Tular Pemuda Rakam Wanita Mengandung Di Pasaraya, Pakar Mental Perjelas Apa Itu Maiesiophilia [Video]
Menerusi video tersebut, lelaki berkenaan turut menjelaskan sistem dopamin individu yang mengalami masalah maiesiophilia ini telah di ‘hijack’ di mana otak mencari rangsangan tanpa kawalan minda rasional.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sebelum ini, tular satu video di media sosial memaparkan tindakan seorang lelaki yang didakwa merakam video seorang wanita sewaktu berada di sebuah pasaraya di Seremban, Negeri Sembilan.
Perkara itu mula terbongkar selepas wanita tersebut dan suaminya berdepan dengan lelaki berkenaan dan menyemak telefon bimbit pemuda berkenaan.
Lebih menjadi perhatian, lelaki itu turut mempunyai stok rakaman membabitkan ibu mengandung dan juga wanita berpurdah di dalam telefon bimbitnya.
BACA ARTIKEL BERKAITAN: Pemuda Kantoi Rakam Wanita Di Pusat Beli-Belah, Didakwa Simpan Banyak Stok Video Puaskan Nafsu
Lelaki jelaskan apa itu Maiesiophilia
Terbaharu, seorang pakar kesihatan mental yang juga Pengasas Mental Kuat Centre, Amirul Ramli telah tampil menjelaskan mengenai fetish (keinginan) ‘Maiesiophilia’.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok, katanya maiesiophilia merupakan satu kondisi di mana seseorang mempunyai desakan seksual yang tinggi kepada wanita yang hamil.
“Bila dah masuk tahap ketagihan itu maksudnya bahagian ‘nucleus accumbens’ bermasalah. Hyperactive (terlalu aktif) dalam mencari sesuatu yang memberikan kenikmatan sampai pergi pusat membeli-belah tu,” katanya.
Individu alami maiesiophilia mempunyai sistem dopamin yang sudah terjejas
Amirul turut menjelaskan sistem dopamin mereka yang mengalami masalah maiesiophilia ini juga telah di ‘hijack’ di mana otak mencari rangsangan tanpa kawalan minda rasional iaitu rasa ghairah terhadap ibu mengandung.
“Kehendak seksual berbanding dengan penyalahgunaan bahan mungkin agak mencabar sikitlah sebab ‘substance abuse’ (penyalahgunaan) ni daripada luar. Kehendak seksual pula internal desire (keinginan dalaman).”
Amirul turut menasihatkan sesiapa yang mengalami masalah berkenaan untuk tidak membiarkan perkara itu tanpa kawalan. Ini kerana semakin lama ia akan membuatkan intensiti (keinginan) kehendak itu semakin kuat sehingga berisiko boleh melibatkan diri di dalam jenayah.
@amirul.ramli Seorang lelaki melakukan aktiviti tidak bermoral mengambil video wanita mengandung dalam kejadian sebuah pasar raya di Seremban.
♬ original sound – AmirulRamli | MentalHealth – AmirulRamli | MentalHealth
Ramai yang baru tahu masalah maiesiophilia
Melihat di ruangan komen, ramai yang baru mengetahui mengenai masalah maiesiophilia ini.
Malah ada juga yang menyuarakan pendapat mereka kurang bersetuju apabila ada yang menyalahkan pakaian sebagai punca perkara itu berlaku.
Namun ada juga yang menasihati agar wanita tidak memakai pakaian yang boleh memperlihatkan bentuk badan atau perut apabila berada di luar disebabkan tidak mengetahui jenis individu yang bakal dijumpai ketika berada di luar.
Tidak kurang juga ada yang takut apabila memikirkan wujudnya individu dengan masalah tersebut.
Ada juga yang mendoakan agar individu yang mengalami masalah tersebut mendapatkan rawatan yang sepatutnya serta sembuh dari perkara berkenaan.
Memetik La Mamma, ibu mengandung disarankan untuk sentiasa memastikan keadaan sekeliling bagi mengelakkan menjadi mangsa golongan maiesiophilia.
Selain itu, mereka juga disarankan agar tidak memuat naik gambar ‘baby bump’ di media sosial.
Berikut adalah komen netizen:
“Nasihat untuk wanita, jangan pakai baju ketat-ketat dan yang mengandung jangan sampai nampak sangat baby bump (perut) yang sakit ni memang sakit. Kita pun kena lah jaga juga, jangan jadi mangsa (bukan salahkan mangsa tapi berhati-hati je)”

“Sumpah lah aku geram dengan orang komen pasal pakaian wanita ni. Kalau dah lelaki tu fetish (kesukaan) nya macam tu, kau pakai lah apa pun, tetap dia rakam juga”

“Kiranya macam satu penyakit lah ya”

“Kena pergi klinik kesihatan atau hospital. Dekat hospital ada bahagian klinik ketagihan. Kena jumap psikiatri ni. Kesian muda lagi, moga anak ini diberi hidayah dan petunjuk, semoga sembuh”




