Tular Video Pemuda Dibelasah Sekumpulan Lelaki Hingga Longlai Di Johor
Menerusi perkongsian yang dimuat naik penyanyi rap, Caprice di akaun Instagram miliknya, mangsa dikatakan sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Budaya buli atau pukul di Malaysia sejak dahulu lagi telah wujud, namun ia amat menyedihkan apabila sehingga hari ini masih lagi berlaku terutamanya dalam kalangan generasi muda.
Lebih membimbangkan lagi, apabila perbuatan sedemikian boleh menyebabkan mangsa yang dipukul mengalami kecederaan hingga membawa maut atau kecacatan kekal.
Tindakan berlagak samseng bukanlah sesuatu yang harus dibanggakan, sebaliknya ia hanya menunjukkan sikap bod*h dan tidak matang seseorang itu sahaja.
Tular lelaki dibelasah sekumpulan individu berlagak samseng
Seperti baru-baru ini, tular di media sosial beberapa video yang memaparkan seorang lelaki dibelasah oleh sekumpulan individu di dalam sebuah rumah dipercayai di Pasir Gudang, Johor.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di akaun Facebook Mohd Firdaus, kejadian terbabit dikatakan berlaku pada semalam (21 April) melibatkan mangsa dan sekumpulan lelaki terdiri daripada enam hingga tujuh lelaki.
“Geram tengok, cukup hebat sangat dah ke? Kalau dah hebat masuk lah WWE. Bagi terkenal berkali-kali sampai kena cekup (tangkap polis) geng. Kes buli di Pasir Gudang, Johor, kejadian semalam (21 April) katanya,” tulis di kapsyen.
Mangsa longlai dibelasah sekumpulan lelaki, muka dan dada teruk ditumbuk
Di dalam video-video yang dikongsikan itu, kelihatan mangsa berada dalam keadaan sangat lemah ketika dibelasah sekumpul lelaki berlagak gangster itu.
Terdapat juga rakaman yang memaparkan mangsa dipegang sebelum ditumbuk di bahagian dada beberapa kali.
Malah, bahagian muka mangsa juga turut ditumbuk oleh salah seorang lelaki sehingga menyebabkan hidung mangsa berdarah.
Lebih kejam lagi, mangsa juga dipegang beramai-ramai sebelum salah seorang daripada mereka menendang dan menumbuk kemaluannya.
Penularan video tersebut mencetuskan dakwaan yang mengatakan mangsa sudah meninggal dunia. Pun begitu, ada yang menafikan kenyataan tersebut.

Seorang wanita ajak datang rumah, sebelum kena ‘rumble’
Menerusi perkongsian yang dimuat naik penyanyi rap, Caprice di akaun Instagram miliknya, mangsa sebenarnya selamat, namun mengalami kecederaan.
Tambahnya, mangsa juga sudah membuat laporan polis berhubung kejadian itu.
Menerusi tangkap layar laporan polis, mangsa menyatakan dia telah dihubungi oleh seorang wanita untuk datang ke sebuah rumah di Plentong, Johor Bahru sebelum sekumpulan lelaki itu keluar dan memukulnya tanpa memberitahu sebarang sebab.
Malah, sekumpulan lelaki itu juga dikatakan memeras ugutnya dengan meminta wang sebanyak RM3,000, mangsa kemudiannya membayar RM600 selain motosikalnya turut diambil.
Netizen pakat kecam, mahu pihak berkuasa segera ambil tindakan
Hantaran terbabit kemudiannya mendapat perhatian ramai, di mana rata-ratanya mengecam perbuatan sekumpulan individu berlagak samseng itu.
Memindai ke ruangan komen, kebanyakan pengguna Facebook juga mahu pihak berkuasa segera mengambil tindakan terhadap kesemua individu yang terlibat memukul mangsa.
Tidak kurang juga yang menyifatkan sekumpulan lelaki itu sebagai ‘pengecut’ kerana hanya berani memukul mangsa secara beramai-ramai.
“Badan masing-masing keding ada hati nak jadi gengster, gengster taik kucing lah,” tulis salah seorang pengguna media sosial.






