fbpx
Now Reading
Orang Dah Bagi Barang Tapi Kemudian Tak Halalkan Pula, Boleh Ke Guna Lagi? Ini Penjelasannya

Orang Dah Bagi Barang Tapi Kemudian Tak Halalkan Pula, Boleh Ke Guna Lagi? Ini Penjelasannya

Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, sekiranya si pemberi menyatakan ‘Aku tidak menghalalkan pemberian’, ungkapan tersebut telah dianggap sebagai perbuatan mengungkit pemberian dan menyakiti perasaan si penerima.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kebanyakan individu kebiasaannya dengan rela hati dan ikhlas akan memberikan sesuatu tidak kira barang atau hadiah kepada insan yang baik dengan mereka.

Barang yang diberi pula kadangkala merupakan barang berharga seperti wang ringgit atau makanan.

Namun, mungkin ada yang pernah berhadapan dengan situasi di mana individu yang memberi itu kemudiannya tidak menghalalkan apa yang diberi.

Lazimnya keadaan sebegitu terjadi apabila berlakunya perselisihan faham atau pertengkaran.

Pernah tak anda terfikir hukum menggunakan hadiah atau barang pemberian seseorang selepas si pemberi tidak menghalalkannya?

Barang Telah Jadi Hak Milik Penerima Sepenuhnya

Boleh dan tiada sebarang masalah! Menurut Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, penerima masih boleh menggunakan barang tersebut walaupun tidak dihalalkan oleh si pemberi.

Ini kerana suatu sedekah atau hibah sama ada dalam bentuk wang, barang atau makanan telah menjadi hak milik sepenuhnya penerima.

“Sementara itu, pemberi pula sudah kehilangan hak miliknya terhadap wang yang diberi itu.

“Oleh itu, pemberi tiada kuasa untuk tidak menghalalkan pemberian tersebut, bahkan ia boleh dianggap seperti perbuatan meminta semula pemberian,” kata mereka.

Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan memberi penjelasan tersebut ketika ditanya oleh seorang individu tentang status pemberian wang yang diberi kakaknya namun tidak dihalalkan.

Ada Hadis Larang Pemberi Mengungkit Pemberian

Malah, terdapat hadis yang melarang seorang pemberi mengungkit pemberian yang telah dibuat.

Rasulullah SAW bersabda:
“Kita tidak melakukan perbuatan yang buruk itu iaitu mereka yang meminta semula pemberian (hibah) samalah seperti anjing yang menelan semula muntahnya.”
(Hadis Riwayat Al-Bukhari)

“Nabi Muhammad SAW bersabda: ‘Tidak halal bagi seorang lelaki memberi sesuatu pemberian kemudian dia memintanya semula kecuali bapa meminta semula apa yang diberikan kepada anaknya. Misalan bagi orang yang memberikan sesuatu pemberian dan memintanya semula adalah sama seperti seekor anjing yang makan hingga kenyang lalu ia muntah, kemudian ia memakan semula muntahnya.’ (Hadis Riwayat Abu Daud dan At-Tirmizi),” terang mereka.

Ungkapan ‘Tidak Halalkan Pemberian’ Termasuk Dalam Perbuatan Mengungkit

Jelas mereka lagi, sekiranya si pemberi menyatakan ‘Aku tidak menghalalkan pemberian’, ungkapan tersebut telah dianggap sebagai perbuatan mengungkit pemberian dan menyakiti perasaan si penerima.

Malah, perbuatan tersebut diharamkan dan boleh meluputkan pahala sedekah jariah.

“Pemberi tiada hak untuk tidak menghalalkan pemberian itu dan penerima pula tidak wajib memulangkan semula apa yang sudah diberikan kepadanya,” jelas mereka lagi.

IRSYAD HUKUM SIRI KE-897: BOLEHKAH TIDAK MENGHALALKAN PEMBERIAN YANG SUDAH DIBERI …

Posted by Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan on Tuesday 22 April 2025

Baca Artikel Berkaitan: Apa Hukum Jika Tak Maafkan Orang Lain? Ini Penjelasan Mufti Perlis [Video]

Baca Artikel Berkaitan: UAI Dedah Haram Hukumnya Jika Bawa Balik Makanan Berlebihan Dari Masjid Tanpa Minta Izin

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.