Lelaki Tegur Ramai Yang Abaikan ‘Zebra Crossing’, Ini Fakta Yang Patut Korang Tahu! [Video]
Ada yang bersetuju dan ada pula yang menentang dengan fakta yang diberikan lelaki berkenaan mengenai zerba crossing dan keutamaan kepada pejalan kaki.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak dinafikan, ‘the power of hand’ ketika melintas jalan amatlah berguna di Malaysia kerana kebanyakan kenderaan pasti akan memberi laluan kepada pejalan kaki lebih-lebih lagi di jalan yang sibuk.
Pun begitu, masih ramai pemandu kereta dan penunggang motosikal yang tidak cakna mengenai fungsi lintasan belang atau ‘zebra crossing’ yang ada di jalan raya.
Mungkin ramai yang berpendapat bahawa penjalan kaki perlu lah menunggu dan hanya melintas ketika tiada kenderaan atau lampu isyarat merah sahaja.
Lelaki ingatkan orang ramai untuk utamakan pejalan kaki raih pelbagai reaksi
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial seorang lelaki mengingati orang ramai untuk memberi keutamaan kepada pejalan kaki yang berada di zebra crossing sehingga mencetus pelbagai reaksi.
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di akaun TikTok @driving4dummies, lelaki berkenaan turut mengajak orang ramai untuk menghormati zebra crossing yang fungsi utamanya adalah untuk mengutamakan pejalan kaki yang ingin melintas.
“Bila kita nampak ‘flashing amber light’ (lampu isyarat berwarna kuning berkelip-kelip) macam ini, keutamaan patut diberi kepada pejalan kaki dan ingat apabila ada zebra crossing tak kisah warna kuning atau putih, keutamaan harus diberikan kepada pejalan kaki melainkan ada lampu isyarat khas untuk pejalan kaki,” katanya.
@driving4dummies Behind every “terima kasih bang” is a reminder that the people crossing the road are human beings, just like us. Being behind the wheel doesn’t make us less responsible, it makes us more. Let’s bring humanity back to the road. Respect the zebra crossings.
♬ original sound – 🍀
Lelaki kongsi fakta tentang zebra crossing, ada yang setuju dan tidak setuju
Kenyataan lelaki terbabit kemudiannya mengundang pelbagai reaksi oleh pengguna-pengguna media sosial.
Ada yang bersetuju dan ada pula yang menentang dengan fakta yang diberikan lelaki berkenaan mengenai zerba crossing.
Pada pendapat mereka, keutamaan haruslah diberikan kepada kenderaan dan ia merupakan hak pemandu sendiri sama ada ingin memberi laluan kepada pejalan kaki atau tidak.
“Kau nak stop, kau stop. Tak perlu halang orang belakang” dan “tengok orang belakang juga bos, kalau ramai orang (pemandu) di belakang, jalan saja” merupakan antara komen yang diberikan.
Kuning dan putih, apa beza warna lintasan pejalan kaki?
Memetik laman Facebook Polis Daerah Keningau, lintasan pejalan kaki berwarna putih bermaksud pemandu atau penunggang kenderaan wajib berhenti sekiranya melihat ada pengguna yang ingin melintas.
Dalam erti kata lain, zebra crossing berwarna putih bermakna keutamaan perlu diberikan kepada pejalan kaki. Kebiasaannya, lintasa ini banyak dapat dilihat di kawasan sekolah.
Manakala bagi lintasan belang berwarna kuning pula perlu dilihat siapa yang tiba dahulu di garisan tersebut, jika pejalan kaki, pemandu wajib berhenti dan sekiranya kenderaan yang sampai dahulu, pejalan kaki perlu berhenti dan menunggu sehingga keadaan selamat untuk melintas.
Kuning atau putih tiada beza, kenderaan wajib berhenti dan utamakan pejalan kaki
Pun begitu, menurut bekas Ahli Lembaga Pengarah Institut Penyelidikan Keselamatan Jalan Raya Malaysia (MIROS), Shahrin Tamrin pula, pemandu dan penunggang kenderaan wajib berhenti dan beri keutamaan kepada pejalan kaki tidak mengira warna zebra crossing.
“Adalah tidak benar bahawa warna ‘zebra crossing’ menentukan siapa berhenti dulu atau siapa boleh gerak dahulu,” katanya dipetik Malaysia Gazette.
Menurutnya, beliau memberi teguran tersebut kerana masih ada yang salah faham mengenai fungsi lintasan belang termasuklah pihak berkuasa tempatan (PBT).
Abaikan zebra crossing satu kesalahan dan boleh disaman
Untuk info, pengguna jalan raya yang ingkar dan mengabaikan undang-undang termasuk tanda zebra crossing telah melakukan satu kesalahan.
Mereka yang didapati melakukan kesalahan ini boleh dikenakan tindakan saman mengikut Seksyen 78 Akta Pengangkutan Jalan Raya (APJ) 1987.
Berikut komen yang diberikan pengguna TikTok:







