fbpx
Now Reading
Tular Video Buang T-shirt Dalam Sungai Melaka, Pereka Pakaian ‘Streetwear’ Kena Kompaun

Tular Video Buang T-shirt Dalam Sungai Melaka, Pereka Pakaian ‘Streetwear’ Kena Kompaun

Pereka berkenaan dikompaun pada 20 April lalu selepas video memaparkan dia membuang t-shirt ke dalam sungai terbabit.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.

Sebelum ini, tular satu video memaparkan tindakan seorang lelaki yang bertindak mencampakkan satu baju t-shirt berwarna putih ke dalam Sungai Melaka, Melaka.

Menerusi video yang dikongsikan, awalnya lelaki tersebut dari jenama pakaian ‘streetwear’ terbabit membuat reviu membezakan pakaian asal jenamanya dan juga yang palsu (fake).

Selepas membuat perbezaan untuk memberitahu kepada orang ramai perbezaan baju jenamanya dengan yang palsu dia kemudian bertindak membuang baju dipercayai palsu ke dalam sungai di hadapan kedainya.

Pereka pakaian ‘streetwear’ kena kompaun

Terbaharu, susulan daripada penularan video tersebut seorang pereka ‘streetwear’ telah dikenakan tindakan kompaun oleh Majlis Bandaraya Melaka Bersejarah (MBMB) selepas tular video terbabit.

Jelas Datuk Bandar MBMB, Datuk Shadan Othman tindakan kompaun itu dilakukan bukan hanya disebabkan aksi pencemaran yang dibuat tetapi sebagai pengajaran awam ekoran konten tersebut juga mengundang pelbagai reaksi di kalangan pengguna media sosial.

“Pereka pakaian lokal berusia 34 tahun itu telah dikenakan kompaun sebanyak RM500 kerana perbuatannya meskipun dia mendakwa ia sekadar kandungan media sosial premisnya yang terletak di Bangunan Stadthuys dan telah mengambil semula pakaian dibuang.

“Tindakan kompaun dibuat pada Ahad (20 April) lalu selepas pereka terbabit mengakui kesalahan tersebut seperti dalam video berdurasi 13 saat yang turut tular,” ujarnya, lapor Kosmo.

Dikenakan kompaun RM500, turut tunjuk ambil semula baju yang dibuang

Menurutnya kompaun berkenaan dilakukan mengikut Notis Pemberitahuan Kesalahan (NPK) di bawah Seksyen 47(1)(a), Akta Jalan, Parit dan Bangunan 1974.

“Ia adalah atas kesalahan membuang pakaian atau sampah di suatu tempat awam, iaitu di sungai boleh dikenakan kompaun sebanyak RM500.

“Pereka terbabit ada mendakwa perbuatan itu adalah pertama kali dilakukannya, namun kita tetap mengambil tindakan tegas kerana kesalahan itu serius.”

Dalam satu lagi video yang dikongsikan oleh jenama berkenaan, mereka turut menunjukkan mereka mengambil semula baju yang dibuang ke dalam sungai terbabit.

@akudesignofficial

Replying to @mr.general Jangan risau kita pungut balik, kami pun xnak sungai Melaka kotor✌️

♬ original sound – Akudesign – Akudesign

Jenama berkenaan juga berkongsi ketika premis mereka didatangi pihak berkuasa sewaktu dikenakan kompaun.

BACA ARTIKEL BERKAITAN: Lelaki Buang Baju Ciplak Dalam Sungai Melaka, PBT Keluarkan Kompaun RM500

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.