“Jangan Biasakan” – Ramai Tak Setuju Lelaki Berpakaian Wanita Ini Masuk Tandas Perempuan [Video]
Menerusi video tersebut, kelihatan lelaki berpakaian wanita itu tanpa rasa bersalah memasuki tandas perempuan sambil merakam dirinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pasti ramai yang mengetahui bahawa gejala lesbian, gay, biseksual dan transgender (LGBT) merupakan sebahagian daripada permasalahan sosial di seluruh dunia.
Malaysia juga tidak terkecuali daripada menghadapi isu ini, sejak dahulu lagi dan sehingga hari ini.
Masih ada lelaki-lelaki yang berperwatakkan seperti seorang wanita dan memakai pakaian kaum Hawa di kawasan awam.
Baca Artikel Berkaitan: Jangan Normalisasi & Sokong Lelaki Berpakaian Wanita – Dr Ahmad Sanusi
Tular lelaki berpakaian wanita masuk tandas perempuan
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki tempatan yang berpakaian wanita telah memasuki tandas awam perempuan.
Perkara itu tular dan mendapat perhatian ramai selepas ia dikongsikan sendiri oleh lelaki terbabit di akaun TikTok miliknya (bryanwee333).
Di dalam video tersebut, kedengaran lelaki itu menafikan dirinya seorang mak nyah dan mendakwa dirinya harus memasuki tandas wanita.
Tak rasa bersalah masuk tandas perempuan
Malah, dia juga tanpa rasa bersalah memasuki tandas perempuan sambil merakam dan memperagakan dirinya dihadapan sebuah cermin besar.
Lelaki terbabit dipercayai merupakan salah seorang TikTokers di negara ini memandangkan jumlah pengikutnya telah melebihi 180,000.
Bagaimanapun, tidak dapat dipastikan sama ada video berkenaan dilakukan demi konten sahaja atau sebaliknya memandankan suasana di dalam tandas berkenaan sunyi sepi tiada kelibat wanita lain.
Malaysia tak terima tindakan promosi LGBTQ – Menteri Agama
Sebelum ini, Pada Ogos 2023 lalu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Dr Mohd. Na’im Mokhtar memaklumkan usaha untuk mempromosikan dan menormalisasikan cara hidup LGBT adalah bertentangan dengan ajaran Islam, malah perkara itu tidak boleh diterima di negara ini.
Beliau memberi kenyataan terbabit berikutan satu video tular di media sosial memaparkan sekumpulan penunjuk perasaan bertindak membawa sepanduk untuk menunjuk sokongan mereka kepada golongan LGBT dan ajaran Ahmadi.
Kejadian tersebut dilaporkan berlaku di hadapan pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur pada dua tahun yang lalu.
Baca Artikel Berkaitan: Bawa Sepanduk Tunjuk Perasaan, Menteri Agama Dedah Tindakan Promosi LGBTQ Tak Diterima Di Negara Ini
Netizen tak setuju lelaki berpakaian wanita masuk tandas perempuan
Memindai ke ruangan komen pada hantaran TikTok terbabit pula , rata-rata pengguna media sosial tidak bersetuju dengan tindakan yang dilakukan oleh lelaki terbabit memasuki tandas wanita.
Kebanyakan netizen meminda pihak berkuasa agar mengambil tindakan berhubung perkara tersebut.
Tidak kurang juga, pengguna TikTok yang mahukan perkara berkenaan tidak dinormalisasikan oleh golongan berkenaan di negara ini.







