fbpx
Now Reading
Lelaki Bimbang Ibu Tak Angkat Call, Rupanya Pergi Memancing Dengan Geng [Video]

Lelaki Bimbang Ibu Tak Angkat Call, Rupanya Pergi Memancing Dengan Geng [Video]

Menerusi video yang dikongsikan kelihatan si ibu begitu gembira memancing bersama rakan-rakannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Setiap yang bergelar anak pastinya akan prihatin dan mengambil tahu dengan keadaan ibu bapa mereka khususnya jika mereka sudah meniti usia emas.

Oleh itu, tidak hairanlah jika ada kebanyakan dari kita yang akan sentiasa bertanya di manakah keberadaan mereka, sudah makan atau belum dan sebagainya.

Malah ada juga yang kerap menghubungi ibu bapa untuk mengetahui keadaan mereka di rumah meskipun sering berjumpa.

Lelaki bimbang cuba hubungi dn mesej ibu namun tidak berjawab

Perkara sama turut dilakukan oleh seorang lelaki ini apabila dia cuba menghubungi ibunya namun tidak berjaya.

Menerusi video yang dikongsikan oleh Didiey Iswadiey di TikTok, selain membuat panggilan dia turut cuba menghubungi ibunya dengan memberikan mesej namun kedua-duanya tidak berjawab.

Perkara sebegini secara tidak langsung membuatkan Didiey mula bimbang akan keadaan ibunya dan berfikir bermacam-macam kemungkinan yang boleh berlaku.

“Call mak tak berjawab, mesej tak berbalas. Mak tak pernah macam ni. Dalam kepala dah mula fikir macam-macam. Tanya jiran semua cakap tak tahu,” katanya.

Naik kereta untuk cari ibu

Dia kemudian dilihat menaiki kereta untuk mencari si ibu kerana bimbang jika ada perkara yang berlaku.

“Jumpa motor mak tersadai tepi jalan dekat kampung sebelah. Allahu mak. Ya Allah, lindungilah mak.”

Rupanya ibu pergi memancing dengan geng di tepi sawah

Namun apa yang menjadi perhatian, sebaik dia memberhentikan kenderaan dan mencari ibunya kelihatan si ibu sedang seronok memancing bersama kawan-kawannya di tepi bendang.

Ketika si anak memanggil ibunya, kedengaran suara wanita itu begitu gembira sambil melambai-lambai ke arah Didiey.

“Astaghfirullahalazim, Mekyah (ibu). Main apa? Allahu rabbi, Subhanallah dia pergi memancing.

“Lailahailallah, ingatkan sorang siap ada geng ni. Telefon tak angkat, mesej tak balas, duduk sini rupanya,” ujar si anak kepada ibunya.

Kelihatan si ibu dan rakan-rakannya hanya tertawa apabila melihat gelagat Didiey.

Namun kata Didiey apa yang penting adalah ibunya berjaya membawa hasil ikan sewaktu memancing.

“Yang penting mak tak kumpaw (tak dapat ikan).”

Ramai terhibur lihat gelagat si ibu dan rakannya

Melihat di ruangan komen, ramai yang terhibur melihat gelagat ibu Didiey pergi memancing bersama rakan-rakannya.

Tidak kurang juga ada yang berkongsi berdepan situasi sama seperti bimbang apabila ibu bapa tidak menjawab panggilan mereka.

Ada juga menyifatkan ibu Didiey comel kerana reaksi melambai-lambai apabila si anak memanggilnya.

“Mak dia siap jerit ‘Sayanggggggg!'”
“Rotan mana bang rotan. bawak sekali buat macam dulu masa abang kecik”
“Jangan dibiarkan bang, tu nanti hari-hari dia pergi. Jadi ketagih”
“Comel je mak sebut ‘sayang’ siap lambai-lambai lagi”
View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.