fbpx
Now Reading
Penyewa Jual Set Meja Makan Tuan Rumah Kerana Mahu Konsep Minimalist Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Penyewa Jual Set Meja Makan Tuan Rumah Kerana Mahu Konsep Minimalist Undang Pelbagai Reaksi [Video]

Kongsi tuan rumah itu, meja makan berkenaan dibeli dengan harga RM1,000 di sebuah kedai perabot terkemuka namun penyewa menjualnya semula hanya dengan harga RM300.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Bila bercakap tentang rumah sewa, ada kediaman yang sudah dilengkapi dengan perabot bermula dari ruang tamu sehinggalah ke bahagian dapur.

Namun, ada juga rumah yang hanya dilengkapi sebahagian perabot berkenaan dan selebihnya penyewa perlu membawa sendiri barang mereka.

Sebagai penyewa, sudah pastilah barang yang bukan milik mereka sendiri perlu diguna sebaiknya dan dijaga rapi memandangkan ia disediakan oleh tuan rumah.

Malah, jika berlaku kerosakan atau penyewa mahu membuat sebarang perubahan, mereka seharusnya memaklumkan kepada pemilik barangan tersebut.

Penyewa Jual Set Meja Makan Tuan Rumah, Mahu Konsep Minimalist

Namun, berbeza pula dengan seorang penyewa ini yang dilihat selamba menjual perabot milik tuan rumah yang disewa.

Menerusi video yang dikongsikan oleh tuan rumah berkenaan di TikTok @myszmiza, dia sedang mencari set meja makan yang sama seperti dalam gambar yang dikongsikan.

Dakwa wanita itu, penyewanya telah menjual set meja makan tersebut dan menukarkannya dengan meja makan sendiri.

Difahamkan, tindakan penyewa itu berbuat sedemikian kerana mahu menggayakan rumah dengan konsep ‘minimalist’.

“Bagi sewa pada orang, tahu-tahu dia nak pergi jual dining set kitaorang, then tukar dengan meja makan diorang beli sendiri dengan alasan nak rumah minimalist,” tulisnya pada video berkenaan.

Lebih menyedihkan, dia baru sahaja bercadang mahu menukar kerusi meja makan tersebut namun tidak dapat berbuat demikian dek kerana tindakan penyewa terbabit.

Tuan Rumah Beli Set Meja Makan RM1,000, Penyewa Jual RM300

Apa yang turut menjadi perhatian adalah meja makan itu dibeli dengan harga RM1,000 di sebuah kedai perabot terkemuka.

Namun, penyewa berkenaan hanya menjualnya dengan harga jauh lebih murah iaitu RM300.

Kecewa dengan tindakan penyewa berkenaan, wanita itu menetapkan mahu menolak deposit sebanyak RM700.

“Aku tetap nak tolak caj deposit RM700 aku beli harga RM1,000. Dia kata dia dapat jual RM300 je.

“Sekarang dia minta diskaun RM500. Aku cakap ‘tak’. Ini bukan tentang duit, ini tentang ‘jangan suka hati jual barang owner’,” kongsinya lagi.

Penyewa Dakwa Kerusi Meja Makan Tuan Rumah Tak Boleh Sidai Tuala, Dakwa Terlupa Maklum

Menerusi hantaran berasingan, wanita berkenaan berkongsi tangkap layar perbualan WhatsApp bersama suaminya tentang penyewa itu.

Dakwa suami wanita berkenaan, alasan lain yang diberitahu oleh penyewa adalah kerana tiada kerusi yang boleh dijadikan tempat untuk menggantung tuala.

Malah, penyewa itu didakwa terlupa untuk memaklumkan kepada tuan rumah tentang hal berkenaan.

Difahamkan, bulan ini adalah bulan terakhir penyewa berkenaan menyewa kediamannya.

@myszmiza

Replying to @Atiqahailuddin98 tolong fikirkan untuk saya…. Dengan alasan dia yg x munasabah tu. Sakit hati tu sampai hari ni masih rasa lagi.. 😩

♬ ind – chraishnov

Tonton Video Penuh [DI SINI]

Ramai Geram Dengan Tindakan Penyewa, Ada Yang Bagi Nasihat Agar Tuan Rumah Berhati-Hati

Video yang telah mendapat lebih 175,000 tontonan itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial.

Mengintai ke ruangan komen, majoritinya meluahkan rasa geram dengan tindakan penyewa berkenaan.

Mereka berpendapat penyewa itu seharusnya memaklumkan kepada owner terlebih dahulu sebelum melakukan sesuatu terhadap barangan yang bukan milik mereka.

Tidak hanya itu, ada segelintir yang menasihatkan pengguna berkenaan agar membuat perjanjian dengan penyewa terbabit bagi mengelakkan perkara yang sama dari berulang.

Ini antara komen menarik pengguna TikTok:

“Takutnya Penyewa Sekarang, Boleh Pula Dijualnya Kemudahan Yang Tuan Rumah Sediakan”

“Sedap Dia Je Nak Jual, Saya Nak Tukar Coffee Table Pun Tanya Owner”

“Halau Je Kak Penyewa Macam tu, Mula-Mula Meja, Lepas Tu Barang Lain Pula Dijual”

“Mahal Meja Sis Tu, Suruh Penyewa Ganti Balik Atau Cari Balik Meja Macam Tu”

“Dia Nak Makan Duit Awak Sebenarnya Tu, Meja Awal Jual Mahal, Dia Ganti Baru Yang Lagi Murah”

Baca Artikel Berkaitan: “Remuk Hati Tengok”- Individu Kecewa,Rumah Rosak Selepas Penyewa Jadikan Sarang Bitcoin [Video]

Baca Artikel Berkaitan: “Penghuni Dari Neraka” – Tuan Rumah Kecewa Terpaksa Tanggung Kos RM6,000 Dek Sikap Pengotor Penyewa

Baca Artikel Berkaitan: Takut Dapat Penyewa Dari Neraka? Ini 5 Tips Buat Tuan Rumah Dalam Memilih Penyewa

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.