3 Kanak-Kanak Didakwa Ceroboh Rumah & Sebabkan Anak Kucing Mati Digigit Anjing
Dalam video rakaman litar tertutup yang dikongsikan, kelihatan tiga kanak-kanak berkenaan meletakkan kucing di celah pintu kecil rumah tersebut sebelum anjing terbabit mengigitnya sehingga mati.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sifat sayang, hormat-menghormati, empati dan ihsan terhadap binatang perlulah diterapkan kepada setiap individu sejak dari kecil lagi.
Malah perkara ini akan mendidik mereka untuk sentiasa peka dengan keadaan sekeliling dan berusaha untuk menyelamatkan haiwan daripada berada dalam keadaan bahaya.
Sekiranya sikap kasih sayang dan empati ini tidak diterapkan kepada kanak-kanak perkara ini akan membuatkan mereka melakukan sesuatu hal yang tidak baik kepada haiwan tanpa berfikir panjang.
Tular video 3 kanak-kanak didakwa masuk rumah wanita tanpa kebenaran
Terbaharu, seorang wanita mendakwa terdapat tiga orang kanak-kanak telah memasuki rumahnya dan melakukan tindakan kejam terhadap seekor anak kucing.
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh wanita terbabit di Facebook, katanya tiga orang kanak-kanak itu telah memanjat untuk masuk ke dalam rumahnya tanpa kebenaran.
“3 kanak-kanak ini masuk ke rumah saya tanpa kebenaran dan meletakkan anak kucing malang itu di celah pintu kecil saya dan membiarkan anjing saya menggigitnya sehingga mati,” dakwanya.
Dalam hantaran tersebut, wanita itu turut berkongsi beberapa rakaman litar tertutup (CCTV) di rumahnya memaparkan tindakan tiga orang kanak-kanak itu.
Turut bawa anak kucing dan letak dicelah pintu sebelum digigit anjing hingga mati
Pada mulanya kelihatan seorang kanak-kanak memakai baju berwarna merah telah mendukung anak kucing berkenaan dan membawanya ke pintu kecil rumah wanita itu.
Sebaik berada di depan pintu tersebut, kelihatan dua ekor anjing berwarna putih turut berada di pintu terbabit. Tidak lama selepas itu dia memberikan anak kucing itu kepada seorang rakannya yang memakai baju kuning.
Kelihatan kanak-kanak itu mengendong kucing berkenaan sebelum mereka meletakkan haiwan itu di celah pintu sebelum digigit oleh anjing tersebut.
Panjat tembok untuk masuk ke rumah wanita berkenaan
Dalam dua lagi rakaman CCTV yang dikongsikan turut kelihatan kanak-kanak itu telah memasuki kawasan laman wanita berkenaan dengan memanjat tembok berdekatan pintu kecil.
Mereka juga dilihat memanjat tembok untuk keluar daripada kawasan rumah dengan menggunakan sebuah kerusi yang ada di kawasan laman.
Video CCTV itu turut dikongsikan oleh penyanyi rap, Caprice di Instagram miliknya selepas dikongsikan oleh pengguna media sosial.
Ramai berang dengan tindakan kanak-kanak terbabit
Melihat di ruangan komen ramai yang menyifatkan tindakan kanak-kanak tersebut adalah tidak wajar kerana dengan sengaja membiarkan anak kucing digigit oleh anjing sehingga mati.
Tidak kurang juga ada yang meminta wanita tersebut untuk membuat laporan kepada pihak polis berhubung isu tersebut.
Sekiranya terlihat sebarang penderaan haiwan, anda boleh membuat aduan atau melaporkan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar di sini.
“Mohon pemilik CCTV laporkan jenayah ini kepada PDRM..”

“Pemilik (cctv) tolong buat laporan, Bagi budak-budak ni rasa. Ni bukan nakal…”

“Budak mana lah ni, adui. Kesian kucing tu”




