Dipersoal Bagi Isteri Nafkah RM2,000 Sebulan, Dr Say Tampil Beri Penjelasan [Video]
Menurut Dr Say dia tidak membenarkan isterinya untuk membeli barangan rumah menggunakan wang sendiri kecuali sekiranya dibeli tanpanya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sebelum ini, tular satu video memaparkan doktor selebriti iaitu Dr Say Shazril yang berkongsi mengenai komitmen kewangan bulanannya di sebuah podcast.
Menerusi video tersebut Dr Say telah menyenaraikan komitmen bulanannya seperti yuran sekolah anak pertama sebanyak RM6,000, rumah sewa RM5,500, gaji manager RM5,000, nafkah isteri berjumlah RM2,000, gaji orang gaji RM1,700 dan banyak lagi.
Perkongsian itu bagaimanapun mendapat perhatian ramai apabila ada yang menyoal jumlah nafkah diberikan Dr Say kepada isterinya dan beberapa komitmen lain seperti rumah.
Ada yang mengatakan jumlah nafkah diberikan itu hanya berbeza RM300 dengan gaji pembantu rumah dan menyifatkannya tidak mencukupi.
@prubsn_stars “Betul ke cukup apa yang kita ada sekarang?” Dr. Say buka cerita — dari sudut pandang seorang doktor — pasal financial stability dan komitmen bulanan. Real, jujur, dan sangat membuka mata. Kalau anda pernah tanya diri sendiri soalan ni, you need to watch this. . . #prubsn #prubsnstars #takaful #drsay #perlindungan #protection #JomBorakWithDrSay #RealTalk #PlanUntukMasaDepan #fyp
♬ original sound – PruBSN Stars – PruBSN Stars
Dr Say tampil jelaskan beri isteri nafkah RM2,000 serta sewa rumah RM5,500
Sedar ia menjadi bualan orang ramai, Dr Say kemudiannya tampil menjelaskan berhubung jumlah nafkah bernilai RM2,000 yang diberikan kepada isterinya.
Dalam video itu, Dr Say turut menjelaskan mengapa dia menyewa rumah bernilai RM5,500 pada setiap bulan.
“Pertamanya ada yang persoalkan kenapa saya sewa sampai RM5,500 sebulan,baik beli rumah sendiri. Kepada yang baru mengenali saya, saya ada beli sebuah rumah landed di Cyberjaya atas nama saya dan kami sekeluarga menetap di situ dari 2018.
“Akan tetapi Oktober 2023, kami berpindah ke Bangsar kerana terapi anak pertama kami ada di Bangsar. Jadi rumah di Cyberjaya itu saya sewakan dan mujur penyewa sewa harga sama dengan loan bank setiap bulan.
“Rumah di Bangsar ni saya bayar RM100% dan bagi saya RM5,500 tu justifiable (berpatutan) dengan perabot lengkap, teres dua tingkat, 1 kilometer dari pusat terapi anak autism kami dan rumah ini sangat strategik lokasinya,” katanya.
Akui lupa revise nafkah isteri
Menurut Dr Say bagi nafkah isteri pula, sebelum ini dia mempunyai komitmen lebih daripada RM35,000 sebulan kerana yuran terapi anak austism berjumlah RM10,000 pada setiap bulan.
“Berbalik kepada nafkah bini hanya RM2,000 sebulan. Sebelum ini komitmen saya lebih daripada RM35,000 sebulan sebab yuran terapi anak autism saya RM10,000 setiap bulan.
“Cuma baru-baru ini, anak saya graduate daripada terapinya dan saya akui, saya terlupa untuk revise nafkah yang diberi kepada bini,” jelasnya lagi.
Kata Dr Say, wang tunai yang diberikan mungkin tidak banyak namun dia tidak membenarkan isterinya membeli barangan dapur menggunakan wang sendiri kecuali jika barangan itu dibeli tanpa doktor selebriti berkenaan.
“Susu anak, lampin, makan apabila dating, hiburan anak bini, tiket penerbangan, penginapan, wang tunai apabila bercuti, saya akan pastikan saya bayar kesemuanya.
“Komitmen bini saya setiap bulan adalah pinjaman keretanya, yuran sekolah anak kedua, pinjaman ASB, insuran takaful, dan bil telefonnya. Sebab katanya itu line dia bersama ahli keluarganya dan dia larang saya daripada membayar.
“Dan sesen gaji bini saya, saya tak sentuh, kecuali bini yang bagitahu dia nak belanja atau dia nak ‘chip in’ (kongsi) di mana ini menjelaskan mengapa dia bayar pinjaman keretanya dan yuran anak kedua.”
Sifatkan duitnya adalah hak isteri dan gembira dengan perkara itu
Dr Say dalam masa sama turut menyifatkan duit isterinya adalah hak wanita berkenaan sepenuhnya. Manakala duitnya pula adalah hak isteri dan dia tidak mempunyai masalah dengan perkara itu.
Ini kerana dia sedar setiap rezeki dimiliki adalah daripada Allah yang diturunkan kepada anak serta isterinya.
Ucap terima kasih kepada yang menegur berhubung nafkah isteri
Dr Say bagaimanapun berterima kasih kepada mereka yang menegur nafkah RM2,000 tidak mencukupi serta akan cuba meningkatkannya dengan amount yang lebih tinggi.
“Sekiranya ada yang mempertikaikan kenapa komitmen tinggi. Tak mengapa, itu komitmen saya dan saya sangat gembira menanggungnya,” kata Dr Say.
@say_shazril0 Her Money Is Her Money, My Money Is Her Money, Simple.
♬ original sound – say_shazril – say_shazril
Ramai sifatkan RM2,000 untuk kegunaan peribadi isteri tidak menjadi masalah
Melihat di ruangan komen, ramai yang memuji Dr Azura kerana beruntung mempunyai Dr Say sebagai suami.
Ada juga yang menyifatkan RM2,000 adalah satu jumlah yang okay memandangkan ia digunakan sepenuhnya untuk isteri dan keperluan lain telah disediakan.
Tidak kurang juga ada yang berpendapat Dr Say sebenarnya tidak perlu membuat penjelasan mengenai perkara tersebut.
“RM2,000 untuk isteri guna secara peribadi. Yang lain semuanya Dr Say tanggung, Okay sangat dah tu. Hmmm tak tahu kenapa ada yang nak bezakan dengan maid tu”

“Saya tak faham kenapa awak perlu jelaskan. Awak jadi diri awak, ia bukan sesuatu yang orang ramai perlu komen. Awak mungkin memberi lebih pada perkara lain, ia adalah common sense. Manusia hanya suka untuk membencinya”

“RM2,000 tu duit poket je dia bagi, nafkah asas, tempat tinggal, pakaian, barang dapur semua dah selesai.”
