fbpx
Now Reading
Cari Ikan Dalam Longkang, Gelagat Anak Sempat ‘Nego’ Dengan Ayah Elak Kena Rotan Bikin Dekah [Video]

Cari Ikan Dalam Longkang, Gelagat Anak Sempat ‘Nego’ Dengan Ayah Elak Kena Rotan Bikin Dekah [Video]

Difahamkan, si anak memang suka aktiviti luar seperti menangkap ikan berbanding duduk dalam rumah bersama-sama peranti gajet.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bagi kanak-kanak, kebanyakan perkara di sekeliling adalah satu bentuk hiburan. Walaupun kini ramai yang sudah memiliki gajet sendiri, masih ada yang lebih suka bermain secara “bersatu” dengan alam sekeliling.

Hal ini disebabkan kanak-kanak penuh dengan rasa ingin tahu. Usia mereka yang masih muda menyebabkan mereka cenderung meneroka pelbagai perkara tanpa mengira tempat atau masa.

Itulah yang berlaku baru-baru ini apabila seorang kanak-kanak dilihat sedang bermain di dalam longkang sebelum digertak oleh si ayah yang menyuruhnya pulang ke rumah.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Gosip Dengan Bapa Tak Pandang Kiri Kanan, Reaksi Si Anak Kantoi ‘Ngumpat’ Ibu Bikin Dekah

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Isteri Berdekah Dengar Suami Pasrah Layan Kerenah Anak Minta Keropok

Baca Artikel Berkaitan: Gelagat Anak Sulung Tabur Beras Kerana Merajuk Dapat Adik Baru Buat Ramai Terhibur

Main Dalam Longkang Sambil Cari Ikan

Menerusi satu perkongsian di laman TikTok (@indrafathia), si ayah merakam gelagat anaknya yang sedang leka bermain dalam sebuah pembetung longkang bersebelahan jalan, dipercayai berdekatan rumah mereka.

Di awal video, si ayah dilihat berjalan dari arah rumah menuju ke seberang jalan. Anak perempuannya turut kelihatan menunggu di atas dengan memeluk sebuah baldi.

Kedengaran si ayah memanggil-manggil dengan nada tegas, “Mana Is? Iskandar! Iskandar!” Namun tiada sahutan dari si anak.

Si ayah kemudiannya terpaksa menunduk dan menjenguk ke dalam pembetung dan di situlah anak lelakinya berada, tersorok dalam longkang. Demi keselamatan anak-anaknya, dia mengarahkan kedua-dua mereka untuk berhenti bermain dan masuk ke dalam rumah.

Menurut si ayah, anaknya itu memang suka mencari ikan di situ. Dia juga pernah sekali diberi pilihan antara telefon atau batang pancing, si anak akan terus pilih pancing tanpa berfikir panjang.

Tak Mahu Pulang, Suruh Ayah Letak “Senjata”

Dalam satu perkongsian lain, si anak masih tidak berganjak dari dalam longkang walaupun sudah ditegur. Dia kelihatan hanya bergerak ke hadapan iaitu bahagian luar pembetung longkang itu sahaja.

Si ayah kemudiannya bertindak mengambil sebatang kayu kecil seakan rotan sebagai isyarat amaran untuk menggertak anaknya sahaja.

Namun reaksi anaknya setelah melihat ayahnya itu sangat mencuit hati, “Ayah pegang rotan! Lepas dulu rotan tu baru Is naik” katanya dengan nada tegas dari dalam longkang.

Si ayah hanya mampu “mengiyakan” sebelum si anak akhirnya keluar dan lari berkaki ayam masuk ke rumah dan masih tidak melepaskan raga penapis dari tangan.

Netizen Terhibur, Puji Si Ayah & Anak

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata netizen terhibur dengan gelagat anak beranak ini.

Ramai yang memuji si anak melihat dirinya yang lebih cenderung kepada aktiviti luar rumah berbanding leka dengan gajet.

Sumber: TikTok @indrafathia
Sumber: TikTok @indrafathia

Ramai juga memuji sikap si ayah yang tenang dan hanya menunjukkan keprihatinan terhadap keselamatan anak-anaknya.

Sumber: TikTok @indrafathia
Sumber: TikTok @indrafathia

Ibu Bapa Harus Ambil Langkah Awal Kurangkan Penggunaan Skrin Anak-Anak

Walaupun anak-anak diizinkan untuk menggunakan gajet bagi mengisi waktu lapang, namun ibu bapa haruslah tegas dalam mengawal penggunaan peranti terbabit.

Apatah lagi apabila banyak orang kelihatan seolah-olah sudah ‘ketagih’ dalam menggunakan gajet seperti telefon pintar.

Penggunaan skrin dapat dikurangkan sejak kecil jika ibu bapa lakukan perkara seperti:

  • Sentiasa meluangkan masa dan bersembang dengan anak agar mereka tidak bosan.
  • Menyediakan permainan lain yang bersifat manual dan tidak menggunakan gajet.
  • Melakukan aktiviti sekeluarga seperti beriadah atau melawat ke tempat-tempat menarik.
  • Meletakkan tempoh masa penggunaan gajet setiap hari.
  • Menghadkan penggunaan gajet hanya ketika cuti sekolah.
  • Menggunakan gajet untuk perkara berfaedah seperti belajar dan menonton video yang sarat dengan nilai murni.

Baca Artikel Berkaitan: Nak Elak Beri Gajet Kepada Anak Kecil? Wanita Ini Kongsi 3 Tips Mudah Buat Ibu Bapa

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Ramai Mak Ayah Boleh Relate, Anak-Anak Kena Serah Gajet Lepas Cuti Sekolah Tamat

Baca Artikel Berkaitan: “Minta Terus Bagi” – Ibu Kongsi Perubahan Positif Anak, Kesan Lawatan Ke Muzium Penjara Malaysia

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.