“Saya Tak Cakap Mewakili Kerajaan” – Anthony Loke Ulas Tentang Pemberian Cenderahati Kepada Presiden China
Anthony Loke menjelaskan plak naga yang merupakan barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor adalah tanda penghargaan dan tidak patut diperbesarkan.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar beberapa hari lalu, kecoh di media sosial tentang tindakan Menteri Pengangkutan, Anthony Loke Siew Fook yang didakwa memberi plak kepada Presiden China, Xi Jinping di pintu belakang.
Ia mula mendapat perhatian apabila detik pemberian tersebut dikongsikan oleh Timbalan Menteri Komunikasi, Teo Nie Ching yang mendakwa Anthony Loke mewakili DAP untuk memberi plak kenang-kenangan.
Perbuatannya itu nyata mendapat perhatian ramai hingga mengundang persoalan kepada rata-rata yang melihat apatah lagi ia dilihat dilakukan tanpa sebarang protokol rasmi.
Namun, Ahli Parlimen Seremban itu menjelaskan pemberian cenderamata tersebut adalah di tempat letak kereta bawah tanah demi keselamatan individu kedua paling berpengaruh di dunia itu.
Baca Artikel Berkaitan: Dikritik Bagi Cenderahati Pada Presiden China Dekat Pintu Belakang, Ini Respon Anthony Loke
Cenderahati Adalah Pemberian Peribadi, Saya Tak Cakap Mewakili Kerajaan – Loke
Terbaharu, Anthony Loke sekali lagi tampil memberi respon mengenai isu pemberian plak kepada Xi Jinping.
Jelasnya, cenderahati ukiran naga itu merupakan pemberian peribadi dan bukanlah mewakili kerajaan.
“Itu (cenderahati) adalah hadiah peribadi (kepada Xi), saya tak cakap mewakili kerajaan,” katanya yang dipetik daripada Harian Metro.
Malah, dia yang juga merupakan Setiausaha Agung DAP menjelaskan plak naga berkenaan merupakan barangan buatan Malaysia daripada Royal Selangor dan ia adalah tanda penghargaan dan tidak sepatutya diperbesarkan.
Ukiran Naga Simbol Kekuatan, Kebijaksanaan Serta Persahabatan Budaya Cina
Terdahulu, Anthony Loke telah menyampaikan cenderahati yang mempunyai ukiran bentuk naga hasil buatan Royal Selangor.
Jelas Anthony Loke menerusi hantaran di Facebook, pemberian itu adalah sebagai tanda kenangan atas lawatan bersejarah.
Malah, simbol naga itu pula melambangkan kekuatan, kebijaksaan dan persahabatan dalam budaya Cina.
Selesai menjalankan tugas rasmi sebagai Menteri Pengiring sempena lawatan negara oleh Presiden Republik Rakyat China,…
Posted by Anthony Loke Siew Fook on Wednesday 16 April 2025
Namun, tindakannya itu menjadi perhatian ramai hingga ada yang mempersoal adakah Yang di-Pertuan Agong (YDPA), Sultan Ibrahim dan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim mengetahui dan memberi kelulusan pemberian plak tersebut.
Malah, wanita yang mempersoalkan tindakan Anthony Loke itu berpendapat ia dianggap menyalah guna kuasa sekiranya tiada kelulusan daripada Sultan Ibrahim dan Anwar.
@insightkaka 你以为只是送个纪念品 但一条五爪金龙 背后牵动的是身份是立场也是尊严 不是攻击谁 只是问 你代表谁送的 送的东西 是什么象征 有没有国家授权 有没有意识到这行为在国际上怎么看 Saya bukan mahu tuduh sesiapa Tapi adakah langkah rasmi diambil Adakah simbol itu dihantar atas nama siapa Rakyat atau parti Negara atau peribadi #外交行为 #国家代表 #理性分析 #五爪金龙 #送礼事件 #公共责任 #tiktokMalaysia #isuawam #politikMalaysia #fypmalaysia #berbincang #咔咔观点
♬ Piano Emotional – Raw Vibrations
Baca Artikel Berkaitan: “Bukan Nak Susahkan Rakyat” – Lelaki Kongsi Sebab Jalan Ditutup Ketika Kunjungan Presiden China [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Presiden China Mulakan Lawatan Di Malaysia Bermula Esok, Bincang Kerjasama 2 Hala
Baca Artikel Berkaitan: HOS TV AS Sindir Kunjungan Presiden China Ke Malaysia, Gelar ‘Malays’ Tiada Duit [Video]



