Kecoh Dakwaan Adik Ipar ‘Overshadow’ Ketika Majlis Akad Nikah, Ini Respon Erissa Puteri [Video]
Menerusi satu hantaran di TikTok, Erissa yang merupakan pelakon drama bersiri SMK merasakan adik iparnya itu tidak mencuri ‘spotlight’ ketika hari bahagianya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Baru-baru ini, penyanyi dan pelakon Erissa Puteri telahpun menamatkan zaman bujang dengan jejaka pilihan Muhamad Danial Iskandar.
Pasangan dua sejoli itu telah selamat dinikahkah oleh jurunikah, Dr Adam dalam sebuah majlis yang bertemakan warna putih di The Majestic Hotel, Kuala Lumpur pada Jumaat (18 April) lalu.
Bagaimanapun, majlis pernikahan bekas peserta program Ceria Popstar Musim Kedua ini mula menjadi bualan dan kritikan ramai apabila pemakaian adik ipar Erissa didakwa lebih menonjol daripada pengantin.
Menerusi video majlis pernikahan yang tular itu, adik iparnya dilihat mengenakan selendang seperti veil pengantin dan inai putih (white henna) ketika majlis tersebut hingga ramai yang mempersoal penampilannya itu.
Veil, baju n even inai????? Gurl definitely on mission to overshadow the bride. This has to be intentional ye!!!!! No one in sane mind would dress like a bride in someone’s wedding https://t.co/Q00ynFtBSR
— wahi (@wahi_x) April 23, 2025
first i tengok gambar ni pun i pandang SIL dia dulu sebab i thought she lah bride nya🥹 https://t.co/f6VJNdUVpB pic.twitter.com/G5kgzAnWxo
— AL (@ciraplaici) April 23, 2025
Erissa puteri punya sister in law ni dah kenapa pakai veil kat wedding abang dia 😭😭😭 lepastu nak cover cakap shawl to respect the occasion? Gurl u think we were born yesterday is it?
— copia 💫 (@j3llybean__) April 23, 2025
Erissa Tampil Pertahan Adik Ipar, Tidak Rasa Adik Ipar ‘Overshadow’
Sedar dengan kritikan yang diterima, Erissa tampil mempertahankan adik iparnya.
Menerusi satu hantaran di TikTok @ erissa_puteri, pelakon drama bersiri SMK itu menjelaskan dia langsung tidak merasakan adik iparnya telah ‘overshadow’ ketika hari bahagianya itu.
“Saya langsung tidak rasa dia overshadow saya dan saya mengagumi dirinya. Saya okay dengan apa yang dia pakai,” tulis Erissa.
Tahu Tentang Pemakaian Adik Ipar Ketika Majlis Akad Nikah
Erissa yang merupakan penyanyi lagu Matahari turut mendedahkan bahawa pemakaian tetamu yang berwarna putih pada hari bahagianya merupakan keputusan dia dan suami.
Tidak hanya itu, dia juga tahu tentang pakaian yang akan dipakai oleh adik iparnya pada majlis akad nikah berkenaan.
Malah, adik kepada suaminya itu ada bertanyakan kepada Erissa tentang pakaian yang akan dipakai.
“Dia memakai selendang (veil) itu di kepala atas dasar hormat majlis. Dia juga menangis kegembiraan kerana abangnya mendirikan rumah tangga,” jelas Erissa.
Pada masa yang sama, penyanyi yang berusia 22 tahun itu turut menitipkan pesanan kepada netizen agar berhenti dari memberi komen yang negatif.

@dmzmahfuzah My heart is full , watching you step into this new chapter fills me with pride and love. Tears of joy running down my cheeks. #DanialxErissa 💍 #DElovestory
♬ Satu Shaf Dibelakangku – Arvian Dwi
Tonton video penuh [DI SINI]
Masih Ramai Yang Suarakan Rasa Tak Puas Hati, Anggap Tidak Patut Pakai Sebegitu
Perkongsian yang telah mendapat lebih 1.7 juta tontonan itu nyata menarik perhatian pengguna media sosial.
Mengintai ke ruangan komen, masih ramai yang tidak berpuas hati dan tidak dapat menerima tindakan adik ipar penyanyi tersebut.
Bagi mereka, adik iparnya itu tidak seharusnya berpakaian sedemikian seperti pengantin apatah lagi ada yang keliru untuk meneka siapakah pengantin sebenar.
Apatah lagi, sebelum ini video yang dimuat naik oleh ahli keluarga Erissa dilihat hanya memfokuskan kepada adik iparnya itu seolah-olah dia adalah pengantin memandangkan Erissa hanya muncul di penghujung video.
Ini antara komen menarik pengguna TikTok:
“Sebagai Orang Yang Tak Kenal Erissa Puteri, Saya Memang Ingat Dia (Adik Ipar) Pengantin Perempuan”

“Banyak-Banyak Hari, Waktu Kakak Ipar Kau Kahwin La Kau Nak Pakai Veil, Sorry, Still Overshadow Pengantin”

“Dia Boleh Je Fikir Sendiri, Basic Common Sense Kot”

“Tak Kira, Still Overshadow Pengantin. Dah Kenapa Siap Pakai Henna Putih & Veil Macam Tu”

“Ini Kalau Tak Kenal, Aku Ingat Dia Kahwin Dua”

Baca Artikel Berkaitan: