Tular Minyak Masak Paket Bersubsidi Malaysia Di Selatan Thailand [Video]
Kotak-kotak berisi minyak masak paket bersubsidi itu dipercayai ingin dihantar ke kedai-kedai runcit yang ada berdekatan kawasan Yala, selatan Thailand.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kebanyakan kita pasti mengetahui dan sedar bahawa minyak masak paket bersubsidi bukan hanya dinikmati oleh rakyat, bahkan ia digunakan oleh golongan dan pihak yang tidak sepatutnya.
Ketirisan minyak peket ini menyebabkan jumlah rakyat yang dapat membeli adalah sedikit berbanding yang sepatutnya.
Tidak hanya itu, ada juga peniaga yang menyeleweng minyak bersubsidi pemberian kerajaan ini untuk mengaut keuntungan yang lebih.
Baca Artikel Berkaitan: Warga Asing Dicekup Selepas Kantoi Ingin Seludup Minyak Masak Paket Bernilai RM8,212
Tular kotak minyak masak paket bersubsidi Malaysia di Thailand
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video memaparkan seorang lelaki rakyat Malaysia dikenali sebagai Zamin Omar telah menemui beberapa kotak minyak masak paket bersubsidi negara ini yang dibawa masuk ke Thailand.
Dalam rakaman yang sohor itu, kelihatan sebuah motosikal roda tiga ditunggangi seorang lelaki membawa kotak-kotak berisi minyak paket.
Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di akaun X @mynewshub, kejadian dikatakan berlaku di sebuah kawasan pasar di daerah Yala, selatan Thailand.
Minyak paket bersubsidi Malaysia dijual di kedai runcit Thailand
Difahamkan, kotak-kotak berisi minyak paket terbabit ingin dihantar ke kedai-kedai runcit yang ada berdekatan kawasan itu.
Zamin yang merakam kejadian itu cuba mengikuti motosikal terbabit hanya dengan berjalan kaki untuk melihat ke mana minyak masak berkenaan di hantar.
Namun, di pertengahan jalan dia tidak lagi mampu mengekori motosikal terbabit yang terus bergerak laju menuju ke sesuatu kawasan yang tidak diketahui.
Rakyat kita terjumpa minyak masak paket bersubsidi Malaysia berkotak-kotak di Selatan Thai….
— MYNEWSHUB (@mynewshub) May 5, 2025
Camna boleh lepas tu agaknya…. bukan sikit pic.twitter.com/8DAmPGSQ5A
Sah minyak masak paket bersubsidi Malaysia dijual di Thailand
Menerusi semakan kami di TikTok Zamin Omar, dakwaan berkenaan sememangnya benar memandangkan dia turut mengambil video secara dekat yang memaparkan perkataan ‘Minyak Masak Bersubsidi’ pada bungkusan paket minyak masak itu.
Bukan itu sahaja, terdapat logo halal Malaysia dan logo buatan Malaysia yang turut tertera pada bungkusan itu.
Dakwanya lagi, sepaket minyak masak bersubsidi berharga RM2.50 itu dijual pada harga 47 Baht iaitu kira-kira RM6.
@zaminomar #minyakmasak #cookingoil #palmoil #kelapasawit #minyakmalaysia #subsidi #minyaksubsidi #ekonomi #runcit #kartel #malaysia #tiktokmalaysia #fypmalaysia #zaminomar #follower #runcit #kedairuncit #minimarket #supermarket #bmf #economy #emas #gold #blackmarket #openmarket #pru #election #kerjasama #madani #madanichannel #penangkini #jommasak
♬ original sound – zaminomar – zaminomar
Netizen persoal bagaimana boleh terlepas?
Penularan video terbabit mendapat perhatian ramai orang yang mempersoal bagaimana hak rakyat Malaysia itu boleh terlepas masuk ke negara lain.
Tidak hanya itu, mereka juga ingin pihak berkuasa melakukan sesuatu agar ketirisan minyak masak paket bersubsidi ini tidak terus-terusan dinikmati oleh golongan yang tidak sepatutnya.



Baca Artikel Berkaitan: Tiada Sekatan Buat Warga Asing Beli Minyak Masak Paket Di Peringkat Runcit – Menteri KPDN



