fbpx
Now Reading
“Bercium Padahal Bukan Suami Isteri” – PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol [Video]

“Bercium Padahal Bukan Suami Isteri” – PU Syed Tegur Ameera Khan & Jefri Nichol [Video]

Menurut PU Syed, perbuatan yang dilakukan oleh Ameera Khan dan Jefri Nichol secara terbuka mungkin boleh mempengaruhi individu lain untuk menirunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Agama Islam amat menitik beratkan soal batas pergaulan di antara lelaki dan perempuan yang bukan mahram serta tidak mempunyai ikatan suami isteri.

Batasan ini amat penting untuk dijaga bagi memastikan kita tidak terlalu bebas bergaul, selain menjaga maruah diri daripada terjerumus di dalam maksiat.

Pasti ramai yang tahu bahawa maksiat adalah perbuatan yang dilarang oleh Allah SWT dan hukum ini digunapakai untuk semua umat Islam termasuklah golongan selebriti yang tidak terkecuali.

PU Syed tegur Ameera Khan dan Jefri Nichol tayang kemesraan

Seperti baru-baru ini, tular di media sosial pendakwah bebas, PU Syed tampil menegur pasangan selebriti, Ameera Khan dan Jefri Nichol yang menayang kemesraan secara terbuka walaupun kedua-duanya belum mempunyai ikatan yang sah.

Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, PU Syed berkata teguran itu diberikan susulan dia melihat satu video yang memaparkan selebriti tempatan dan pelakon Indonesia itu yang saling berpelukan.

“Kalau rasa cinta sangat-sangat dah, nikah lah segera untuk menutup pintu-pintu keaiban kepada keluarga kalian terutamanya orang Malaysia ini, Ameera Khan,” katanya.

Tak mustahil orang lain ikut seperti Ameera Khan dan Jefri Nichol

Menurutnya, perbuatan yang dilakukan oleh kedua-dua selebriti itu secara terbuka mungkin boleh mempengaruhi individu lain untuk menirunya.

Susulan itu, PU Syed berharap agar orang ramai tidak meniru perbuatan sedemikain selain memberi nasihat agar umat Islam bercinta selepas bernikah.

“Menikah lah dahulu sebab banyak sangat saya tengok artis-artis bagai nak rak bercinta, kahwin tak lama kemudian bercerai, ini banyak berlaku,” katanya lagi.

PU Syed turut berharap supaya ada pihak berkuasa yang boleh memanggil pasangan itu untuk memberi nasihat serta teguran agar tidak membuat perkara-perkara mungkar.

PU Syed turut beri teguran dalam persoalan

Di ruangan kapsyen pula, PU Syed turut membuat teguran di dalam bentuk persoalan kepada Ameera Khan dan Jefri Nichol.

“Kalian berdua ini beragama Islam kan? Tak gerunkah kalian kepada Allah? Tiadakah didikan agama yang kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yang kalian lakukan?

“Maruah ibu bapa serta keluarga kalian campakkan ke mana? Lebih-lebih lagi maruah agama Islam yang menitik beratkan tentang pergaulan lelaki dan perempuang yang bukan mahram,” soalnya.

@pusyedofficial

Sepatutnya letak tajuk PASANGAN INI SEMAKIN SELESA TAYANG DOSA!! Teguran dalam bentuk Persoalan buat Amira Khan dan Jefry Nichol Kalian berdua ni beragama Islam kan? Tak gerunkah kalian kpd Allah? Tiadakah didikan agama yg kalian berdua terima sehingga tidak langsung merasa malu atas perbuatan yg kalian lakukan.? Maruah ibu dan ayah serta keluarga kalian campakkan ke mana? Lebih2 lagi maruah agama Islam yg menitik beratkan ttg pergaulan lelaki dan perempuan yg bukan mahram! Adakah alasan cinta atau sebab adakah disebabkan kalian ini kononnya publik figure, justeru membenarkan segala yg ditegah agama itu sewenang2nya boleh dilakukan oleh kalian? Golongan seperti inilah yg amat merisaukan kita sebenarnya. Kalau dlm cerita Bidaah adanya watak walid yg gilakan wanita, bagaimana pula dgn kisah pasangan ini? Perbuatan² ini boleh jd HALAL jika kalian bernikah lepastu nak buat apa pun silakan selagi dibenarkan syarak, jangan dok pergi sana sini tanpa sebaranh ikatan yg sah. Cukup2lah menabur dosa..malulah kpd Allah! Teguran ini buat mereka dan juga kita semua.. Syed Bakri Benyahya.

♬ original sound – PU Syed Original – PU Syed Original

Video mesra dimuat naik bulan Februari lalu, Jefri akui ingin peristerikan Ameera

Sementara itu, mengikut semakan kami, video yang ditegur oleh PU Syed itu dimuat naik di akaun Instagram Jefri pada 14 Februari lalu.

Memetik portal Gempak, pelakon filem Ali Topan itu secara terbuka mengakui menyimpan hasrat untuk memperisterikan Ameera namun masih menunggu waktu yang sesuai untuk memikul tanggungjawab sebagai suami.

“She wifey bro, bukan girlfriend material tapi wife material, saya nak berkahwin dengan dia namun masih menunggu duit,” katanya menerusi satu potongan video di TikTok.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.