalam bidang Kajian Asia Tenggara dan Hubungan Antarabangsa.

#2 Latar Belakang Kerjaya & Politik
Penglibatan Nurul Izzah dalam bidang politik bermula apabila bapanya ditahan polis akibat tuduhan salah guna kuasa dan liwat.
Pada ketika itu, dia meminta bantuan Presiden Filipina, Joseph Estrada dan mula aktif dengan gerakan reformasi pada tahun 1998 serta pernah membuat kemunculan di BBC dan CNN.
Ini antara latar belakang permulaan Nurul Izzah dalam bidang politik:
- Penyelaras Politik di pejabat Parti Keadilan Rakyat selepas menamatkan pengajian di peringkat universiti.
- Sukarelawan Pemantau Kesihatan Global (Global Health Watch) dan ahli majlis Forum Antarabudaya Pemimpin Wanita di New York, Amerika Syarikat.
- Ahli Parti Keadilan Rakyat
- Ahli Parlimen Lembah Pantai (2008-2018)
- Ahli Parlimen Permatang Pauh (2018-2022)
- Naib Presiden PKR
- Pengerusi PKR Pulau Pinang
- Pengerusi Bersama Sekretariat Badan Penasihat Khas Menteri Kewangan (ACFIN)
- Penasihat Kanan kepada Perdana Menteri
Jika dilihat kepada latar belakang Rafizi dan Nurul Izzah masing-masing mempunyai kekuatan dan keistimewaan mereka tersendiri.
Namun, sehingga kini dapat dilihat sokongan lebih banyak berpihak kepada Nurul Izzah apabila lebih 150 cabang menyokong pencalonan Nurul Izzah sebagai Timbalan Presiden.
Malah sebelum ini, ada ketua cabang yang mencadangkan Rafizi untuk mengundurkan diri bagi memberi peluang kepada calon lain iaitu Saifuddin.
Jadi, siapakah pada kali ini yang layak menyandang jawatan Timbalan Presiden PKR?
Baca Artikel Berkaitan: Nurul Izzah Undur Diri, Bukan Lagi Penasihat Ekonomi & Kewangan Anwar
Baca Artikel Berkaitan: Anwar Ibrahim Yakin Nurul Izzah Tidak Akan Salah Guna Kuasa
Baca Artikel Berkaitan: “Tiba-Tiba Semua Jadi Terpaling Data” – Rafizi Ulas Cadangan Tangguh Pelaksanaan PADU
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Soal Formula” – Kerajaan Perlu Lebih Masa Sebelum Turunkan Harga Minyak, Kata Rafizi



