“Peniaga Contoh” – KPDN Melaka ‘Senyum Lebar’, Premis Milik Aunty Ini Patuh Garis Panduan [Video]
Menerusi video berkenaan, premis milik wanita itu lengkap berlesen dan patuh semua garis panduan perniagaan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum membuka perniagaan, peniaga diwajibkan mengikuti beberapa garis panduan undang-undang yang ditetapkan pihak berkuasa. Masalah sering timbul apabila ada yang tidak telus dalam urusan harga dan peralatan niaga.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri (KPDN) antara pihak yang aktif menggempur premis-premis yang didapati melanggar syarat ini menerusi beberapa operasi yang dijalankan.
Namun baru-baru ini, satu operasi KPDN Melaka menjadi tumpuan apabila sebuah kedai runcit milik seorang wanita diperiksa dan didapati mematuhi semua peraturan, malah mencuit hati ramai dengan gelagat pemiliknya yang bersahaja.
Baca Artikel Berkaitan: Kedai Makan Selamba Caj Pelanggan 10 Sen Jika Bayar Guna QR Kini Dicekup KPDN Melaka
Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Perak Terjah Kiosk Makanan, Caj Bekas Oden Tanpa Paparkan Tanda Harga
Baca Artikel Berkaitan: [Video] KPDN Melaka Gempur Restoran Tak Papar Harga Makanan
KPDN “Salah” Gempur Kedai Runcit
Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@kpdnmelaka), pihak KPDN Melaka menjalankan operasi rutin di beberapa premis sekitar kawasan tersebut.
Salah satu premis yang digempur ialah sebuah kedai runcit milik seorang wanita yang turut menjalankan servis menjahit.
Seperti biasa, anggota KPDN memeriksa setiap sudut kedai, termasuk meneliti penimbang untuk memastikan ia mempunyai “stamping” yang sah.
Namun apa yang mengundang tawa adalah reaksi wanita berkenaan yang berkarakter “garang” kerana menjawab soalan dengan suara tinggi, tetapi bersahaja.
Menyedari sikap santainya, pihak KPDN sempat bergurau dan menyakat wanita itu sepanjang pemeriksaan. Kedua-dua pihak kelihatan bergelak ketawa, menunjukkan suasana operasi kali ini agak berbeza berbanding biasa.
Aunty Ikut Semua Peraturan, Raih Pujian KPDN
Apa yang lebih membanggakan, hasil pemeriksaan mendapati semua barang dan peralatan di kedai wanita tersebut memenuhi standard yang ditetapkan undang-undang.
Tiada satu pun kesalahan dikesan, menjadikan wanita berkenaan contoh terbaik peniaga kecil yang patuh kepada peraturan.
Pihak KPDN turut bergurau di ruangan kapsyen video dan memuji wanita itu sebagai “peniaga contoh” yang tetap teguh dengan peraturan walaupun dalam pelbagai cabaran.
“Jarang jumpa peniaga macam ni. Walaupun badai melanda, dia tetap teguh patuh undang-undang,” tulis pihak KPDN Melaka.
Di akhir video, kelihatan kakak kepada wanita itu turut berbual dengan pihak KPDN setelah selesai pemeriksaan kedai.
Menariknya, kedua-dua mereka bertutur lancar dalam bahasa Melayu dan Cina, mencerminkan keharmonian budaya dalam perniagaan.
@kpdnmelaka Susah nak jumpa kedai yang ikut peraturan ngan undang² KPDN ni. Aunty ni boleh peniaga buat contoh. Walau badai melanda, dia tetap teguh dan patuh undang². Terbaik Aunty #kitagempur #kpdnkita #kpdnmelaka #tiktokchallenge @Armizan Mohd Ali @Fuziah Salleh @Ab Rauf Yusoh @allexseah @KPDN @KERAJAAN NEGERI MELAKA
♬ original sound – KPDN Melaka – KPDN Melaka
Netizen Terhibur Aunty Berjaya “Kalahkan” Pihak KPDN
Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur melihat gelagat spontan wanita tersebut sepanjang operasi berlangsung.
Ramai memuji wanita itu yang berjaya menunjukkan contoh peniaga dalam mematuhi undang-undang sepenuhnya.



Ada juga yang bergurau bahawa kali ini “aunty berjaya mengalahkan KPDN” kerana tiada satu pun kesalahan ditemui, malah membuatkan pihak berkuasa sendiri tersenyum puas.

Peniaga Tidak Papar Harga Adalah Satu Kesalahan
Sekadar info, peniaga yang gagal memaparkan harga makanan atau produk kepada pelanggan merupakan satu kesalahan bawah Akta Kawalan Harga dan Anti Pencatutan 2011.
Bagi mengelakkan masalah ini daripada berleluasa, orang ramai boleh membuat laporan kepada kementerian tersebut sekiranya terdapat peniaga yang tidak memaparkan tanda harga pada mana-mana barangan.
Bagi memudahkan urusan mengemukakan aduan, pengguna boleh melakukannya menerusi aplikasi ezAdu.

Selain daripada aplikasi ezAdu, orang ramai juga boleh mengemukakan aduan melalui cara-cara di bawah.
- Portal e-Aduan
- Talian hotline 1-800-88-6800
- Pusat Arahan Penguatkuasaan (ECC)
- E-mel KPDN: e-aduan@kpdn.gov.my
- Surat dihantar ke Ibu Pejabat atau mana-mana Pejabat KPDN
- Bilik Gerakan Penguatkuasaan Negeri
- WhatsApp KPDN: 019-279 4317
Baca Artikel Berkaitan: [Video] Warga Asing Ditegur & Dihalang Kerana Beli 6 Paket Minyak Masak, Tarik Perhatian Ramai
Baca Artikel Berkaitan: “Dah Macam Ceramah” – Cara Pegawai KPDN Melaka Tegur Peniaga Ketika Serbuan Curi Tumpuan [Video]



