Influencer Buat Review Kelaut, Owner Kedai Makan Terpaksa Sambung Buat Review Makanan Sendiri [Video]
Apa yang menjadi perhatian, cara pemilik restoran yang dikenali sebagai Syahmi memberi ulasan hidangan berkenaan sememangnya membuat orang ramai dapat membayangkan rasa sebenar makanan tersebut.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Pada masa kini, media sosial sememangnya memainkan peranan penting dalam kehidupan setiap individu.
Oleh sebab itulah, kebanyakan peniaga memilih untuk mengupah pempengaruh atau influencer membuat review dan memasarkan produk mereka.
Ini kerana kebanyakannya tahu kuasa media sosial sememangnya memberi pengaruh besar kepada orang ramai.
Pun begitu, ada segelintir influencer yang dilihat ‘gagal’ dalam menjalankan kerja mereka hingga tersasar dari apa yang dimahukan oleh peniaga.
Pemilik Sambung Buat Review Lepas Kecewa Dengan TikTokers
Kecewa dengan gaya review seorang influencer, pemilik restoran tampil menyambung review makanan miliknya sendiri.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @unclemistreetfood, kelihatan pemilik kedai makan berkenaan yang dikenali sebagai Syahmi Sadzali memberi penjelasan tentang produk jualannya.
Ini kerana cara penyampaian influncer tersebut didakwa tidak betul-betul menyatakan rasa sebenar makanan tersebut.
Malah influencer itu siap menggelarkan sos keropok lekor sebagai ‘sos abang lori’ hingga membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana rasa sebenar sos berkenaan.
“Baru-baru ini influencer review makanan saya. Dia review tu bukan bab rasa, tapi dia review tu merapu meraban.
“Rasa abang lorilah. Saya explain detail la, saya sambung review dia, keropok lekor dengan goreng pisang,” katanya.
Pemilik Restoran Review Makanan Sendiri Betul-Betul Detail
Melalui perkongsian tersebut, dapat dilihat Syahmi memberi penerangan yang terperinci tentang hidangan keropok lekor dan pisang goreng jualannya.
“Satu set yang ini RM10, ada pisang goreng 10, keropok lekor 10, kalau goreng pisang dengan sambal kicap johor, keropok lekor dengan sos dialah.
Apa yang menjadi perhatian, cara Syahmi memberi ulasan hidangan berkenaan sememangnya membuat orang ramai dapat membayangkan rasa sebenar makanan tersebut.
“Sos ini tak terlampau pekat, tak terlampau cair. Ada rasa manis sikit, pedas tu tiada. Dia sesuai untuk golongan budak-budak atau orang tua yang tak makan pedas.
“Bila kita dip (celup) dengan keropok lekor, sos dia tak likat sangat, ada certain kuah tu terlampau cair kita makan, dia macam tak melekat dengan keropok lekor,” katanya.
Sama seperti keropok lekor dan sosnya, Syahmi turut menjelaskan hidangan pisang goreng yang dimakan bersama sambal hitam termasuklah tekstur sambal dan pisang tersebut.
“Level kepedasan dia bergantung kepada orang, untuk yang ini, aku tak rekomen untuk kanak-kanak. Orang akan rasa pedas dia. Kita guna pisang abu, tepung salut rangup, bila kita kepak dia haa,” katanya sambil menunjuk tekstur pisang goreng berkenaan.
Pada masa yang sama, Syahmi turut mempersoal penggunaan nama ‘sos abang lori’ seperti yang dinyatakan oleh influencer tersebut.
“Jap nak rasa sos abang lori, aku tak tahulah abang lori rasa macam ini,” katanya.
Melalui perkongsian itu, Syahmi turut mengajak orang ramai untuk berkunjung ke kedainya yang terletak di Kantin, Gombak, Kuala Lumpur.
@unclemistreetfood Bila kita panggil utk review makan jadi ginilah..kita terpaksa SABAR..mungkin dengan cara ni dapat memeriahkan suasana dan meramaikan lagi yg datang membeli..sy sambung review dia smlm sbb ramai nk tahu rasa sos abg lori tu..jadi dlm video ni kt explain ya.. #sosrasaabglori #unclemistreetfood #LuLaparLuMari #gorengpisangmalam #keropoklekormalam #kantingombak
♬ original sound – Turn waste into wealth
Tonton video penuh [DI SINI]
Pengguna Puji Cara Review Pemilik Kedai, Anggap lagi Bagus Daripada Influencer
Video yang telah mendapat lebih 453,000 tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang memuji cara review pemilik kedai berkenaan. Mereka berpendapat itulah yang sepatutnya dilakukan oleh seorang influencer.
Ada juga yang prihatin dengan nasib pemilik restoran itu memandangkan dia telah mengeluarkan bayaran kepada pempengaruh tersebut namun hasilnya tidak memuaskan.
Pada masa yang sama, ada juga yang berseloroh mencadangkan agar Syahmi menjadikan kerja review makanan sebagai part time memandangkan gayanya lebih baik jika dibandingkan dengan influncer tersebut.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Kan Bagus Review Macam Ini, Baru Betul Review Makanan, Tengok Pun Rasa Nak Pergi Cuba”

“Abang Buat La Part Time Review Bang, Cara Abang Review Lagi Baik, Tak Payahla Panggil Review Barang Spare Part Tu”

“Abang Dah Bayar Dia, Lepas Tu Abang review Balik, So Dia Tak Function La Eh”

“Kalau Buat Review Sampai Owner Nak Kena Explain Balik, Elok Berhenti Je Jadi Kaki Review”

“Sambung Review By Owner, Tak Pernah Dibuat Orang”

Baca Artikel Berkaitan: Dituduh Review Terlalu Jujur Hingga ‘Jahanamkan’ Peniaga, Jason Tampil Beri Penjelasan [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Luah Rasa Kecewa, Makanan Tidak Sama Seperti Digambarkan Dalam Review [Video]



