Berkat Nenek Tunggu & Baca Yasin Ketika Jawab SPM, Cucu Dapat 9A! [Video]
Menerusi video tersebut kelihatan wajah pelajar berkenaan gembira sewaktu berdiri bersebelahan seorang individu dipercayai bapanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada Januari lalu, tular satu video memaparkan tindakan seorang nenek yang setia menunggu cucunya di luar dewan sewaktu pelajar berkenaan sedang menjawab peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).
Malah apa yang lebih sebak, nenek kepada pelajar berkenaan setia menunggu cucunya sambil membaca Yasin dan berzikir di luar dewan Sekolah Menengah Maktab Rendah Sains Mara Lenggong, Perak.
Perkara itu secara tidak langsung telah meraih perhatian ramai serta sebak dan mula terkenangkan nenek mereka.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Nenek Setia Tunggu Cucu Ambil SPM Sambil Mengaji Di Luar Dewan [Video]
Cucu kepada nenek baca Yasin di luar dewan peroleh 9A
Terbaharu, usaha serta doa sememangnya tidak akan mengkhianati hasilnya apabila cucu kepada nenek berkenaan berjaya memiliki keputusan cemerlang iaitu 9A dalam SPM.
Menerusi video yang dikongsikan oleh Muhamad Nazri di TikTok, awalnya dia menunjukkan semula rakaman lama memaparkan nenek kepada pelajar berkenaan yang sedang duduk di sebuah kerusi sambil mengaji sementara menunggu cucunya.
“Viral nenek baca Yasin masa cucu ambil SPM. Korang nak tengok hasilnya?” soal Nazri yang juga kaunselor di sekolah berkenaan.
Guru turut tunjuk reaksi pelajar penuh gembira dapat keputusan cemerlang
Dalam video berkenaan, Nazri menunjukkan pelajar terbabit memperoleh 4A+ dan 5A bagi subjek yang diambil.
Malah di akhir video, guru berkenaan turut menunjukkan wajah pelajar berkenaan yang tersenyum penuh gembira dengan keputusan dimilikinya.
@crmuhamadnazri Viral nenek baca yaasin masa cucu ambil SPM. Korang nak tgk hasilnya? #spm2024
♬ Applause – Clapping Sound Effect 4 – Hollywood Sound Effects
Ramai ucap tahniah dan sebak dengan kejayaan pelajar ini
Menjengah ke ruangan komen, ada yang bertanya adakah pelajar berkenaan dikenali sebagai Afif anak kepada seorang guru yang sudah meninggal iaitu Cikgu Asmah. Nazri memaklumkan benar pelajar itu adalah anak kepada guru berkenaan.
Tidak kurang juga ada yang memuji pelajar tersebut nak mengucapkan tahniah kepadanya dan mendoakan arwah ibu pelajar itu.

Ada juga yang bertanya adakah nenek kepada pelajar tersebut turut datang ke sekolah untuk mendapatkan keputusan cucunya namun Nazri memaklumkan tiada.
Ada juga yang mengucapkan tahniah kepada nenek pelajar berkenaan atas doa yang tidak putus buat cucu kesayangan.
Malah ada yang menitipkan pesan agar pelajar itu terus mengorak kejayaan dengan menjaga agama serta membalas semula jasa nenek dan ibu bapa.
“Subhanallah, pandainya. Tahniah. Tahniah Mek, Abe Mie. Al-Fatihah buat kak As”

“MasyaAllah, nanti nak tengok nenek dia tengok keputusan cucu dia. Nak tengok reaksi nenek”

“Alhamdulillah taniah dik. Akak berjurai air mata sebab kau dik. Pengorbanan orang tua mu”

“Awak mempunyai seorang nenek yang hebat dik. hargailah mereka”




