Nasihat Si Bapa Tentang Etika Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Kepada Anak Raih Pujian
Menerusi hantaran yang dikongsikan oleh pengguna berkenaan, dapat dilihat dia menetapkan syarat tentang adab ketika memakai lencana Bendera Malaysia itu kepada kedua-dua anak lelakinya yang digelar Upin Ipin.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Ikuti saluran WhatsApp BuzzKini untuk berita, informasi dan topik trending terbaharu.
Sekitar Mac lalu, Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) telah mengumumkan pelaksanaan pemakaian lencana Jalur Gemilang pada pakaian seragam murid di bawah institusi pendidikan mereka.
Pelaksanaan yang bermula 21 April itu dilaksanakan secara berperingkat melibatkan sekolah kerajaan, sekolah bantuan kerajaan, Kolej Matrikulasi dan Institut Pendidikan Guru Malaysia.
Ia bertujuan untuk menyemai semangat patriotisme dalam kalangan murid sekolah dan pendidik.
Malah, setiap murid turut dibekalkan dua unit lencana secara percuma bagi sesi persekolahan 2025/2026.
Baca Artikel Berkaitan: Murid Wajib Pakai Lencana Jalur Gemilang Bermula 21 April 2025, Ini Panduan Pemakaian Untuk Rujukan Ibu Bapa
Bapa Titip Nasihat Etika Pemakaian Lencana Jalur Gemilang Kepada Anak
Semalam (21 April), telah bermulanya pemakaian lencana Jalur Gemilang oleh semua pelajar di bawah institusi pendidikan KPM.
Ekoran itu, tular di media sosial hantaran seorang pengguna Facebook yang menasihatkan anaknya tentang etika pemakaian lencana Jalur Gemilang.
Menerusi hantaran yang dikongsikan di Facebook Ng Chee Kean, dapat dilihat dia menetapkan syarat tentang adab ketika memakai lencana Bendera Malaysia itu kepada kedua-dua anak lelakinya yang digelar Upin Ipin.
Apa yang menjadi perhatian adalah nasihat yang diberi oleh pengguna berkenaan dilihat amat bermakna dan penuh nilai murni khususnya penghormatan kepada bendera negara.
Baju Tak Boleh Sentuh Lantai & Wajib Guna Bahasa Melayu Ketika Berkomunikasi
Lebih mengagumkan, pengguna tersebut mengingatkan anaknya agar memastikan pakaian yang mengandungi lencana itu tidak dibuang ke lantai.
Malah, mereka perlu menggunakan Bahasa Melayu (BM) sewaktu berkomunikasi dengan pekerja sekolah ketika memakai lencana tersebut.
“Papa sudah set beberapa syarat bila Jalur Gemilang ada di dada kita.
“Tak boleh bagi kotor. Dia tak boleh sentuh lantai. Baju tak boleh buang sini sana lagi.
“Bila ada Jalur Gemilang di dada, keutamaan bahasa akan diberikan kepada Bahasa Melayu. Bila keluar kelas pergi beli makan di kantin jumpa mak cik-mak cik pak cik Cina semua wajib guna Bahasa Malaysia. Bagi ucapan dan salam pun dalam BM bila jumpa kawan-kawan walaupun di sekolah Cina.
“Bahasa Melayu awak perlu bertambah baik. Merosot atau tidak bertambah baik, saya akan keluarkan lencana.
“Nanti cikgu awak mungkin tanya ‘Horace dan Howie mana lencana awak?’ Awak boleh jawab Papa pegang. Dia akan tanya ‘kenapa dia pegang? Awak jawab pada cikgu ‘sebab Bahasa Malaysia saya kurang baik. Saya boleh jumpa Guru Besar sekolah jika perlu,” kongsinya lagi.
Jelas Ng, lencana Jalur Gemilang itu bukan hanya sekadar untuk dipakai pada uniform, sebaliknya ia mempunyai maksud tersirat.
“Pastikan syarat-syarat dipegang dan dilaksanakan. Bukan sekadar pakai lencana sahaja.
“Perlu tahu hikmah dan tanggungjawabnya sebagai seorang murid di Sekolah Kebangsaan,” tulisnya.
Hari ini hari pertama Upin Ipin pakai lencana Jalur Gemilang. Papa sudah set beberapa syarat bila Jalur Gemilang ada di…
Posted by Ng Chee Kean on Sunday 20 April 2025
Ramai Luah Rasa Kagum & Puji Nasihat Bapa Tentang Etika Jalur Gemilang Kepada Anak
Hantaran yang telah mendapat 10,000 tanda suka itu nyata mendapat perhatian pengguna media sosial termasuklah Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Anwar Ibrahim.
Mengintai ke ruangan komen, ramai yang meluahkan rasa kagum dan memuji pengguna berkenaan dalam menerapakan nilai murni etika pemakaian Jalur Gemilang kepada anaknya.
Malah, ada yang berpendapat pengguna itu perlu menjadi contoh kepada lain dek kerana didikannya yang sebegitu terhadap anaknya.
Ini antara komen menarik pengguna Facebook:
“Terima Kasih Bersama Semai Cinta Untuk Negara”

“Anak Malaysia, Jalur Gemilang Terpampang Dengan Megahnya Di Dada, Inilah Yang Kita Banggakan, Terbaik Bro!”

“Perpaduan Asasnya Adalah Bahasa, Guna Satu Bahasa Dalam Bertutur Agar Sekeliling Kita Faham Apa Yang Kita Cakap”

“Terbaik Papa Ng! Semoga Horace & Howie Berjaya Di Sekolah Kebangsaan & Menjadi Kebanggaan”

“Saya Pun Baru Faham Rasionalnya Bila Ada Jalur Gemilang Di Dada, Bukan Hanya Sayang Sekolah Tapi Sayang Negara Juga”

Baca Artikel Berkaitan: “We Love Your Outfits Malaysia” – Busana Ala Pahlawan Kontinjen Paralimpik Negara Curi Tumpuan Dunia
Baca Artikel Berkaitan: Lelaki Didakwa Warga China Basuh Motosikal Guna Jalur Gemilang Undang Kritikan Ramai [Video]



