fbpx
Now Reading
Prince Syed Tayang Beri Isteri Nafkah RM500,000 Raih Perhatian Ramai [Video]

Prince Syed Tayang Beri Isteri Nafkah RM500,000 Raih Perhatian Ramai [Video]

Jelas usahawan itu, satu bungkus wang yang diletakkan di atas meja tersebut bernilai RM50,000.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Nafkah merupakan perkara yang wajib diberikan oleh seorang suami kepada isterinya merangkumi dari segi pakaian, makanan, ubat-ubatan dan banyak lagi.

Mana-mana suami yang tidak menjalankan tanggungjawab ini adalah berdosa kerana tidak menjalankan perintah Allah serta menyediakan perkara yang sepatutnya buat isteri.

Walau bagaimanapun jumlah nafkah yang perlu diberikan kepada seorang isteri adalah subjektif mengikut kemampuan sang suami.

Usahawan bagi isteri nafkah RM500K

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang usahawan, Prince Syed Shahid apabila berkongsi di media sosial memberikan duit nafkah kepada isterinya. Pun begitu, apa yang mencuri tumpuan adalah jumlah nafkah wang yang diberikan iaitu sebanyak RM500,000.

Dalam video berkenaan, turut kelihatan beberapa bungkusan duit yang tebal berada di atas meja termasuk barangan kemas.

Prince Syed turut memberikan beberapa bungkusan duit kepada isterinya untuk membeli makanan dan barangan peribadi.

Turut beri barangan kemas kepada isteri

Dalam video sama, usahawan itu turut mengeluarkan barangan kemas daripada sebuah bekas ke atas meja sambil menunjukkan terdapat pelbagai jenis rekaan.

Katanya emas yang ditunjukkan itu adalah barangan tulen dan bukan palsu. Jelasnya lagi satu bungkusan duit itu bernilai RM50,000.

Malah dia turut memuji isterinya begitu cantik dengan pakaian, beg serta aksesori yang dipakainya.

“Salam RM500,000 cukuplah ni untuk perbelanjaan buat isteri nak beli takoyaki, waffle dan tuala wanita untuk stok setahun. Mencari rezeki halal untuk sekeluarga,” katanya di dalam kapsyen.

Ramai doakan pasangan sentiasa dimurahkan rezeki

Melihat di ruangan komen ramai yang mendoakan agar pasangan itu sentiasa dimurahkan rezeki kerana memberikan nafkah kepada isterinya.

Ada juga memuji usahawan itu kerana berkerja keras untuk mencari rezeki buat keluarga.

Tidak kurang ada yang menasihatinya untuk berhati-hati kerana memaparkan wang yang banyak. Ini kerana dibimbangi boleh membuatkan penjenayah ‘kelabu mata’.

“Allahuakbar kena pasang security guard dengan body guard kalau tak nak esok anak bini kena culik, perompak minta tebusan pula”
“MasyaAllah, untungnya isteri punya suami macam ni”
“Suka betul tengok couple ni, semoga berbahagia selalu korang”
“Saya nak datang beraya lah, dapat sekeping pun jadi lah”
“Tak takut kena rompak weh. Musim-musim orang tak duduk duit ni. Janganlah buat kelaku gitu weh”
“Berat mu ni. Tak apalah bagi chance lah”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.