fbpx
Now Reading
“Amat mengecewakan” – Ini Respon Menteri Perpaduan Negara Selepas Tular Dakwaan Guru Terima Mesej Perkauman

“Amat mengecewakan” – Ini Respon Menteri Perpaduan Negara Selepas Tular Dakwaan Guru Terima Mesej Perkauman

Aaron menggesa agar pihak syarikat penghantaran mengambil tindakan disiplin yang tegas serta memperketat garis panduan tatakelakuan pekerja mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sejak belakangan ini, ada sahaja isu atau insiden yang dilihat boleh menggugat keharmonian dan perpaduan negara.

Terbaharu, timbul pula insiden seorang guru wanita dari Machang Bubok, Seberang Perai Tengah, Pulau Pinang yang membuat laporan polis selepas menerima mesej penghinaan dan berbaur perkauman dari seorang penghantar makanan.

Mangsa mendakwa mesej itu diterima pada 4.40 petang Ahad (20 April) lalu selepas dia bertanyakan status tempahannya kepada rider berkenaan.

Penghantar makanan itu didakwa menghantar mesej ‘Oii sampai. Tak mau ambik makanan jangan order puk*m*k Hindu”.

Insiden itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial termasuklah Menteri Perpaduan, Datuk Aaron Ago Dagang.

Menteri Perpaduan Anggap Insiden Mengecewakan, Boleh Gugat Keharmonian Kaum

Jelas Aaron dalam satu kenyataan, kejadian itu amat mengecewakan dan pihaknya memandang serius isu berkenaan yang bukan sahaja mencemar kesopanan dan kesusilaan malah boleh menggugat keharmonian antara kaum.

“Tindakan seperti ini tidak boleh diterima sama sekali dan wajar dikenakan tindakan undang-undang sewajarnya,” katanya.

Gesa Pihak Syarikat Penghantaran Ambil Tindakan Tegas Kepada Penghantar Makanan

Pada masa yang sama, Aaron menggesa agar pihak syarikat penghantaran mengambil tindakan disiplin yang tegas serta memperketat garis panduan tatakelakuan pekerja mereka.

“Kementerian juga ingin menyeru semua rakyat Malaysia agar sentiasa memupuk sikap saling menghormati dan memahami antara satu sama lain.

“Tidak ada tempat dalam negara ini untuk sebarang bentuk diskriminasi, kebencian atau perkauman.

“Saya percaya bahawa insiden ini adalah tindakan individu dan bukan gambaran masyarakat secara keseluruhan. Namun, kita semua bertanggungjawab untuk membina negara yang lebih inklusif, aman dan bersatu,” katanya.

Grab Malaysia Sekat Akaun Penghantar Makanan Serta-Merta & Jalankan Siasatan

Memetik Sinar Harian, syarikat perkhidmatan e-hailing, Grab Malaysia telah menyekat akaun penghantar makanan tersebut secara serta-merta.

Jelas Grab, pihaknya kini sedang menjalankan siasatan susulan daripada aduan berhubung penggunaan bahasa kesat serta berunsur diskriminasi.

Tindakan tegas itu diambil sebaik sahaja maklumat berhubung kejadian berkenaan diterima daripada pelanggan yang terlibat.

“Terima kasih kerana memaklumkan perkara ini kepada kami. Sila ambil maklum bahawa akaun pemandu tersebut telah disekat dan kini sedang dalam siasatan,” kata mereka.

Grab berkata demikian sewaktu membalas komen pengadu berkenaan di Facebook.

Grab Tidak Bertolak Ansur Sebarang Diskriminasi

Pada masa yang sama, syarikat penghantaran itu menegaskan bahawa mereka tidak bertolak ansur dengan sebarang unsur bahasa kesat atau diskriminasi.

“Tindakan yang sewajarnya akan diambil. Kami amat menghargai kesabaran dan kefahaman anda sementara siasatan dijalankan,” ujarnya.

Dalam pada itu, polis sudahpun membuka kertas siasatan berhubung isu berkenaan.

Menurut Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah Helmi Aris, siasatan lanjut berhubung kes itu sedang giat dijalankan.

“Pihak polis telah membuka kertas siasatan dan kes disiasat di bawah Seksyen 298 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” katanya dipetik Bernama.

Terdahulu, tular tangkap layar mesej berbaur penghinaan dan perkauman yang dihantar oleh seorang penghantar makanan menerusi ciri sembang dalaman aplikasi tersebut.

Guru wanita mendakwa pada mulanya dia menerima notifikasi awal yang memaklumkan penghantar makanan telah sampai ke restoran.

Walau bagaimanapun, selepas tidak menerima pesanan mengikut masa yang ditetapkan, dia telah menghantar mesej kepada penghantar makanan itu tentang status penghantaran makanan tersebut.

Penghantar makanan itu kemudiannya menjawab ‘ni ada bawah’ kepada guru berkenaan.

Ketika mangsa sedang dalam perjalanan menuju ke tingkat bawah pangsapuri itu, dia didakwa menerima mesej berbaur penghinaan dan diskriminasi.

Baca Artikel Berkaitan: Penjual Jagung Tampal Notis Berbaur Perkauman Sudah Minta Maaf – Menteri Perpaduan Negara

Baca Artikel Berkaitan: Video George Town Festival 2024: Jangan Jadikan Ia Satu Isu Perkauman – Timbalan Menteri Komunikasi

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.