Gaji Dari RM3,500 Ke RM15,000, Lelaki Kongsi Cara Dapat Gaji Tinggi Dengan Lompat Kerja & Kemahiran
Dalam hantaran tersebut, lelaki berkenaan turut berkongsi dia sentiasa mempelajari kemahiran baharu dan tidak takut untuk membuat kesilapan serta belajar darinya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sudah menjadi lumrah untuk setiap manusia sentiasa inginkan kemajuan dalam apa sahaja perkara yang dilakukan termasuklah dalam bidang pekerjaan.
Apabila bercerita mengenai topik pekerjaan, tak dinafikan ramai yang inginkan kerjaya yang bagus serta gaji yang tinggi untuk kehidupan yang lebih selesa.
Namun tidak semua mengetahui bagaimanakah cara dan apa perkara yang perlu dilakukan.
Lelaki kongsi cara nak dapat gaji tinggi dengan lompat kerja
Baru-baru ini, seorang lelaki telah berkongsi perkara dilakukannya untuk mendapatkan gaji yang tinggi dengan cara ‘lompat’ ke syarikat lain.
Lompat yang dimaksudkan adalah seseorang individu tidak bekerja di satu syarikat atau posisi untuk satu tempoh lama. Sebagai contoh ada yang mengambil masa setahun hingga tiga sebelum bertukar ke syarikat atau pekerjaan lain.
Menerusi perkongsian @s3ij0h atau dikenali sebagai Ari Akira di Thread, dia memaklumkan dirinya dahulu bukanlah seorang pelajar yang ‘top’ namun mempunyai keputusan yang cemerlang.
Kerja dengan 4 syarikat dalam masa 7 tahun sehingga dapat gaji RM15,000
Ujarnya dia telah bekerja dengan empat syarikat dalam masa tujuh tahun dan telah mendapat tangga gaji yang tinggi.
“Saya sudah berkerja untuk empat syarikat dalam masa tujuh tahun, dan Alhamdulillah saya telah mendapat gaji daripada RM3,500 ke RM15,000,” ujarnya.
Lelaki itu turut berkongsi tips yang dilakukan adalah dengan pindah ke syarikat lain, namun seseorang itu perlulah mengumpul pengetahuan dan pengalaman sebanyak mungkin selain mendapatkan sijil kelayakan yang sepatutnya.
Malah dia turut memaklumkan matlamatnya kini adalah ingin melangsaikan hutang yang ada sebelum memula dan fokus dengan perniagaan sepenuh masa.
Turut kongsi perkara yang dilakukan dari awal mula bekerja
Dalam bebenang lain, lelaki terbabit turut berkongsi beberapa perkara yang dilakukan sepanjang bekerja untuk meningkatkan kerjaya serta gajinya.
Ujarnya awalnya dia bekerja dalam bidang sistem dan pengawalan software dan mempelajari banyak perkara daripada rakan sekerja sehingga mampu menyumbang sesuatu kepada syarikat.
“Saya mencadangkan projek untuk mengautomasikan pemeriksaan kesihatan untuk beribu-ribu ‘server’ (pautan). Saya mengambil inisiatif untuk mempelajari skrip dalam bahasa lain, terbabit dengan Microsoft untuk sebarang isu dan akhirnya dikeluarkan untuk kegunaan global. Projek simple seperti ini menjadi salah satu kunci kejayaan saya.
“Selepas itu saya ditawarkan peluang beralih ke industri perbankan sebagai IT Change Manager, untuk menyumbang dalam mengautomasikan proses (saya perasan saya tidak mempunyai sebarang pengalaman dalam perkara ini dan ditawarkan kerana berpengalaman dalam automasi),” ujarnya.
Menurutnya, jawatan itu sepatutnya diberikan kepada mereka yang sudah mempunyai pengalaman sekurang-kurangnya lima tahun.
Pelajari pelbagai perkara setiap kali sertai syarikat lain, tak takut untuk suarakan pendapat
Apabila berada dalam industri perbankan, dia mempelajari pelbagai perkara seperti kejuruteraan, seni bina perbankan dan mengikuti perkembangan industri itu.
Malah dia turut tampil melakukan beberapa penyelesaian untuk kumpulannya sehingga dipinjamkan ke jabatan lain.
“Saya terus belajar kemahiran baru dan tidak mengapa untuk membuat kesilapan. Anda hanya akan rugi jika tidak belajar daripadanya. Tanya apa-apa soalan dan suarakan sebarang pendapat yang ada ada. Malah saya juga pernah berdepat dengan Chief Technology Officer (selepas beberapa tahun bekerja) untuk memahami sesuatu perkara.”
Dia juga melakukan pelbagai perkara dan melibatkan diri dalam banyak projek untuk belajar sehingga ditawarkan peluang untuk mentadbir.
Malah hasil daripada perkara yang dilakukan dia mendapat kenaikan gaji dari RM3,500 kepada RM5,500.
Tahu kelayakan diri sehingga mampu berunding untuk naikkan gaji
Katanya dia kemudian mendapat tawaran lain sebagai penganalisa data (Data Analyst and Governance Cum Scrum Master) di syarikat bank yang lain. Selepas bekerja dan menyumbang beberapa perkara, dalam masa enam bulan dia cuba berunding untuk menaikkan gaji daripada RM5,500 kepada RM9,000.
“Tidak banyak boleh saya beritahu mengenai perkerjaan ini kerana saya cuma bekerja (di syarikat itu) selama enam bulan sebelum meninggalkannya.
“Saya mempunyai jarak (berhenti) kerjaya selama setahun kerana perlu menjaga keluar kerana dua darinya berada dalam keadaan kritikal disebabkan Covid19.
“Ketika ini, saya melakukan pelbagai perkara untuk menambah baik kemahiran, masuk beberapa kelas percuma, buat pemasaran, menjual kek (dan ini adalah sumber kewangan utama saya).
“Saya menjual pelbagai aset, stok dan semua crypto untuk membantu keluarga. Alhamdulillah semuanya selesai dan saya mendapat tawaran bekerja di syarikat telekomunikasi asing dalam posisi lama iaitu IT Change Manager,” kongsinya lagi.
Katanya lagi dia mempunyai satu sijil yang berharga untuk bidang tersebut dan sekali lagi cuba berunding untuk menaikkan gaji dari RM9,000 ke RM15,000.
“Saya meletakkan diri saya dengan menunjukkan keupayaan saya, pencapaian serta perkara yang boleh saya lakukan untuk mereka (syarikat).
“Namun, saya tidak dibenarkan untuk memaklumkan apa yang saya sedang lakukan sekarang kerana mempunyai perancang untuk berpindah ke syarikat lain sekitar tahun hadapan. Saya harap perkara ini memberi maklumat dan terima kasih kerana membaca,” tulisnya lagi.
View on Threads
Turut beri nasihat jenis sijil kemahiran yang perlu diambil
Di ruangan balas, lelaki ini turut berkongsi apakah contoh sijil kelayakan yang diperlukan oleh seseorang untuk menjadi pakar dalam bidang mereka ketika disoal pengguna aplikasi itu.
Ada juga yang bertanya mengenai latar belakang pelajaran lelaki tersebut kerana ingin mengetahui lebih lanjut.
“Saya nak tahu industri pekerjaan awak dan bagaimana cara awak meletakkan diri apabila bertukar ke syarikat lain sehingga mendapat gaji berganda?”

“Get certified tu maksudnya macam mana?”

