“Please Buat Report” – Ramai Geram Lihat Lelaki Sengaja Tendang Kucing Masuk Longkang [Video]
Tindakan lelaki itu menendang kucing ke dalam longkang berjaya dirakam oleh seorang individu yang menyedarinya semasa dia sedang berada di dalam kereta.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Kucing merupakan antara haiwan yang sering menjadi pilihan masyarakat di dunia termasuk di Malaysia untuk dijadikan sebagai binatang peliharaan.
Ini kerana tingkah laku mereka yang comel dan mudah dijaga sering menjadi pilihan orang ramai untuk membela mereka.
Pun begitu, masih ada segelintir individu yang tidak menggemari haiwan terbabit, malah ada yang sanggup bertindak kejam.
Baca Artikel Berkaitan: Tular Gambar Kucing Tergantung Belakang Kereta, Pemandu 4×4 Dakwa Tak Perasan
Tular lelaki sengaja tendang kucing masuk longkang
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial satu video yang memaparkan seorang lelaki dengan sengaja menendang seekor kucing jatuh ke dalam longkang.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun Instagram @iamparitbuntar, kejadian didakwa berlaku di Jalan Besar Sungai Bakap, Pulau Pinang.
Perkara itu berjaya dirakam oleh seorang individu yang menyedari perbuatan lelaki berkenaan semasa dia sedang berada di dalam kereta.
Bukan sekali, sampai dua kali tendang kucing masuk longkang
Berdasarkan video tersebut, kelihatan lelaki berbaju hitam itu secara tiba-tiba menghampiri seekor kucing yang sedang duduk berdekatan longkang.
Dia kemudiannya menolak kucing itu dengan menggunakan kakinya sehingga haiwan terbabit terjatuh ke dalam longkang sebelum berlalu pergi memasuki sebuah kedai makan.
Selang tidak lama kemudiannya, dia sekali lagi berjaya dirakam menendang dipercayai kucing sama jatuh ke dalam longkang.
Ramai kecam, mahu pihak berkuasa segera tangkap si pelaku
Memindai ke ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial mengecam tindakan lelaki itu yang menganiaya haiwan berkenaan.
Kebanyakan orang juga berasa marah melihat perkara itu dan berharap agar pihak berkuasa segera menangkap si pelaku untuk dikenakan hukuman atas perbuatannya itu.
Ada juga individu yang berpendapat bahawa lelaki terbabit mungkin orang kurang upaya (OKU) mental kerana manusia yang normal tidak mungkin akan berbuat sedemikian.
Setakat artikel ini ditulis, tiada sebarang kenyataan yang diberikan oleh Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS) Negeri Pulau Pinang berhubung video tular ini.







