fbpx
Now Reading
Tak Tahu Nak Buat Apa Jika Berlaku Kematian Di Rumah? Ini Langkah Awal Yang Boleh Dilakukan [Video]

Tak Tahu Nak Buat Apa Jika Berlaku Kematian Di Rumah? Ini Langkah Awal Yang Boleh Dilakukan [Video]

Antara tindakan awal yang boleh dilakukan adalah meletakkan kedua tangan jenazah pada bahagian dada dan ikatkan supaya sendi tidak mengeras.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kehilangan insan tersayang sememangnya amat memeritkan apatah lagi jika ia berlaku di hadapan mata.

Selain rasa sedih yang menyelubungi, pasti ada yang panik atau buntu kerana tidak tahu apa yang patut dilakukan.

Adakah perlu panggil orang masjid atau surau untuk menguruskan jenazah? Tetapi takkan jenazah hendak dibiarkan begitu sahaja?

Pasti ramai yang tertanya-tanya apakah langkah seterusnya yang patut dilakukan. Secara ringkasnya, langkah pertama yang patut diambil adalah mengesahkan kematian.

Memetik Hospital Tuanku Jaafar, Seremban, Negeri Sembilan, bagi tujuan ini, anda perlu menghubungi talian kecemasan, 999 dan doktor akan sahkan kematian.

Pihak berkenaan kemudiannya akan menasihatkan anda untuk ke balai polis terdekat untuk membuat laporan bagi mengeluarkan Sijil Pengebumian (bawa IC pesakit dan laporan perubatan).

Pun begitu, bagaimana dengan urusan jenazah di rumah?

Masjid Bandar Seri Putra Kongsi 8 Langkah Awal Urus Jenazah

Memahami apa yang dihadapi oleh segelintir individu ketika berhadapan dengan kematian, Masjid Bandar Seri Putra, Bangi berkongsi ilmu tentang langkah awal menguruskan jenazah.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @masjidbspofficial, terdapat lapan langkah yang boleh dilakukan oleh individu jika ada ahli keluarga atau orang terdekat meninggal dunia.

Lapan langkah tersebut adalah:

  1. Menutup mata jenazah jika terbuka
  2. Tanggalkan baju pada badan jenazah sementara badannya masih belum keras
  3. Ikatkan tali dari dagu sehingga kepala supaya mulut jenazah tidak terbuka.
  4. Letakkan kedua tangan pada bahagian dada dan ikatkan supaya sendi tidak mengeras.
  5. Luruskan kaki dan rapatkan sebelum ikat kedua ibu jari kaki.
  6. Letakkan objek sederhana berat pada atas perut jenazah supaya tidak dimasuki angin.
  7. Sapukan minyak serta urut pada bahagian sendi-sendi seperti pergelangan tangan, kaki, jari, bahu, siku, lutut, tengkuk dan pinggang agar ia tidak mengeras dan mudah untuk dimandikan nanti.
  8. Tutup keseluruhan badan jenazah dengan kain.

Tonton video penuh [DI SINI]

Maklumkan juga pada ahli jawatankuasa (AJK) masjid yang terdekat untuk pengurusan jenazah dan ahli keluarga tentang berita kematian si mati.

Hukum Uruskan Jenazah Fardu Kifayah, 4 Perkara Yang Wajib Dilakukan Oleh Mereka Yang Hidup

Untuk info, Jabatan Mufti Pulau Pinang menjelaskan hukum menguruskan jenazah adalah fardu kifayah.

Setiap yang hidup wajib melakukan dengan segera empat perkara ini iaitu memandikan, mengkafankan, menyembahyangkan dan mengkebumikan jenazah.

“Keempat-empat perkara tersebut, wajib dilaksanakan dengan sempurna dan segera kecuali orang yang mati syahid.

“Maka hanya wajib dikafankan dan dikebumikan, haram dimandi dan disembahyangkan,” jelas mereka.

Baca Artikel Berkaitan: “Khas Buat Warga Wilayah Persekutuan” – Jawi Sedia Khidmat Pengurusan Jenazah Secara Percuma

Baca Artikel Berkaitan: Bantu Atas Tanggungjawab Fardhu Kifayah, Pemuda Ini Jadi Sukarelawan Urus Jenazah Covid-19

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.