fbpx
Now Reading
“Tak Senang Makcik Nak Beli Nasi Tu”- Ramai Sebak Wanita Sedih Makanan Belum Habis Dimakan Kena Buang [Video]

“Tak Senang Makcik Nak Beli Nasi Tu”- Ramai Sebak Wanita Sedih Makanan Belum Habis Dimakan Kena Buang [Video]

Jelas wanita yang dikenali sebagai Mahany, dia sudah memaklumkan kepada makcik berkenaan untuk tidak mengambil nasi yang berada di atas mejanya kerana masih ingin dimakan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Makanan merupakan sumber ruji yang diperlukan oleh setiap individu untuk meneruskan kehidupan.

Ada segelintir memilih untuk memasak makanan dan ada juga yang mahu hanya membeli atau makan di kedai.

Namun perkara yang sering diingatkan kepada orang ramai adalah tidak membazir makanan kerana merupakan amalan syaitan dan tidak baik.

Wanita luah rasa sedih kerana makanan dibuang oleh seorang makcik ketika di kedai makan

Baru-baru ini, tular satu video di media sosial memaparkan seorang wanita yang menangis serta meluahkan rasa sedih kerana makanan yang dibeli dibuang.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya kelihatan wanita yang dikenali sebagai Mahany menangis teresak-esak sambil menceritakan pengalaman buruk yang dialaminya.

Jelas wanita itu, dia telah berkunjung ke sebuah restoran bersama anak-anak dan memesan satu nasi yang dibahagi dua dengan anak kecilnya.

Pesan pada makcik berkenaan untuk tidak buang makanan di atas meja kerana anak mahu ke tandas

Katanya ketika sedang makan anak kecilnya memaklumkan ingin ke tandas. Ekoran itu, dia kemudian memaklumkan kepada seorang makcik yang dipercayai bekerja di kedai makan terbabit agar tidak membuang nasi berada di atas meja.

Ini kerana makanan tersebut masih ingin dijamah oleh dia sekeluarga apabila pulang dari tandas.

“Anak nak pergi tandas, dah pesan dekat makcik tu jangan buang nasi. Saya nak makan lagi, kami pergi tandas. Balik dari tandas nasi dah tak ada.

“Ayam banyak lagi, nasi banyak lagi boleh makan dua orang. Ya Allah makcik kenapa buang. Tak senang makcik nak beli nasi tu,” ujar Mahany sambil menangis.

Turut ceritakan dari awal sebelum nasi dibuang

Dalam satu lagi video yang dikongsikan di TikTok, Mahany turut memaklumkan dia belum makan sejak dari pagi kerana sibuk menguruskan anak serta kerjanya ketika insiden tersebut berlaku.

“Hany ada makan dalam tiga suap macam tu je, lepas tu anak kedua ni nak pergi tandas. Tak apalah, dia dah besar boleh pergi tandas sendiri. Lepas tu bila nampak kakak pergi tandas, adik pun nak pergi juga,” katanya.

Sewaktu ingin ke tandas dia sudah memaklumkan kepada makcik untuk tidak mengambil makanan mereka kerana hanya ingin ke tandas sebentar sahaja.

“Sebab sebelum ni dia (makcik) dah pernah angkat dah kita orang punya air. Kita pergi basuh tangan sahaja, tengok-tengok dah tak ada dah air tu.

“Ada lagi air tu, sebab tulah saya pergi cakap dekat makcik tu janganlah buang lagi sebab kita orang nak makan lagi.”

Siap tinggalkan beg sekolah anak atas meja

Mahany turut memberitahu makanan yang dipesan itu berharga RM6 dan menyifatkan apabila ia dibuang sudah membazir.

Jelasnya dia turut meninggalkan beg sekolah anak di meja berkenaan sebagai tanda pelanggan masih berada di situ namun makanannya tetap diambil.

Mahany turut menjawab soalan netizen apabila ada yang bertanya mengapa dia tidak meminta makcik berkenaan menggantinya.

Ujarnya makcik itu hanya buat muka seperti keliru dan memikirkan Mahany dan anak-anaknya hanya mahukan air dan bukan makanan.

Ingin menjaga emosi yang sedih kerana makanan telah dibuang oleh makcik tersebut dan enggan memanjangkan lagi isu berkenaan.

Ramai setuju dan simpati dengan wanita terbabit

Melihat di ruangan komen, ramai yang bersetuju dan simpati dengan apa yang diluahkan oleh wanita berkenaan dan merasakan ia adalah pembaziran.

Ada juga yang memuji wanita berkenaan kerana dia tidak marah mahupun mengeluarkan kata-kata yang sepatutnya apabila makanan dipesan dibuang oleh makcik berkenaan.

“Satu benda saya respect sebab akak tak melenting marah-marah, maki. Sebab akak sangat menghargai makanan tu. Tak kisahlah nasi kosong sekalipun, benda tu rezeki dan sayang la kalau buang je”
“Bagusnya akak, menghargai makanan. Walaupun sebenarnya kita mampu je beli baru kan? Tapi itulah, kita sayang makanan tu dibuang-buang”
“Saya pun turut sedih. Mari saya belanja awak dan anak awak makan”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.