fbpx
Now Reading
Lelaki Jepun Degil Duduk Di Koc Wanita LRT, Didakwa Siap Ejek Penumpang Lain Lepas Ditegur

Lelaki Jepun Degil Duduk Di Koc Wanita LRT, Didakwa Siap Ejek Penumpang Lain Lepas Ditegur

Menurut penumpang LRT dikenali sebagai Farah, lelaki warga Jepun itu enggan bergerak dari koc wanita dan berpura-pura tidak dengar setiap kali ditegur.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Kes gangguan seksual dilihat semakin membimbangkan dalam negara. Individu tidak bertanggungjawab ini bukan sahaja menyasarkan golongan wanita di tempat sunyi malah tempat terbuka seperti di dalam kereta api juga tidak terkecuali.

Seperti pada tahun 2023 lalu, seorang wanita mendakwa dirinya telah dirakam oleh orang tidak dikenali di dalam tren MRT. Wanita berkenaan turut menunjukkan wajah lelaki yang ketika itu sedang duduk dihadapannya sambil memegang telefon bimbit.

Dakwa penumpang terbabit, lelaki itu telah merakam dari atas hingga bawah tubuhnya yang sekaligus membuatkan wanita tersebut tidak selesa.

Oleh disebabkan kes sebegini, pihak berkuasa telah mewujudkan koc yang dikhaskan buat kaum Hawa bagi menjamin keselamatan golongan itu.

Baca Artikel Berkaitan: PDRM Minta Wanita Dakwa Dirakam, Jadi Mangsa Gangguan Seksual Buat Laporan

Lelaki Jepun Tak Mahu Beralih Dari Koc Wanita LRT

Baru-baru ini, tular satu hantaran di laman Threads apabila seorang wanita dikenali sebagai Farah (@cikfarahgodek2) berkongsi situasi yang berlaku di dalam LRT.

Menurut Farah, dia pada awalnya telah menegur seorang lelaki Bangladesh yang sedang duduk di koc wanita untuk beralih dari tempat itu. Lelaki itu bagaimanapun meminta maaf dan segera berpindah ke koc biasa.

Tidak lama selepas itu, datang pula seorang lelaki warga Jepun yang melakukan aksi sama. Namun kali ini, lelaki itu dikatakan masih berdegil untuk duduk di koc wanita meskipun sudah ditegur oleh Farah.

Lebih parah apabila lelaki itu didakwa sengaja berpura-pura tidak dengar apabila dipanggil banyak kali.

“‘Excuse me sir, this is ladies coach’. Kau tahu apa dia buat? Dia pandang sebelah kiri ibarat dia tak nak dengar apa aku cakap sambil membebel ‘no no no’. Sumpah kelakar sebab kali pertama jumpa Karen jantan Jepun,” ujar wanita itu.

Wanita Dakwa Lelaki Jepun Ejek Bahasa Inggerisnya

Dakwa Farah lagi, lelaki itu juga sempat memperlekehkan bahasa Inggeris yang digunakannya untuk berkomunikasi.

“Tahu si Jepun ni cakap apa lagi? ‘Ahh talking English stupid’. Diejeknya aku,” dakwa Farah.

Lelaki Jepun itu bagaimanapun telah dihalau oleh polis bantuan ke koc biasa selepas tiba di stesen seterusnya. Jelas wanita itu, lelaki berkenaan dilihat cuak seolah-olah panik dan takut jika ditahan oleh pihak berkuasa.

View on Threads

Ramai Minta Penumpang Teruskan Menegur Lelaki Yang Duduk Di Dalam Koc Wanita

Menjengah ke ruangan balas, rata-rata orang ramai memuji tindakan Farah yang pantas menegur lelaki Jepun itu.

“Setuju ditegur, teruskan. Beberapa bulan lalu, satu tegur lelaki warga asing. Walaupun koc memang sesak waktu tu, dia patuh dan cuba bergerak ke koc lain,” ujar seorang pengguna Threads.

Sementara itu, seorang wanita yang baru sahaja balik melancong dari Jepun berkongsi pengalamannya menggunakan tren di sana.

“Saya baru balik daripada bercuti di Jepun. Kalau korang nak tahu, Jepun pun ada koc wanita tetapi dekat sana mereka tak kisah pun.

“Wanita atau tak masuk je koc yang sama. Jadi saya rasa lelaki tu fikir di Malaysia pun sama sebab tu lah dia tak pindah koc lain,” jelas wanita berkenaan.

Sumber: Threads (@cikfarahgodek2)

Hubungi Talian Bantuan Rapid KL Jika Golongan Lelaki Degil Duduk Dalam Koc Wanita

Sebelum ini, situasi lebih kurang sama pernah terjadi apabila seorang wanita tampil menegur individu lelaki yang berada di kawasan koc wanita dalam MRT. Kedengaran juga wanita itu sedang menjelaskan mengenai golongan lelaki yang tidak boleh duduk di koc tersebut.

Lelaki itu bagaimanapun bertindak mencabar dan menengking penumpang yang menegurnya.

Baca Artikel Berkaitan: [Video] Lelaki Berang Ditegur Kerana Berada Di Koc Wanita Dalam MRT

Untuk info, anda boleh menghubungi talian bantuan Rapid KL iaitu 03-7885 2585, saluran media sosial, atau e-mel suggest@rapidkl.com.my sekiranya perkara sebegitu berlaku.

Selain itu, penumpang juga boleh menghubungi talian Telenita 016-2374221 atau 016-2284221 jika berdepan dengan sebarang gangguan seksual di dalam tren.

Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Suka Ceroboh Koc Wanita Mungkin Berdepan Tindakan Undang-Undang & Denda

Baca Artikel Berkaitan: [Video] “Selamba Je Masuk” – Pengguna Kesal Ada Lelaki Duduk Dalam Koc Wanita MRT

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.