Bapa Sebak Lihat Anak Menangis Dalam Doa Kerana Tak Sanggup Lihat Keperitan Rakyat Palestin [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan kanak-kanak dikenali sebagai Abrisyam sedih mengenangkan nasib menimpa Palestin dan berdoa sambil menangis.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Konflik yang berlaku di antara Israel dan Palestin bagai tiada penghujunnya sehingga menyebabkan banyak nyawa yang terkorban.
Malah apa yang lebih menyedihkan selain ada yang maut, kita juga dapat melihat ramai kanak-kanak, warga emas, ibu mengandung dan lain-lain yang cedera parah termasuklah hilang anggota badan kerana konflik ini.
Susulan itu, sehingga ke hari ini masih ramai lagi orang ramai di seluruh negara sentiasa ingin mengetahui perkembangan rakyat di Palestin serta memboikot beberapa barangan atau produk yang menyokong puak Zionis.
Ayah sebak dengar doa anak kepada rakyat Palestin
Terbaharu, seorang bapa meluahkan rasa sebak apabila melihat keikhlasan anak lelakinya yang begitu prihatin dengan nasib menimpa rakyat Palestin.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Ab Family di TikTok, awalnya kelihatan seorang kanak-kanak berbaju kuning sedang duduk di atas sejadah sambil menadah tangannya.
Menurut si bapa, anak lelaki yang dikenali sebagai Abrisyam memaklumkan dia ingin berdoa sebaik mereka selesai mendirikan solat.
“Malam ni lepas solat, Abrisyam minta nak doa. Saya cuma rakan sebab dia nak doa. Saya tak jangka lebih dari itu,” ujar ayahnya.
Mengadu pada Allah apa yang dilakukan Zionis terhadap Palestin
Namun apa yang membuatkan si ayah sebak, dalam doa si kecil itu dia mengadu kepada Allah SWT mengenai tindakan Zionis kepada rakyat Palestin.
Malah perkara itu membuatkan dia menyimpan hasrat ingin melawan Israel apabila sudah besar nanti.
“Janganlah ya Allah SWT, janganlah ya Allah. Hapuskan, hapus je, biar dia (Zionis) tidak ada di dunia ini,” doa kanak-kanak itu sambil menangis.
Doa Abrisyam, secara tidak langsung membuatkan si ayah tidak menyangka anak kecil itu rupanya dalam diam menyimpan perasaan atas penderitaan wakyat di Palestin.
“Tak banyak yang dia tahu tentang dunia, tapi cukup untuk buat dia menangis. Dia (Abrisyam) ajar saya malam ini.
“Bahawa walau kecil (kanak-kanak), suara mereka pun Allah dengar. Hati kecil, doa besar.”
@abfamily88 Replying to @alfiraa🧡 dia nak sambung doa lepas solat pulak 🥲 #abrisyam #palestine
♬ original sound – ab – ab
Adik peluk untuk tenangkan abang
Di akhir video, kelihatan adik perempuan Abrisyam memeluk si abang untuk menenangkannya selepas melihat dia menangis teresak-esak.
“Semoga Allah dengar doa anak ini. Dan doa semua anak yang sedang belajar peduli,” katanya.
Dalam satu lagi video, ayah kepada Abrisyam sebelum ini ada berkongsi memaparkan doa itu mendoakan rakyat Palestin kerana kasihan melihat rakyatnya dibom oleh pihak Zionis tanpa mengira waktu.
Bukan hanya itu dia juga berharap agar Allah SWT dapat memberikan penduduk di Palestin dapat hidup ceria dan tidak bersedih.
@abfamily88 “Ramai tak orang doa untuk Palestin?” — Abrisyam. #palestine
♬ original sound – ab – ab
Ramai sebak dan sedih dengar doa yang tulus dari Abrisyam
Melihat di ruangan komen, ramai yang sebak melihat video Abrisyam yang begitu menyentuh hati ketika mendoakan rakyat Palestin.
Malah ada yang menyifatkan mereka juga menangis apabila mendengar doa Abrisyam yang tulus dari hatinya yang suci lagi bersih.
Tidak kurang juga ramai yang memuji anak kecil ini kerana berjaya menyuntik semangat juang dalam dirinya.
“Adakah adik ni bakal salah satu pejuang di akhir zaman. Tetap tawakal dik. Abang doakan adik salah seorang pejuang”

“Dari sudut POV video ni, adik kecil ni yang berdoa. Sebenarnya suntikan perjuangan bermula dari ibu dan ayah. Hebat mak ayah mereka..”

“Bakal mujahiddin sebenar, insya-Allah”

“Dek, tisu dek. Pagi-pagi acik dah nangis ni. Terima kasih dek tolong doakan mereka. Semoga Allah makbulkan dia adik.”
