Aliff Syukri Maki Orang Gaji Gara-gara Ikan Bilis Mata Biru Hangus Raih Pelbagai Reaksi [Video]
Isteri Alif, Datik Seri Shahida menjelaskan bahawa ikan bilis serta kacang itu ingin diletakkan di dalam nasi lemak yang dimasak sendiri oleh usahawan terbabit.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Usahawan terkenal, Datuk Seri Aliff Syukri sememangnya tidak asing lagi di Malaysia, boleh dikatakan ramai rakyat di negara ini mengikuti kisah kehidupan sehariannya yang dikongsikan di media sosial.
Maka tidak hairanlah jika ada sahaja tindakan yang dilakukan oleh pengasas jenama D’herbs itu mendapat perhatian dan menjadi bualan ramai.
Baca Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Buka Mulut, Rebecca Islam Padam Hantaran Tentang Shahida
Baca Artikel Berkaitan: Aliff Syukri Bukan ‘Hilang’ Rupanya Bawa Diri Ke Australia, Selepas Bergaduh Dengan Isteri [Video]
Alif Syukri marah pembantu rumah gara-gara ikan bilis hangit
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial usahawan itu memarahi pemantu rumahnya ketika siaran langsung (live) di TikTok kerana menggoreng ikan bilis sehingga hangus
Perkara tersebut menjadi tular dan mendapat perhatian ramai selepas klip rakaman sesi ‘live’ itu dikongsikan di akaun TikTok @modelistaempire.
Difahamkan, Aliff gagal mengawal emosi dan bertindak memaki orang gaji terbabit kerana kacang yang digoreng sebelum ini oleh wanita berkenaan juga hangus.
Dalam rakaman itu, jelas kedengaran Aliff mengeluarkan kata-kata makian yang tidak enak seperti ‘bod*h’ dan ‘Si*l’.
Aliff Syukri penat masak nasi lemak, sekali ikan bilis pula hangit
Isteri Alif, Datik Seri Shahida menjelaskan bahawa ikan bilis serta kacang itu ingin diletakkan di dalam nasi lemak yang dimasak sendiri oleh usahawan terbabit.
Menurut Shahida, ikan bilis yang digoreng oleh pembantu rumah berkenaan merupakan ikan bilis mahal iaitu jenis mata biru.
“Orang itu (Aliff Syukri) tengah nak masak nasi lemak dah hangus ikan bilis dia kan, haa betul nak berjimat-jimat, ikan bilis mahal, goreng ikan bilis mata biru,” katanya.
Turut kedengaran Aliff meminta pembantu rumahnya itu untuk mengganti semula ikan bilis mahal yang dibelinya itu.
Netizen beri pelbagai reaksi, ada yang tak setuju tindakan Aliff maki amah
Menjengah ke ruangan komen, pelbagai reaksi yang diberikan oleh pengguna media sosial setelah melihat video terbabit.
Ada yang bersetuju dengan tindakan Aliff memandangkan pembantu rumah yang dibayar gaji untuk melakukan perkara-perkara tersebut telah melakukan kesilapan yang tidak sepatutnya dilakukan.
Bagaimanapun, ada pula yang berpendapat Aliff tidak sepatutnya bertindak sehingga mengeluarkan kata-kata makian kepada orang gajinya itu atas kesilapan tersebut.








