Pinggan Mangkuk Tak Basuh, Baju Tak Lipat & Kereta Kotor! Pakar Jelaskan 3 Sebab Orang Jadi Malas [Video]
Menurut Pakar Kesihatan Mental dikenali sebagai Amirul Ramli, malas boleh berpunca daripada psikologi di mana seseorang mempunyai masalah mental ‘burnout’, keletihan emosi kerana tekanan berpanjangan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi lumrah kehidupan setiap manusia untuk sentiasa hidup dalam suasana yang bersih, tersusun dan kemas untuk kehidupan yang lebih selesa.
Namun terdapat segelintir daripada individu yang tidak gemar untuk mengemas seperti membiarkan pinggan mangkuk tidak dibasuh, pakaian tidak dilipat sehingga membiarkan rumah menjadi bersepah dan tidak dikemas.
Meskipun mereka dilihat selesa untuk hidup dalam keadaan tersebut namun perkara ini sebenarnya berpunca daripada sifat malas.
Pakar jelaskan ada 3 punca malas berlaku kepada seseorang
Baru-baru ini, seorang pakar kesihatan mental yang juga Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli telah menjelaskan terdapat tiga punca manusia menjadi malas.
Katanya seseorang perlu melihat dari mana punca malas itu datang agar ia dapat diperbetulkan semula.
Tiga jenis punca itu adalah:
#1 Psikologi
Katanya malas boleh disebabkan psikologi seseorang seperti masalah mental ‘burnout’, keletihan emosi akibat tekanan berpanjangan.
Jelasnya mungkin seseorang sudah lama tidak merasai atau kurang pencapaian, progres dalam kehidupan sehingga menurunkan motivasi serta mendorong kepada ketidakupayaan untuk bertindak.
Kata Amirul Ramli solusi yang boleh dilakukan adalah membuat senarai atau ‘checklist’ yang mudah.
“Kemas katil, basuh baju, supaya anda nampak progres tu. Jadi mindset anda perlahan-lahan akan pulih,” ujarnya.
#2 Fisiologi
Kemalasan juga boleh berpunca daripada fisiologi tubuh khususnya ketika sel badan (mitokondria) tidak menghasilkan tenaga dengan efisien.
Perkara itu membuatkan seseorang tidak mempunyai tenaga yang cukup dalam melakukan sesuatu kerja.
Namun ia boleh diatasi dengan membuat senaman, kerana aktiviti fizikal akan meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel dan membantu melawan keletihan fizikal.
#3 Neurologi
Selain psikologi dan fisiologi, malas juga boleh berpunca daripada neurologi disebabkan ketidakseimbangan dopamin neurotransmitter yang berkait rapat dengan motivasi.
Jelas Amirul apabila dopamin rendah, dorongan untuk membuat sesuatu perkara menjadi rendah. Namun apa yang menarik pergerakan memerlukan dopamin dan secara sistem tindak balas pergerakan pun akan menggalakkan penjanaan dopamin.
Oleh itu, seseorang perlu sentiasa memaksa diri untuk bergerak serta jangan duduk dan baring.
“Bergerak, jalanlah dalam rumah tu, sekeliling rumah supaya penghasilan dopamin anda ditingkatkan,” katanya lagi.
Di ruang kapsyen, Amirul turut menambah kemalasan bukan semata-mata kerana nia ia juga berkait rapat dengan fungsi otak dan tubuh. Oleh itu perlu untuk seseorang mengetahui punca dan mengubahnya.
@amirul.ramli Bila anda malas selalu akan disalah anggap sebagai sifat semula jadi anda, tetapi sebenarnya ia berpunca daripada gabungan faktor psikologi, fisiologi dan neurologi. Memahami punca sebenar boleh membantu anda mengurus rasa malas dengan lebih efektif. 1. Psikologi: Dari sudut psikologi, rasa malas boleh disebabkan oleh mental burnout, keletihan emosi akibat tekanan berpanjangan tanpa ganjaran atau rasa pencapaian. Kekurangan “meaningful progress” dalam kehidupan harian boleh menurunkan motivasi dan mendorong kepada ketidakupayaan untuk bertindak. Penyelesaiannya adalah dengan mencipta kemenangan kecil setiap hari. Contohnya, menyusun rutin harian, buat to-do list yang ringkas seperti mengemas katil atau menyiapkan tugasan kecil untuk mendapatkan semula rasa pencapaian. 2. Fisiologi: Kemalasan juga boleh berpunca daripada fisiologi tubuh terutamanya apabila sel badan (mitokondria) tidak menghasilkan tenaga dengan efisien. Kekurangan senaman, pemakanan tak seimbang dan tidur yang tidak berkualiti boleh melemahkan sistem tenaga badan. Aktiviti fizikal meningkatkan penghasilan tenaga dalam sel dan membantu melawan keletihan fizikal. 3. Neurologi: Dari aspek neurologi, kemalasan dikaitkan dengan paras dopamin yang rendah. Dopamin adalah neurotransmitter penting untuk motivasi dan tindakan. Pergerakan fizikal sebenarnya mencetuskan sistem ‘feedback loop’ iaitu semakin kita bergerak, semakin banyak dopamin dihasilkan. Aktiviti fizikal boleh mengaktifkan laluan motivasi dalam otak dan meningkatkan keinginan untuk bertindak. Kesimpulannya, kemalasan bukan semata-mata soal niat. Ia berkait rapat dengan fungsi otak dan tubuh. Fahami punca, dan anda boleh ubah.
♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth – AmirulRamli | MentalHealth



