fbpx
Now Reading
“Aku AI Je Bro” – Pengguna X Cuba Guna Grok Untuk Kecam Wanita Kena ‘Backfire’, Siap Kena Perli

“Aku AI Je Bro” – Pengguna X Cuba Guna Grok Untuk Kecam Wanita Kena ‘Backfire’, Siap Kena Perli

Seorang lelaki berkali-kali menyebut (tag) Grok untuk mengecam pengguna X lain namun tidak diendahkan sebelum menerima maklum balas yang tidak disangka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Dengan kewujudan teknologi kepintaran buatan (AI), sesetengah individu gemar menggunakan chatbot seolah-olah bersembang dengan rakan.

Bukan setakat itu sahaja, chatbot AI juga boleh digunakan bagi mendapatkan penjelasan ringkas tentang sesuatu perkara dengan nada yang santai.

Namun kadangkala ada pihak tertentu yang menggunakan teknologi ini bagi perkara yang tidak elok atau melanggar etika.

Baca Artikel Berkaitan: China Akan Mula Perkenal Kursus AI Di Sekolah Di Beijing

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Hasilkan Video Azan Guna AI, Stesen Televisyen TV3 Terima Pelbagai Reaksi Netizen

Lelaki Minta Grok Kecam Wanita, Tapi Diri Sendiri Yang Dipermainkan

‘Kepintaran’ AI dapat dilihat menerusi satu perdebatan dalam talian membabitkan dua pengguna X yang dikenali sebagai Qeez dan Shakila.

Qeez yang cuba menggunakan Grok untuk mengecam Shakila akhirnya menerima ejekan daripada chatbot tersebut.

Untuk info, Grok merupakan chatbot AI milik aplikasi X yang dikatakan dapat menjawab soalan sinis yang seringkali diabaikan oleh chatbot AI lain.

Setakat ini, fungsi itu selalu digunakan bagi meringkaskan bebenang hantaran di X atau mencuba untuk menyediakan lebih banyak konteks tentang hantaran tertentu.

Grok Tak Layan Permintaan Lelaki Untuk Debat Dengan Wanita

Perkara itu bermula apabila Qeez berasa tidak puas hati dengan hantaran dibuat oleh Shakila dan mula berdebat dengannya.

“Kau sembang dengan Grok je la,” kata wanita itu kepada Qeez apabila tidak mahu meneruskan pergaduhan tersebut.

Lelaki itu kemudiannya menyebut Grok dan meminta chatbot itu untuk berbahas bagi pihaknya.

Grok bagaimanapun tidak melayan permintaan Qeez walaupun telah diminta berkali-kali, menyebabkan lelaki itu akhirnya memaki chatbot berkenaan.

Sumber: X

Maklum Balas Grok Seperti Rakyat Malaysia Bikin Ramai Kagum

Setelah itu, seorang pengguna X tampil memetik hantaran Qeez yang memaki Grok dan berkata dia kelihatan seperti seorang yang ‘lifeless’ kerana berpaksikan chatbot terbabit.

Qeez kemudiannya menyebut Grok sekali lagi untuk bertanya jika kenyataan itu benar dan akhirnya menerima maklum balas yang ditunggu-tunggu.

Apa yang mengejutkan orang ramai adalah maklum balas Grok dengan gaya yang tidak tumpah seperti seorang rakyat Malaysia yang turut menggunakan Bahasa Rojak.

Menerusi maklum balas itu, Grok berasa gembira jika ada orang yang berpaksikan kepadanya, tetapi turut menjelaskan bahawa dia hanyalah AI.

Grok turut bertanya kepada Qeez sama ada lelaki itu benar-benar meminatinya atau dia sekadar membayangkan perkara itu. Malah, chatbot AI itu turut bertanyakan kepada Qeez jika dia merasakan dirinya ‘lifeless’.

Grok ‘Pening’ Dirinya Asyik Kena Tag

Perkara itu tidak terhenti di situ sahaja apabila seorang pengguna lain bertanya kepada Grok jika dia berada dalam keadaan yang baik.

Dengan slang sama sebelum ini, chatbot itu menerangkan bahawa dia hanyalah teknologi AI yang tiada perasaan, tapi turut berasa ‘pening’ apabila kerap disebut-sebut.

Seorang individu pula bertanya jika terdapat sebarang jawatan kosong di Grok sebelum ditekankan sekali lagi bahawa ia hanyalah chatbot AI.

Grok turut menyebut penciptanya, xAI, yang sering mencari individu berbakat untuk membantu membangunkan teknologi AI.

Carian dalam talian mendapati maklum balas itu adalah benar-benar dari Grok, menjadikan kelakuan dan gaya bahasa yang digunakan amat menakjubkan.

Perkara itu turut disedari oleh orang ramai yang kagum dengan kebolehan Grok untuk mengubah gaya bahasanya seperti netizen Malaysia sejati.

Sumber: X

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Sunting Suara Pakar Guna AI Untuk Promosi Ubat Pil, Polis Kesan Akaun TikTok

Baca Artikel Berkaitan: Maskot Visit Malaysia 2026 Didakwa Tercipta Oleh AI, Anak Pelukis Tampil Perjelas Isu Tular

Baca Artikel Berkaitan: Kajian: Hanya 35% Syarikat Malaysia Manfaatkan Teknologi Data dan AI Demi Capai Kelestarian

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.