fbpx
Now Reading
“Gigihnya Semua” – Ramai Serbu Open House Aiwahhh Raya 2.0 Raih Pelbagai Reaksi [Video]

“Gigihnya Semua” – Ramai Serbu Open House Aiwahhh Raya 2.0 Raih Pelbagai Reaksi [Video]

Difahamkan, selain makanan dan minuman percuma, majlis Aiwahhh Raya 2.0 itu turut mengadakan cabutan bertuah serta memberi goodies kepada orang ramai.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap kali tibanya musim perayaan Hari Raya Aidilfitri, pasti kebanyakan orang tidak akan melepaskan peluang untuk mengadakan rumah terbuka.

Kebiasaannya rumah terbuka dilakukan dengan menjemput ahli keluarga, sanak saudara serta kenalan-kenalan berkunjung ke rumah menikmati juadah yang disediakan untuk mengeratkan lagi hubungan.

Meskipun namanya rumah terbuka, namun ia tidak bermakna dibuka kepada sesiapa sahaja untuk datang bukan?

Bagaimanapun, baru-baru ini, seorang influencer dan usahawan kunafa dikenali sebagai Ojen Aiwahhh teruk dikecam selepas mengadakan ‘open house’ tanpa menjemput orang ramai terutamanya yang menyokong perniagaannya selama ini.

Ojen Aiwahhh buat rumah terbuka 2.0, raikan orang ramai yang menyokongnya

Terbaharu, Ojen telah mengadakan satu lagi majlis rumah terbuka pada malam semalam (27 April) untuk meraikan orang ramai yang telah menyokongnya selama ini.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun TikTok miliknya, Ojen berkata, bagaimanapun open house raya 2.0 itu hanya dapat menjemput 2,000 orang sahaja.

“Maaf tau, Ojen tak dapat nak buat untuk satu Malaysia. Kita ada limit dapat jemput 2,000 orang maksimum, doakan Ojen ya ada rezeki nanti kita jemput lebih ramai lagi,” katanya.

@ojennn_aiwahh

Tak sabar nak buat rumah terbuka @Kunafa.Aiwahhh tapi maaf tau ojen takdapat nak buat utk 1 Malaysia. Kita ada limit dapat jemput 2 ribu orang maksimum, Doakan ojen ya ada rezeki nanti kita jemput lebih ramai lagi. Malam ojen nak meraikan semua yang menyokong dan support diri ini. Follow instagram ojen sebab link RSVP kita akan released soon di IG ojen 🥰

♬ original sound – OjennnAIWAHHH ! – OjennnAIWAHHH !

Orang ramai beratur panjang, hadir rumah terbuka Aiwahhh Raya 2.0

Menerusi hantaran video di akaun TikTok @kunafa.aiwahhh pula, kelihatan orang ramai hadir membanjiri rumah terbuka raya itu yang diadakan di sebuah dewan di Kapar, Klang, Selangor.

“Alhamdulilah meriahnya rumah terbuka Aiwahhh Raya 2.0. Terima kasih yang hadir,” tulis di dalam video.

@kunafa.aiwahhh

OPEN HOUSE AIWAHHH RAYA 😙✨ @HAVOCFOODFESTIVAL

♬ original sound – Rusa Music – Rusa Music

Turut kelihatan rakaman yang memaparkan orang ramai beratur panjang untuk mendapatkan kunafa mini yang diberikan secara percuma.

Difahamkan, selain makanan dan minuman percuma, majlis terbabit turut mengadakan cabutan bertuah serta memberi goodies kepada orang ramai.

@kunafa.aiwahhh

Open House Aiwahhh Raya Memang Mantap ❤️

♬ original sound – Rusa Music – Rusa Music

Raih pelbagai reaksi, ada yang puji dan ada pula sebaliknya

Open House Aiwahhh Raya 2.0 itu mendapat pelbagai reaksi daripada pengguna-pengguna media sosial.

Menjengah ke ruangan komen, ada segelintir individu mendakwa bahawa rumah terbuka itu diadakan oleh Ojen hanya kerana ingin mengambil hati para pembelinya semula selepas menerima kecaman pada majlis open house sebelum ini.

Bagaimanapun, ada juga yang memuji tindakan Ojen kerana berkongsi rezeki yang diperolehi kepada orang ramai terutamanya yang telah menyokongnya selama ini.

“Walaupun ramai kecam Ojen waktu open house pertama, Ojen buat second open house lebih kurang sama (meriah).”

“Selepas dikecam…”

“So B40 puas hati tak tu?.”

“Takut kena boikot, buat juga lah 2.0 ya. Terbaik siapa yang hadir, korang memang kental.”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.