King Myvi Paling Banyak Kemalangan & Claim Insurans Untuk Tahun 2024
Kordinator VTAREC berkata, rekod daripada industri insurans menunjukkan sejumlah 24,628 tuntutan melibatkan Myvi telah dibuat tahun lalu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, kereta kompak segmen-B iaitu Perodua Myvi merupakan antara kenderaan yang popular di Malaysia.
Bukan hanya kerana ia antara salah satu kenderaan yang sering digunakan kebanyakan masyarakat sebaliknya mereka juga terkenal dengan pelbagai ragam dan ‘perangai’.
Malah kerana banyak perkara yang berlaku membabitkan kenderaan Myvi ini, model Perodua ini turut mendapat gelaran sebagai ‘King’ di jalan raya.
Perodua Myvi paling banyak tuntut insurans kemalangan tahun lalu
Terbaharu, menurut Majlis Pengurangan Kecurian dan Kemalangan Kenderaan Malaysia (VTAREC), Perodua Myvi merupakan kenderaan yang paling kerap terlibat dalam kemalangan pada tahun 2024.
Paultan.org yang memetik NST, Kordinator VTAREC, Mas Tina Abdul Hamid berkata, rekod daripada industri insurans menunjukkan sejumlah 24,628 tuntutan melibatkan Myvi telah dibuat tahun lalu.
“Sepuluh kereta teratas yang paling kerap terlibat dalam kemalangan, dan mendahului senarai ialah ‘King Malaysia’ (Myvi).
“Ini bukan sekadar dakwan, ia berdasarkan statistik yang menunjukkan sebanyak 24,628 Perodua Myvi terlibat dalam kemalangan, diikuti oleh Proton Saga dengan 16,159 tuntutan dan Honda City dengan 13,388 tuntutan,” katanya.
Menurut Mas Tina, selain Myvi, Saga dan City, terdapat lapan lagi kereta lain yang turut tersenarai dalam carta 10 teratas.
Kenderaan-kenderaan itu adalah:
- Tempat ke-4: Perodua Axia (13,285 tuntutan)
- Tempat ke-5: Toyota Vios (13,007 tuntutan)
- Tempat ke-6: Perodua Bezza (12,473 tuntutan)
- Tempat ke-7: Perodua Alza (8,262 tuntutan)
- Tempat ke-8: Proton Persona (6,930 tuntutan)
- Tempat ke-9: Toyota Hilux (6,330 tuntutan)
- Tempat ke-10: Honda Civic (4,371 tuntutan)
Yamaha 135LC motosikal paling kerap kemalangan 2024
Sementara itu untuk kategori motosikal pula, Mas Tina berkata Yamaha 135LC merupakan motosikal yang paling kerap terlibat dalam kemalangan dengan hampir 3,000 kes dan diikuti oleh Yamaha Y15ZR dengan 2,154 tuntutan.
“Kedua-dua kenderaan ini (Yamaha 135LC dan Y15ZR) menyumbang kira-kira 30% daripada jumlah keseluruhan kemalangan motosikal tahun lalu,” katanya lagi.
Sekadar info, pada tahun 2024, sebanyak 266,716 kemalangan telah direkodkan di seluruh negara, dengan kemalangan melibatkan kereta mencatat jumlah tertinggi iaitu 229,739 kes.



