fbpx
Now Reading
Korang Pernah Alami? Doktor Kongsi 5 Tanda Kolesterol Jahat Tinggi Dalam Darah [Video]

Korang Pernah Alami? Doktor Kongsi 5 Tanda Kolesterol Jahat Tinggi Dalam Darah [Video]

Selain pemakanan, terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan kolesterol tinggi yang mungkin korang tidak tahu atau sedar sebelum ini.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila sebut pasal kolesterol, pasti ramai yang akan berfikir tentang lemak atau seseorang yang mempunyai masalah berat badan, macam movie ‘Cinta Kolestrol’.

Secara spesifiknya, kolesterol ialah sejenis bahan lemak yang terdapat dalam darah korang dan merupakan komponen penting dalam membina sel dan menghasilkan vitamin serta hormon. Ia biasanya dihasilkan di dalam hati dan boleh berlaku disebabkan diet kita juga.

Kalau korang nak tahu, kolesterol terbahagi kepada dua iaitu baik dan jahat. Jika di badan mempunyai terlalu banyak kolesterol jahat, maka ia dapat memberi kemudaratan kepada kesihatan kita.

Alamak macam mana nak tahu jika dalam darah kita tinggi dengan kolesterol jahat?

Doktor Kongsi 5 tanda kolesterol jahat tinggi dalam darah

Baru-baru ini, seorang doktor wanita dikenali sebagai Dr Ulfa telah tampil berkongsi lima tanda kolesterol jahat tinggi dalam darah.

Dr Ulfa yang mempunyai klinik tersendiri di Taiping, Perak itu sememangnya sering berkongsi mengenai isu-isu kesihatan dan cara merawatnya di akaun TikTok miliknya.

Berikut 5 tanda kolesterol jahat tinggi dalam darah:

  1. Selalu sakit kepala
  2. Rasa tegang di bahagian leher
  3. Rasa kebas di tangan dan kaki
  4. Rasa senang letih atau cepat mengantuk
  5. Dada kiri rasa berat

Menurutnya, tanda kelima itu iaitu dada kiri berasa berat atau sempit adalah sesuatu yang sangat bahaya. Jika korang mengalaminya, segeralah berjumpa doktor untuk pemeriksaan dan rawatan.

@dr_ulfa_mediklinik_ulfa

Nak tahu cara turunkan kolesterol jahat? Komen NAK 5 Tanda Kolestrol jahat tinggi. Ada alami tanda ni? Boleh datang ke Mediklinik Ulfa di sebelah Tabung Haji, Taiping untuk rawatan kolestrol, ramai berjaya turunkan kolesterol jahat dan triglyceride melalui cara Dr Ulfa @mediklinikulfataiping #drulfa #Kolesterol #kolesteroltinggi #kolesteroljahat #cholesterol #cholestrol #kolestrol #kolestroltinggi #kolestroljahat #triglycerides

♬ original sound – zed – zed

Faktor lain kolesterol jahat tinggi dalam darah

Selain pemakanan, terdapat banyak lagi faktor lain yang menyebabkan kolesterol tinggi yang mungkin korang tidak tahu atau sedar sebelum ini.

Perkara sebegini nampak macam biasa, tapi sebenarnya penting untuk korang ambil tahu sebab ‘mencegah adalah lebih baik daripada merawat’.

Berikut kami kongsikan juga lima punca kolesterol tinggi memetik laman kesihatan, Hello Doktor:

  1. Stress berpanjangan
  2. Ubat-ubatan
  3. Terlalu banyak duduk
  4. Kehamilan
  5. Diet tinggi gula

Baca Artikel Berkaitan: Jaga Diet, Tapi Kolestrol Masih Tinggi? Ini 5 Punca Yang Ramai Tak Tahu

Untuk pengetahuan korang, kami juga pernah berkongsi cara mengawal atau menurunkan paras kolesterol jahat ini.

Antara caranya adalah dengan mengawal pemakanan atau berpuasa dan menjadikan bunga raya sebagai teh herba untuk diminum.

Bunga raya boleh didapati di mana-mana sahaja terutamanya di kawasan kampung, jadi korang jangan lepaskan peluang ambil manfaatnya tau.

Baca Artikel Berkaitan: Doktor Kongsi 8 Manfaat Berpuasa Dari Segi Kesihatan, Antaranya Bantu Kawal Paras Lemak & Kolestrol

Baca Artikel Berkaitan: “Untuk Tekanan Darah” – Lelaki Kongsi Khasiat Makan Bunga Raya Raih Perhatian Ramai [Video]

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.