“Geli Tekak Aku” – Wanita Luah Rasa Kecewa, Daun Pisang Balut Pulut Sambal Yang Dibeli Kotor [Video]
Lebih mengejutkan, ada haiwan seperti serangga berwarna hitam turut kelihatan ketika dia membelek bungkusan pulut sambalnya itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Tidak kiralah sesiapa pun, kebersihan merupakan aspek penting yang perlu dititik beratkan oleh setiap individu lebih-lebih lagi peniaga.
Namun entah mengapa, ada segelintir golongan ini khususnya yang berniaga makanan dilihat mengabaikan kriteria tersebut.
Lihat sahajalah, banyak kisah tidak bertanggungjawab peniaga yang dikongsikan oleh individu tular di media sosial mengenai aspek kebersihan.
Walaupun telah berulang kali diberi peringatan, masih ada lagi peniaga makanan dilihat sambil lewa dan tidak serius dalam aspek berkenaan.
Baca Artikel Berkaitan: “Aku Ingatkan Tumit” – Sudu Berkerak Di Kedai Makan Buat Ramai Rasa Jijik
Baca Artikel Berkaitan: Pelanggan Kecewa, Dakwa 2 Kali Dapat Makanan Berulat Dari Kedai Makan Sama [Video]
Beli Pulut Tapi Daun Pisang Kotor, Siap Ada Sarang Telur Labah-Labah
Terbaharu, tular di media sosial luahan seorang wanita yang kecewa dengan keadaan daun pisang membalut pulut sambal yang dibelinya.
Menerusi video yang dikongsikan di TikTok @sity_187, kelihatan daun pisang yang membalut pulut sambal tersebut agak kotor malah siap ada kotoran berwarna putih yang dipercayai sarang telur labah-labah.
Turut kelihatan kotoran seperti serbuk kayu terdapat pada lapisan daun pisang berkenaan.
Lebih mengejutkan, ada haiwan seperti serangga berwarna hitam turut kelihatan ketika dia membelek bungkusan pulut sambalnya itu.
Wanita Telah Berjumpa Peniaga, Dakwa Makanan Diletakkan Oleh Orang Lain
Berkongsi cerita kepada BuzzKini, wanita yang dikenali sebagai Siti itu menjelaskan dia telahpun pergi berjumpa dengan peniaga yang menjual makanan tersebut.
Namun jelas Siti, peniaga berkenaan mendakwa pulut itu dihantar oleh orang lain dan diletakkan di gerai jualannya di Kangar, Perlis.
Malah, peniaga itu didakwa mahu membayar ganti rugi kepadanya namun dia menolak pemberian tersebut.
Perkongsian Video Hanya Untuk Beri Peringatan Kepada Peniaga Terbabit
Kongsi wanita berkenaan, dia memuat naik video tersebut adalah bertujuan untuk memberi peringatan kepada peniaga pulut sambal tersebut.
“Tolong la kalau diri tu pemalas dan pengotor, tolong jangan buat makanan untuk jual, masa balut pulut sambal ini takkan tak nampak daun tu.
“Takkan ambil dari pokok tak lap dulu bersih-bersih. Masalahnya aku dah makan sebiji. Eee geli tekak weh! Sehelai daun pisang kotor.
“Lagi sebiji aku buka ada tu, makhluk apa tak tahu yang hitam tu. Eee pengotor sungguh la,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen.
Walau bagaimanapun, hasil semakan kami mendapati Siti telah menutup ruang komen di video tersebut.
@sity_187 Tolongla kalau diri tu pemalas & pengotor tlg tlg jgn buat makanan utk jual, masa balut plt sambal ni xkan xnmpk daun tu 😣 xkan ambk dr pokok xlap dulu bersih2 masalahnya aku da mkn sebijik eeeeeeeee geli tekak wehh !!!! sebijik daun pisang kotoq lg sebijik aku buka ada tuuu makhluk pa xtau yg hitam tu. eeeeee pengotoq sguhla. #fypage #seriab
♬ Suspense, horror, piano and music box – takaya
Tonton video penuh [DI SINI]
Ini 6 Cara Yang Anda Boleh Buat Kalau Hadapi Situasi Sama
Tahukah anda, orang ramai sebenarnya boleh membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) jika berhadapan dengan situasi sebegini.?
Ada bendasing dalam makanan? Makanan tercemar? Makanan yang dibeli rosak? Kedai makan kotor? Semuanya boleh dilaporkan kepada KKM.
Langkahnya mudah sahaja. Individu hanya perlu membuat enam cara di bawah:
- Datang sendiri ke pejabat Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan (BKKM), KKM atau Pejabat Kesihatan Daerah
- Hubungi BKKM di talian 03-8885 0797 atau talian 1MOCC iaitu 03- 8000 8000
- Laporkan aduan ke laman web SISPAA
- Buat aduan di laman Facebook BKKMHQ
- Fakskan aduan ke talian 03-8885 0769
- Tulis surat aduan dan alamatkan ke Pejabat BKKM atau Jabatan kesihatan Negeri atau Pejabat Kesihatan Daerah yang terdekat.
6 Cara penyampaikan aduan ke pada pihak kami.
Posted by Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan, KKM on Tuesday 8 August 2017
Baca Artikel Berkaitan: Pelawak Korea Guna Daun Pisang Jadi Sudu Masa Makan Nasi Beriani Bikin Ramai Terhibur [Video]
Baca Artikel Berkaitan: Gamer Mat Salleh Selamba Makan Nasi Lemak Bungkus Sekali Dengan Daun Pisang [Video]


